Demokrasi Bukan Ajaran Islam


 Salam, lama tak edit blog, kali ni artikel copy paste jea,http://mysuara.net/index.php/berita/1651-erti-demokrasi-akhlak-pemimpin-tamsil-kuda dan http://keretamayat.blogspot.com/, banyak lagi artikel menarik di blog2 ini
0leh: AZMAN HUSSIN
Imej
SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah negara.
Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani, demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat).
Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.
Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia, dan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan tuhan.
Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi. Ini sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit dalam pilihanraya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud: sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan sah diiktiraf menjadi pemimpin.
Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).
Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?
Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik hasilnya. Bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik, kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar-umbi di bawah.
Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat, sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut kehendak rakyat, ia akan kalah.
Adalah salah sama sekali mengumpamakan pemerintah dengan seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus yang telah dibentuk oleh rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.
Maka, memenangi majoriti undi rakyat adalah tujuan utama dan terpenting dalam sistem demokrasi. Rakyat boleh menyokong sesebuah parti, tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja didapatkan dari orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem demokrasi Ini tidak selari dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan sunnah nabi saw sepenuh hati.
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan mengadaptasikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi tidak mengubah atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi rakyat. Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.
Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.
Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara, tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan pagar. Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.
Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut nabi suatu masa dulu.
Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.
Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam ayat ini, “wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu,” (Muhammad 47: 7).
Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
Imej
Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara. Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik mahu melaksanakan Islam dengan mengambilalih negara. Tapi bagaimana negara Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah untuk memenangi rakyat. Tetapi kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.
Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak majoriti.
Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda menyatukan semua parti (suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Politikus boleh menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari melanggar undang-undang tersebut.
Imej
Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul dan menyeluruh, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah, tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan tegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.
Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.

Rindu Rasulullah s.a.w.


 

“Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan besar kepada orang2 beriman apabila Dia mengutuskan di antara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang mendakwahkan ayat-ayat Allah, menyucikan mereka (daripada syirik dan kufur) dan mengajar Al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah), padahal sebelum ini mereka di dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran 164)

            Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga kehendaknya seperti apa yang disampaikan olehku.”

            Dan baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada bapanya, anak2-nya dan manusia semuanya.”

           Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya (seagama) sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

            Allah telah bagi kerja yang begitu besar kepada Umat Muhammad s.a.w. iaitu kerja dakwah. Inilah kerja yang membuatkan Rasulullah s.a.w. begitu merindui umatnya yang tidak sempat menemuinya tetapi telah mengambil kerja yang dibuat oleh baginda s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya aku merindui saudara2 ku.” Para sahabat bertanya “Tidakkah kami saudaramu?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu adalah sahabatku, saudaraku ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi beriman denganku.”(Riwayat Baghawi, berkata Imam Nawawi, “hadis sohih.”)

daie copy

            Rasulullah s.a.w. begitu mengenali umatnya yang menyambung kerja dakwah baginda. Tak kenal maka tak cinta. Masakan wujudnya rindu jika tiada cinta. Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang beriman denganku dan pernah melihatku, dan sunguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah melihatku.” (Riwayat Ahmad)

           Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya), aku bagi jaminan kepada orang yang beriman kepada Allah, menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya, kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia keluar hijrah di jalan Allah dengan jaminan sebuah mahligai di pinggir syurga.

            Aku jamin barangsiapa yang beriman kepada Allah dan menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya dan kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia berjihad untuk meninggikan kalimah Allah dengan jaminan sebuah mahligai di tengah syurga dan syurga yang tertinggi pada kedudukan nabi-nabi dan syuhada.”

            Dan aku jamin kepada sesiapa yang istiqamah dalam kerja dakwah bahawa dia akan ditakdirkan mati sepertimana cara kematian yang terbaik yang dia kehendaki.”

            Miskin adalah orang yang susah tetapi keperluan dia cukup makan, faqir adalah orang yang keperluan mereka tidak cukup. Umat ini mesti menjadi golongan Muhajirin yang telah mengorbankan segala-galanya untuk mendakwahkan agama Allah sehingga Allah menggelar mereka faqir. Allah s.w.t. berfirman, “Bagi orang-orang faqir dari golongan Muhajirin yang telah dihalau daripada rumah-rumah dan harta benda mereka kerana mencari keredhaan Allah dan menolong Allah dan rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar.” (Al-Hasyr 8)

            Umat ini mesti menjadi Ansar yang telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk menolong orang-orang Muhajirin yang keluar di jalan Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t., “Dan orang-orang yang telah menyediakan rumah-rumah dan suasana iman sebelum (kedatangan) Muhajirin, mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tidak menaruh apa-apa keinginan terhadap apa yang telah diberi mereka untuk kebaikan orang-orang Muhajirin, mereka mengutamakan saudara mereka dari Muhajirin walaupun hidup mereka sendiri memerlukan. Dan sesiapa yang dipelihara daripada sifat kikir itulah orang yang beruntung.”(Al-Hasyr 9)

            Betapa besarnya pengorbanan Ansar, mereka yang mempunyai dua ladang, akan pegang tangan saudaranya dan menunjukkan ladangnya, “Ini dua ladang aku, mana satu yang kamu berkenan menjadi milik kamu.” Seorang yang ada dua rumah, akan pegang tangan saudaranya dan berkata, “Ini rumah aku, mana satu yang kamu ingin jadi milik kamu.”

Bahkan para wanita mengorbankan diri dan keinginan mereka serta bersedia menolong golongan yang berhijrah kerana Allah s.w.t.. Lelaki yang ada dua isteri akan berkata, “Kedua-dua ini isteri aku, mana yang kamu berkenan jadi milik kamu.”

Apabila umat ini menjadi seperti golongan Muhajirin dan Ansar untuk meninggikan agama Allah, Allah akan mewujudkan generasi yang soleh. Allah s.w.t. berfirman (mafhumnya), “Dan selepas mereka akan lahir golongan baik yang berdoa “Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang beriman, dan janganlah diwujudkan dalam hati kami sebarang kebencian sesama orang-orang yang beriman, wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

16333_106682709345399_100000110105728_166449_2106542_n

            Kerja-kerja agama mesti diambil dengan sempurna seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Suatu ketika seorang Yahudi telah membuat syair menghina Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat telah Tanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah s.a.w., si fulan Yahudi telah menghinamu, izinkan aku membunuhnya.” Rasulullah s.a.w. hanya mengangguk. Sahabat ini telah menyusup masuk dalam tembok kaum Yahudi dan bersembunyi di kandang kuda sehingga hari gelap, selepas itu dia telah masuk dan menikam si Yahudi itu sehingga tangannya turut tenggelam dalam perut si Yahudi itu dan dia merobek-robekkan perut Yahudi itu. Selepas itu dia keluar dan bersembunyi semula di kandang kuda. Beliau tidak balik sehingga terdengarnya keriuhan orang ramai tentang pembunuhan Yahudi itu. Selepas sah si Yahudi itu yang terbunuh, beliau telah memanjat tembok dan terjun sehingga kakinya patah. Beliau telah balut kakinya dan terus berlari balik bertemu Rasulullah s.a.w. dan memberitahu perkara tersebut. Rasulullah bertanya, “Kenapa kakimu berbalut.” Beliau barulah teringat kakinya patah dan baru terasa sakit.

Inilah kerja agama sempurna yang telah dibuat oleh para sahabat sehingga lupa kesakitan pada diri. ambillah kerja dakwah ini sehingga kita tenggelam di dalam kemanisannya hingga kita lupa makan dan minum demi khidmat untuk menegak dan meninggikan kalimah Allah di bumi ini.

Ustaz Abdullah Hizri

Kemuliaan Umat Muhammad s.a.w.


Imej

Allah s.w.t. yang menciptakan seluruh manusia dan jin dan Dia mahu mereka menjalani kehidupan ini mengikut cara yang diredai-Nya. Oleh kerana akal fikiran manusia tidak mampu untuk menentukan dengan tepat cara menjalani kehidupan ini, maka Allah telah menghantar ribuan nabi untuk menerangkan kepada manusia tentang perkara ini. Sejak zaman Adam a.s. hingga Nabi Isa a.s., para nabi dihantar silih berganti untuk menyeru manusia kepada Allah (Ihtisamul Hasan 2002).

            Setelah Allah menghantar Nabi Muhammad s.a.w., Allah telah membuat suatu ketetapan bahawa baginda adalah rasullullah dan nabi yang terakhir. Dalam masa yang sama, Allah telah menjadikan kerja dakwah yang dulunya menjadi kerja para nabi dan rasul telah dipertanggungjawabkan kepada umat Muhammad s.a.w. (Ihtisamul Hasan 2002).

            Nabi Muhammad s.a.w. telah datang ke dunia ini bukan sahaja untuk menyeru manusia kepada Allah seperti nabi-nabi yang lain, tetapi juga untuk menyediakan umat ini dengan tugas kenabian iaitu menyeru manusia kepada Allah. Kerja dakwah inilah yang telah menjadikan umat ini suatu umat yang cukup mulia mengatasi umat-umat yang lain (IbnuKasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :

Terjemahannya : Sesungguhnya Allah telah memuliakan orang-orang yang beriman apabila dibangkitkan kepada mereka Rasul dari kalangan mereka sendiri dan membacakan ayat-ayat-Nya, dan mensucikan daripada syirik serta mengajarkan mereka Al-Kitab dan Sunnah, padahal sebelum ini mereka berada dalam kesesatan yang nyata (Ali-Imran, 3:164).

Imej

Allah s.w.t. telah memberi tanggungjawab iaitu membacakan ayat-ayat-Nya, menyucikan umat dari kesyirikan dan mengajar Al-Kitab dan Sunnah adalah tugas para nabi. Juga telah tsabit daripada Al-Quran dan Sunnah bahawa Umat Muhammad s.a.w. dihantar ke dunia untuk mengikuti jejak langkah baginda untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia (Muhammad Yusuf 2012). Firman Allah

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali Imran, 3:110).

Kerja dakwah adalah kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada umat ini dan dengan sebab tanggungjawab inilah umat ini dimuliakan oleh Allah dengan pelbagai keutamaan. Umar bin Khattab mengatakan dalam tafsirannya berkenaan ayat ini bahawa barangsiapa yang ingin dimasukkan sebagai umat perlulah menunaikan syaratnya iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (Ibnu Kasir 2000). Allah s.w.t. berfirman :

Terjemahannya :Katakanlah (Wahai Muhammad), “Inilah jalanku, menyeru manusia kepada Allah diatas perkara yang nyata, (jalan) aku dan pengikutku. MahaSuci Allah dan aku bukan orang yang mensyirikkan Allah (Yusuf, 12:108).

Imej

Dalam ayat ini, Allah mengarahkan Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada manusia dan jin bahawa itulah jalannya, apa sahaja cara, sunnah dan jalannya ialah mendakwahkan syahadah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah  yang Esa dan tidak ada sekutu baginya. Mengajak manusia kepada Allah dengan nyata, yakin yang sempurna dan benar, inilah juga kerja sesiapa sahaja yang mengikuti baginda s.a.w. (Ibnu Kasir 2000).

Para sahabat telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk agama Allah s.w.t. Allah telah meredai pengorbanan mereka dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan baik (Ibnu Kasir 2000). Justeru, kita sebagai umat Muhammad s.a.w. perlu bangkit untuk mengorbankan harta, diri dan masa ini untuk kerja dakwah ini. Allah berjanji akan memberi kembali kemuliaan kepada umat Muhammad dan pertolongan-Nya akan datang kepada umat ini sekiranya umat ini bersedia mengambil kerja ini dan menjadikannya maksud hidup (Ihtisamul Hasan 2002).

  1. Al-Quran
  2. Ismail Ibnu Kasir 2000 Tafsir Ibnu Kasir Pustaka Penerbit Sinar Baru Algensindo Bandung : Bandung.
  3. Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi 2012. Muntakhab Ahadith Idarah Isyarat Deeniyat : New Delhi.
  4. Muhammad Ihtisamul Hasan 2002. Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya Era Ilmu Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.


Imej

Allah s.w.t. yg menciptakan manusia . satu syarikat yang mengeluarkan sesuatu kenderaan, dia lebih apa yang terbaik untuk kenderaan mereka dan bagaimana cara terbaik untuk membaikinya. Apatah lagi Allah, pencipta manusia, jin, haiwan, tumbuhan, langit dan bumi, syurga dan neraka serta apa sahaja selainnya.

Allah telah ceritakan dari dulu lagi pada kita bahawa orang yang ambil perkara lain selain agama sebagai asbab untuk dapat kejayaan dalam hidup mereka. Kaum Tsamud yg begitu hebat dalam ciptaan teknologi. Sehingga mereka telah membelah bukit-bukit menjadi istana dan mahligai untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kamu telah maju dalam teknologi dan kami telah berjaya. Allah biarkan mereka beberapa lama untuk takbur dengan teknologi yang Allah anugerahkan kepada mereka. Sehingga akhirnya didatangakan peringatan untuk manusia lain :

“Dan satu suara yang keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaan bagi kaum Tsamud.” (QS. Huud, 11: 67-68) !

Allah bagi peringatan kepada seluruh manusia, inilah kaum yang pernah yakin, kejayaan dalam teknologi, Allah telah musnahkan mereka.

Imej

Firaun merasakan pemerintahan memberi kejayaan kepadanya. Bila 500000 ahli sihir beriman kepada nabi musa, 

وَأُلۡقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120)

Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

قَالُوا۟ آمَنَّا بِرِبِّ الۡعَالَمِينَ (121)

Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

رَبِّ مُوسَي وَهَارُونَ (122)

(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun.

قَالَ فِرۡعَوۡنُ آمَنتُم بِهِ قَبۡلَ أَن آذَنَ لَكُمۡ إِنَّ هَذَا لَمَكۡرٌ مَّكَرۡتُمُوهُ فِي الۡمَدِينَةِ لِتُخۡرِجُوا۟ مِنۡهَا أَهۡلَهَا فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (123)

Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).

لأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلاَفٍ ثُمَّ لأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ (124)

Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya.

Dan Firaun benar benar melakukannya, semua 500 000 ahli sihir yang beriman dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang dan disalib di pohon-pohon kurma. Firaun mahu tunjukkan pada dunia, dia ada kekuasaan, maka dia adalah orang yang menang dan berjaya. Allah biarkan berpuluh-puluh tahun Firaun takbur dengan pemerintahnnya. Sehingga Allah buat keputusan untuk hinakannya, ditenggelamkan di Laut Merah dan mayatnya disimpan sebagai pengajaran kepada manusia. Inilah manusia yang melawan Allah dan meyakini kejayaan dalam pemerintahan dan kuasa, dia telah gagal.

Imej

Qarun yang yakin kejayaan dalam harta benda Allah telah tenggelamkan kedalam bumi. Kaum Madyan yg yakin kepada perniagaan mereka Allah mustnahkan dengan gempa. Kaum Saba’ yg takbur dengan pertanian mereka Allah telah musnahkan dengan keruntuhan empangan. 

Allah telah tunjukkan, mereka yg yakin dalam apa saja selain Allah telah gagal. Di dunia ini lagi.

Imej

Allah s.w.t. letakkan kejayaan seluruh manusia dan jin hanya dalam agama. Sesiapa yang taat kepada Allah dan ikut rasul-Nya, maka mereka telah berjaya di dunia dan akhirat.

 

Polis Cinta


Saya terpaksa mengambil sedikit ruang untuk menulis perkara ini sebagai nasihat untuk diri saya biarpun kononnya sekarang berasa sangat sibuk. Pun begitu , ini mungkin kali pertama penulisan saya bersifat santai kerana sebab-sebab tertentu.

Kita mulakan dengan satu ayat Al-Quran:                                                                                                                                                                                           Kamu semua (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan (dipilih) dari kalangan manusia (kerana) kamu menyuruh kepada kebaikan dan menCEGAH daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah (Ali Imran 110)

(sori x pandai copy paste ayat Quran kat cni)

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan umat ini bukan setakat pada iman seperti umat  lain, tapi terletak pada tugas mengajak kepada kebaikan dan menCEGAH kemungkaran.

Ada satu hadis berbunyi :

Daripada Abi Sa’id al-Khudri yang Allah telah redha kepadanya berkata : Rasulullah selawat dan salam keatasnya bersabda : Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, UBAHlah ia dengan tanganmu, sekiranya tidak mampu UBAHlah dengan lidahmu, sekiranya tidak mampu, UBAHlah dengan hatimu, itulah selemah lemah iman. (Riwayat Muslim)

Guru saya, Ustaz Akram bagitau, disebabkan umat ini telah lama tinggalkan kerja dakwah, maka telah berlaku salah faham terhadap Al-Quran dan Hadis. Sehingga lafaz ‘Nahyu’ (cegah) dan ‘Ghaiyir’ (ubah) pun kita tak faham, kita kata sama jea.

Kita dilarang merokok di kawasan awam, dilarang pasang TV semasa petir dan dilarang membiarkan kanak-kanak bermain mancis. Ini namanya CEGAH kebakaran.

Apabila handphone kita ada di atas laptop, kita nak buka laptop, kita letak handphone tu tempat lain, itu namanya UBAH kedudukan.

Tapi apabila api telah membakar sebuah rumah, masa itu bukan masa untuk CEGAH kebakaran lagi, api tu dah perlu diUBAH kepada lebih kecil atau dihapuskan. Ini belum masuk tajuk secara khusus lagi, hanya nak fahamkan beza UBAH dan CEGAH. Gituuu

Tugas seluruh umat Islam yang disebut dalam ayat adalah menyeru kepada kebaikan dan menCEGAH kemungkaran. CEGAH kemungkaran bermaksud menghalang sesuatu kemungkaran itu daripada berlaku. Bila manusia diajak kepada kebaikan, maka kemungkaran akan terCEGAH. Allah bagitau dalam Quran :

Sesungguhnya solat itu menCEGAH dari perbuatan fasad (dosa kecil) dan mungkar (dosa besar).

Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang bagaimana keadaan lelakinya yang mencuri dan pada subuhnya bersolat. nabi bagitau, tidak lama lagi solatnya akan menCEGAH dirinya dari perbuatan itu.

Justeru cara CEGAH kemungkaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ialah mengajak manusia kepada iman dan yakin sempurna kepada Allah dan mengamalkan perintah Allah.

Satu orang yang yakin bahawa setiap apa yang dilihat oleh matanya diketahui oleh Allah, Apa yang didengari telinganya diketahui Allah, Apa yang dicakap lidahnya diketahui Allah, Apa yg difikirkannya diketahui Allah, dan apa yang dilakukannya dalam pengetahuan Allah tidak akan sanggup melanggar perintah Allah.

Hadis tu pula bagitau, apabila LIHAT kemungkaran maka kena UBAH. Ini bermaksud mereka yang berkemampuan untuk menguatkuasakan undang2 atau memberi nasihat perlu mengUBAHnya dengan kadar yang termampu seperti menasihati orang ‘couple’ terang terangan, melarang kawan pergi kelab istirehat, dan menasihati orang yang tidak menutup aurat. Bagi mereka yang iman lemah macam saya, membenci, menasihati dan mengUBAH dengan hati jea laa.

Hari ini kita telah tinggalkan amalan CEGAH dan UBAH maksiat. Yg kita buat adalah menambah kemungkaran. Orang dop buat sesuatu secara sembunyi, kita pergi mengintip (satu maksiat) lepas tu kita sebarkan gambar dan berita tentang maksiat yg dibuat di seluruh dunia.

Lepas tu maksiat tersebar, orang yang tak tahu jadi tahu. Bila ada yg lain nak buat maksiat yg sama, mereka pun dah tak takut lagi :’Alah bukan kita jea yg buat, ramai lagi orang dah buat,  kalau kena serbu bayar denda, untung2 kawin free, kalau x trtangkap kita puaskan nafsu, kalau mengandung kita gugur atau buang bayi lepas beranak, dah ramai orang buat macam nie”.

Satu malam Saidina Umar meronda, dia telah mengendap satu orang yang sedang minum arak, dengan rasa yg marah, beliah telah memanjat tembok rumah orang itu dan menyergahnya. Orang itu kata : Wahai Khalifah, aku buat satu dosa, kau buat 3 dosa :

1. Kau mengendap dan dalam Quran bagi tahu “Dan jangan kamu mengintip” (Surah Hujurat)

2. Kau masuk rumah aku tanpa izin dan bagi salam, dalam Quran bagitau “Dan janganlah kamu masuk rumah yg bukan rumah kamu hingga kamu diizin dan memberi salam”

3. Kau masuk rumah aku dengan memanjat tembok sedang dalam Quran bagitau : “Masuklah ke rumah kamu melalui pintunya”.

Dengan penuh rasa bersalah, Saidina Umar telah meminta maaf dan berlalu dari situ. Dia tak lapor kepada pihak berkuasa, heret ke mahkamah atau telefon Harian Metro.

Pada satu hari Jumaat, Saidina Umar memberi khutbah di masjid dan terlihat lelaki itu berada dalam kalangan jemaah. Lepas memberi salam solat jumaat, terus dia berjalan ke arah lelaki yg minum arak itu dan sekali lagi mohon maaf. Lelaki itu berkata : Mulai hari itu aku bertaubat dan dah tak buat lagi benda tuu”.

CEGAH lah zina yang berlaku dengan  tersembunyi dengan jalan dakwah kepada kebaikan dan menutup pintu maksiat. UBAH lah maksiat yg berterangan, Allah akan ubah maksiat yg dilakukan di setiap tempat secara bersembunyi.

Dimana Pertolongan Allah ?



Allah telah memberikan satu kemuliaan kepada masyarakat Arab yang digelar jahiliah lebih 1400 tahun dahulu dengan Islam. Sewaktu seluruh dunia dalam kejahilan dari sudut rohani, cahaya Islam yang dating dari Mekah telah menerangi seluruh ceruk dunia. Dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 23 tahun, Allah telah menjadikan manusia yang memilih-Nya sebagai satu-satunya Tuhan mereka telah mencapai puncak kemajuan sehinggakan sejarah dunia tidak mampu mendatangkan contoh lain yang seumpamanya.

Allah telah memberikan kepada tangan orang Islam pada ketika itu cahaya petunjuk, hidayah serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya ini, Allah telah melajukan pergerakan mereka di landasan kemajuan sehingga Dia telah memberikan pemerintahan dunia kepada orang Islam dengan gilang-gemilang sehingga berkurun lamanya. Sehinggakan setiap kebatilan yang cuba bangkit untuk menentang, pasti dan pasti dihancurkan oleh Allah. Perkara ini adalah suatu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal lagi. Namun begitu, kemudiannya Allah telah menarik kembali kegemilangan ini sehinggalah kini ia menjadi tinggalan sejarah.

Apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran-lembaran sejarah kepada realiti masa kini, maka kita akan mendapati umat Islam kini berada dalam keadaan yang sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa kemuliaan dan ketinggian serta tiada lagi persaudaraan dan kasih sayang. Perangai dan budi pekerti kita tidak baik, akhlak juga rosak, amal ibadah pun bermasalah dan perwatakan pun tidak elok. Segala keburukan telah wujud pada umat Islam dan umat ini telah jauh dari segala kebaikan.

Dewasa ini, apabila keadaan telah bertukar daripada buruk menjadi bertambah buruk, dan masa-masa yang mendatang kelihatan lebih bahaya dan gelap berbanding masa lalu, maka keadaan kita yang berdiam diri tanpa sebarang usaha adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Walau bagaimanapun, sebelum kita memulakan sebarang tindakan, adalah penting untuk kita mencari punca kita menerima azab kehinaan dan kemunduran ini. Pelbagai pihak mengutarakan sebab yang berbeza terhadap kejatuhan umat kini dan hasil pendapat mereka itu, pelbagai usaha juga dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Sehinggakan banyak usaha menghasilkan kegagalan dan tidak kurang juga yang telah merumitkan lagi masalah umat.

Satu janji yang benar dari Allah Yang Maha Memiliki dunia dan seisinya ialah pemerintahan dan khalifah di Bumi ini adalah milik orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahannya : Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kekuasaan di Bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…[1]

Allah s.w.t. juga telah menjanjikan untuk memberi pertolongan kepada orang-orang beriman.

š

Terjemahannya : Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

Dan lagi firman Allah :

Terjemahannya : Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rsul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat ketika berdirinya para saksi[2].

Setelah kita meneliti ayat ini dengan situasi umat Islam semasa. Maka kita akan mendapati apa-apa yang dijanjikan oleh Allah tidak wujud pada umat ini. Sebaliknya umat ini berada dalam penindasan orang kafir, dihina, dikeji dan dianiyai tanpa sebarang pertolongan Allah yang sampai pada umat ini. Justeru satu kajian yang teliti perlu dilakukan tentang adakah syarat yang diletakkan oleh Allah untuk kita mendapat pertolongan dari-Nya serta berbagai kemuliaan lain sudah kita penuhi. Syarat yang disuebut adalah beriman.

Setelah kita teliti dengan baik, maka dalam ayat-ayat di atas dan seumpamanya, tidak ada satu pun janji itu ditujukan kepada umat Islam, sebaliknya janji-janji yang disebutkan Allah itu adalah kepada ‘orang-orang yang beriman’. Suatu masa telah datang kepada Nabi s.a.w. segolongan Arab Badwi dan mereka telah memeluk Islam lalu mereka mengatakan mereka telah beriman. Allah s.w.t. telah menurunkan ayat :

Terjemahanny : Orang-orang A’rab itu mengatakan kami telah beriman, katakanlah : “Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi memasuki hati kamu, maka katalah “Kami telah Islam”.”[3].

Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. memberitahu ciri-ciri orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahannya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebutkan nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dikemukakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal[4]

Hadis-hadis juga menunjukkan kepada kita ciri-ciri orang yang beriman :

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – ، قَالَ : سَمِعت رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – ، يقول : (( مَنْ رَأى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيمَانِ )) رواه مسلم .

Terjemahannya : Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang melihat apa-apa kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia merasakan kemungkaran itu keji di dalam hatinya. Itulah selemah-lemah iman (Riwayat Muslim)[5]

عن أبي أمامة : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم سأله رجل فقال : يا رسول الله ما الإيمان ؟ قال : إذا سرتك حسنتك و ساءتك سيئتك فأنت مؤمن

Dari Abi Umamah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanya seorang lelaki dengan berkata : Wahai Rasulullah, apakah iman? Baginda berkata : Apabila kamu bergembira melakukan kebaikan dan bersedih atas amalah keburukan maka kamu beriman (Riwayat al-Hakim)[6].

Setelah diteliti, barulah kita memahami bahawa majoriti umat Islam hari ini belum lagi memenuhi ciri-ciri orang yang beriman. Disebabkan inilah umat Islam lemah untuk mengamalkan agama dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. terhadap umat ini ditangguhkan. Maka satu-satunya usaha yang perlu dilakukan adalah usaha atas kerohanian umat. Kerana inilah pokok masalah. Apabila kerohanian diusahakan, maka segala masalah sampingan atau ranting seperti pengamalan syariat, pembentukan akhlak, penjagaan alam sekitar dan kemunduran umat dari segala sudut akan dapat diatasi. Apabila iman yakin yang dibina betul dan sempurna, maka segala perintah Allah akan ditaati dan segala sunnah nabi akan ditaati. Apabila majoriti umat mengamalkan keseluruhan agama diamalkan maka umat Islam akan dimuliakan oleh Allah dan kebatilan akan terhapus. Ini sepertimana berlaku ketika kewafatan nabi yang mana pada ketika itu agama telah diamalkan secara sempurna, maka orang-orang yang beriman telah dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Pembinaan kerohanian umat ini perlu dibina pada setiap peringkat. Peringkat terbaik untuk diusahakan ialah di bangku sekolah kerana manusia pada peringkat awal umur mereka mudah untuk dididik dan dibina iman dan yakin mereka. Justeru itu menjadi peranan para guru Islam selaku da’ei di sekolah untuk membina dan memantapkan iman para pelajar.


[1] Al-Quran an-Nur (24:55)

[2] Al-Quran al-Mu’min (40:51)

[3] Al-Quran al-Hujurat (49:14)

[4] Al-Quran al-Anfal (8:2)

[5] Abu Zakariya Yahya bin Syarif an-Nawawi 2007 Riyadhus Sholihin (69) Emaniyat Nyerukasyani : Dhaka

[6] Muhammad Yusuf al-Kandhalawi 2012 Muntakhab Ahadis (11) Maktabah Ilmiah : Kuala Lumpur

Kejuruteraan Rohani


Imej

Allah telah memberikan satu kemuliaan kepada masyarakat Arab yang digelar jahiliah lebih 1400 tahun dahulu dengan Islam. Sewaktu seluruh dunia dalam kejahilan dari sudut rohani, cahaya Islam yang dating dari Mekah telah menerangi seluruh ceruk dunia. Dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 23 tahun, Allah telah menjadikan manusia yang memilih-Nya sebagai satu-satunya Tuhan mereka telah mencapai puncak kemajuan sehinggakan sejarah dunia tidak mampu mendatangkan contoh lain yang seumpamanya.

            Allah telah memberikan kepada tangan orang Islam pada ketika itu cahaya petunjuk, hidayah serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya ini, Allah telah melajukan pergerakan mereka di landasan kemajuan sehingga Dia telah memberikan pemerintahan dunia kepada orang Islam dengan gilang-gemilang sehingga berkurun lamanya. Sehinggakan setiap kebatilan yang cuba bangkit untuk menentang, pasti dan pasti dihancurkan oleh Allah. Perkara ini adalah suatu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal lagi. Namun begitu, kemudiannya Allah telah menarik kembali kegemilangan ini sehinggalah kini ia menjadi tinggalan sejarah.

            Apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran-lembaran sejarah kepada realiti masa kini, maka kita akan mendapati umat Islam kini berada dalam keadaan yang sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa kemuliaan dan ketinggian serta tiada lagi persaudaraan dan kasih sayang. Perangai dan budi pekerti kita tidak baik, akhlak juga rosak, amal ibadah pun bermasalah dan perwatakan pun tidak elok. Segala keburukan telah wujud pada umat Islam dan umat ini telah jauh dari segala kebaikan.

            Dewasa ini, apabila keadaan telah bertukar daripada buruk menjadi bertambah buruk, dan masa-masa yang mendatang kelihatan lebih bahaya dan gelap berbanding masa lalu, maka keadaan kita yang berdiam diri tanpa sebarang usaha adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Walau bagaimanapun, sebelum kita memulakan sebarang tindakan, adalah penting untuk kita mencari punca kita menerima azab kehinaan dan kemunduran ini. Pelbagai pihak mengutarakan sebab yang berbeza terhadap kejatuhan umat kini dan hasil pendapat mereka itu, pelbagai usaha juga dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Sehinggakan banyak usaha menghasilkan kegagalan dan tidak kurang juga yang telah merumitkan lagi masalah umat.

            Satu janji yang benar dari Allah Yang Maha Memiliki dunia dan seisinya ialah pemerintahan dan khalifah di Bumi ini adalah milik orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. :

 Terjemahannya : Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kekuasaan di Bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…[1]

Allah s.w.t. juga telah menjanjikan untuk memberi pertolongan kepada orang-orang beriman.

  Terjemahannya : Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

Dan lagi firman Allah :

Terjemahannya : Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rsul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat ketika berdirinya para saksi[2].

 Imej

           Setelah kita meneliti ayat ini dengan situasi umat Islam semasa. Maka kita akan mendapati apa-apa yang dijanjikan oleh Allah tidak wujud pada umat ini. Sebaliknya umat ini berada dalam penindasan orang kafir, dihina, dikeji dan dianiyai tanpa sebarang pertolongan Allah yang sampai pada umat ini. Justeru satu kajian yang teliti perlu dilakukan tentang adakah syarat yang diletakkan oleh Allah untuk kita mendapat pertolongan dari-Nya serta berbagai kemuliaan lain sudah kita penuhi. Syarat yang disuebut adalah beriman.

Setelah kita teliti dengan baik, maka dalam ayat-ayat di atas dan seumpamanya, tidak ada satu pun janji itu ditujukan kepada umat Islam, sebaliknya janji-janji yang disebutkan Allah itu adalah kepada ‘orang-orang yang beriman’. Suatu masa telah datang kepada Nabi s.a.w. segolongan Arab Badwi dan mereka telah memeluk Islam lalu mereka mengatakan mereka telah beriman. Allah s.w.t. telah menurunkan ayat :

 

Terjemahanny : Orang-orang A’rab itu mengatakan kami telah beriman, katakanlah : “Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi memasuki hati kamu, maka katalah “Kami telah Islam”.”[3].

Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. memberitahu ciri-ciri orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. :

$  Terjemahannya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebutkan nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dikemukakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal[4]

Hadis-hadis juga menunjukkan kepada kita ciri-ciri orang yang beriman :

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – ، قَالَ : سَمِعت رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – ، يقول : (( مَنْ رَأى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيمَانِ )) رواه مسلم .

Terjemahannya : Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang melihat apa-apa kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia merasakan kemungkaran itu keji di dalam hatinya. Itulah selemah-lemah iman (Riwayat Muslim)[5]

عن أبي أمامة : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم سأله رجل فقال : يا رسول الله ما الإيمان ؟ قال : إذا سرتك حسنتك و ساءتك سيئتك فأنت مؤمن

Dari Abi Umamah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanya seorang lelaki dengan berkata : Wahai Rasulullah, apakah iman? Baginda berkata : Apabila kamu bergembira melakukan kebaikan dan bersedih atas amalah keburukan maka kamu beriman (Riwayat al-Hakim)[6].

            Setelah diteliti, barulah kita memahami bahawa majoriti umat Islam hari ini belum lagi memenuhi ciri-ciri orang yang beriman. Disebabkan inilah umat Islam lemah untuk mengamalkan agama dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. terhadap umat ini ditangguhkan. Maka satu-satunya usaha yang perlu dilakukan adalah usaha atas kerohanian umat. Kerana inilah pokok masalah. Apabila kerohanian diusahakan, maka segala masalah sampingan atau ranting seperti pengamalan syariat, pembentukan akhlak, penjagaan alam sekitar dan kemunduran umat dari segala sudut akan dapat diatasi. Apabila iman yakin yang dibina betul dan sempurna, maka segala perintah Allah akan ditaati dan segala sunnah nabi akan ditaati. Apabila majoriti umat mengamalkan keseluruhan agama diamalkan maka umat Islam akan dimuliakan oleh Allah dan kebatilan akan terhapus. Ini sepertimana berlaku ketika kewafatan nabi yang mana pada ketika itu agama telah diamalkan secara sempurna, maka orang-orang yang beriman telah dimuliakan oleh Allah s.w.t.

            Pembinaan kerohanian umat ini perlu dibina pada setiap peringkat. Peringkat terbaik untuk diusahakan ialah di bangku sekolah kerana manusia pada peringkat awal umur mereka mudah untuk dididik dan dibina iman dan yakin mereka. Justeru itu menjadi peranan para guru Islam selaku da’ei di sekolah untuk membina dan memantapkan iman para pelajar.


[1] Al-Quran an-Nur (24:55)

[2] Al-Quran al-Mu’min (40:51)

[3] Al-Quran al-Hujurat (49:14)

[4] Al-Quran al-Anfal (8:2)

[5] Abu Zakariya Yahya bin Syarif an-Nawawi 2007 Riyadhus Sholihin (69) Emaniyat Nyerukasyani : Dhaka

[6] Muhammad Yusuf al-Kandhalawi 2012 Muntakhab Ahadis (11) Maktabah Ilmiah : Kuala Lumpur

Maksud Penciptaan Manusia


 

Allah adalah Yang Maha Menciptakan. Selain dari Allah adalah ciptaan Allah. Allah yang menciptakan seluruh jin dan manusia. Tujuan Allah menciptakan seluruh jin dan manusia adalah untuk mengenali Allah dan menghambakan diri kepada-Nya[1]. Sebagaimana firman Allah :

Terjemahannya : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menghambakan diri kepada-Ku.

Menghambakan diri kepada Allah adalah keyakinan serta ketaatan terhadap zat dan sifat Allah Yang Maha Esa. Allah telah menghantar semua para nabi dan rasul untuk menyeru seluruh hamba kepada Allah dan menunjukkan jalan hidayah dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah :

Terjemahannya : Dan Kami tidak menghantar sebelummu (wahai Muhammad) seorang rasulpun melalainkan kami wahyukan kepadanya tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu abdikanlah diri kamu kepada-Ku[2].

Oleh kerana maksud Allah menciptakan manusia adalah untuk menghambakan diri kepada-Nya. Maka apabila seseorang manusia itu mati dan kembali ke akhirat, Allah akan memberikan balasan terhadap sejauh mana penghambaan diri seseorang itu kepada-Nya. Firman Allah :

Terjemahannya : Dan ukuran pada hari itu adalah kebenaran, Maka sesiapa yang berat timbangan amal kebaikan, merekalah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal kebaikannya, maka merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri disebabkan mereka menzalimi ayat-ayat Kami[3].

            Justeru itu amat penting dalam kehidupan dunia ini manusia menghambakan diri kepada Allah dengan beriman dengan yakin terhadap Allah dan perkara-perkara ghaib serta mentaati segala perintah Allah s.w.t.. Untuk mengamalkan agama, manusia memerlukan kekuatan. Bukanlah kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan fizikal mahupun mental, tetapi kekuatan yang perlu ada pada seseorang untuk mengamalkan agama adalah kekuatan rohani. Apabila kerohanian seseorang itu kuat, maka mudahlah untuk mengamalkan agama. Dan apabila kerohanian seseorang itu lemah, maka sebaliknya akan berlaku. Maka dengan itu, sangat perlulah rohani seseorang yang sudah Islam itu diusahakan.


[1] Muhammad Ihtishamul Hasan Kandhalawi 2011. Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya Era Ilmu Sdn Bjd : Kuala Lumpur.

[2] Al-Quran al-Anbiyaa (21 : 25)

[3] Al-Quran, al-A’raaf (7:8-9)

Pendirian Yazid Di Sebalik Pembunuhan Husain


Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Sepertimana ayahnya – Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh, Yazid bin Muawiyah rahimahullah juga terkenal dengan pelbagai keburukan, hasil daripada kisah-kisah sejarah versi Syi‘ah. Antara keburukan yang paling menonjol ialah kononnya Yazid telah memerintah orang-orang bawahannya untuk membunuh Husain bin Ali radhiallahu ‘anh. Dalam artikel ini insya-Allah kita akan meneliti sejauh manakah kebenaran kisah tersebut.

Husain menerima surat daripada Kufah. Setelah Yazid dibai‘ah menjadi khalifah umat Islam, Husain menerima beberapa surat daripada penduduk Iraq, khasnya dari bandar Kufah. Surat-surat tersebut menjemput Husain ke Kufah, kononnya orang-orang di sana ingin membai‘ah beliau sebagai khalifah. Sebahagian riwayat menambah bahawa setelah dibai‘ah, mereka akan bersama Husain untuk memerangi dan menjatuhkan pemerintahan Yazid. Walaubagaimanapun tokoh-tokoh yang utama pada saat itu daripada kalangan sahabat dan selainnya seperti Muhammad bin Hanafiyah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Ja’far, Abdullah bin Umar, Abu Sa‘id al-Khudri dan termasuklah Yazid, semuanya menasihati Husain agar tidak mengendahkan jemputan tersebut.

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah menerangkan hal ini: “Adapun orang yang merasa kasihan terhadap pemergian Husain adalah semua pencintanya, kerabatnya, para penasihatnya dan orang-orang yang berpegang kepada sunnah-sunnah Islam. Mereka semua mencegah Husain untuk pergi dan mengingatkan beliau tentang akibatnya (yang buruk).” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 237] Sebab utama mereka menghalang pemergian Husain adalah kerana yang menulis surat-surat tersebut ialah orang-orang Syi‘ah dan para pemberontak yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh. Mereka adalah orang-orang yang suka menimbulkan fitnah dan jemputan mereka kepada Husain hanya bertujuan menimbulkan fitnah yang baru ke atas ahli keluarga Rasulullah secara khusus dan umat Islam secara umum.

Penerangan Syaikh Muhib al-Din al-Khatib sekali lagi menjadi rujukan:

“Orang yang pertama menulis surat kepada Husain ialah para guru Syi‘ah sebagaimana yang diriwayatkan oleh para ahli sejarah, (di antara penulis tersebut ialah) Lut bin Yahya, Salman bin Sordi, Musyab bin Najbah, Rafaah bin Syadad, Hubaib bin Mudhahir dan mereka mengirim surat mereka bersama Abdullah bin Saba’, al-Hamadani dan Abdullah bin Wa’il.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 236]

Namun Husain enggan mendengar nasihat tersebut. Beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan memulakan perjalanannya ke Kufah. Sebahagian orang yang ada mengejar Husain sehingga ke pertengahan jalan ke Kufah untuk menasihati beliau, tetapi beliau tetap tidak mahu mengubah pendiriannya. Para ahli sejarah tidak dapat memastikan kenapa Husain tetap berpegang kepada pendiriannya untuk ke Kufah sekalipun semua isyarat-isyarat pada ketika itu mengarahkan beliau agar tetap di Madinah. Pemergiannya itulah yang akhirnya menyebabkan beliau dan sebahagian ahli keluarganya terbunuh.

Setelah mengkaji semua data-data sejarah dan penjelasan para penelitinya, seorang ahli sejarah: Syaikh Darwazah menerangkan hakikat ini dengan penuh rendah diri: “Kami bersaksi kepada Allah bahawa kami tidak menulis apa yang kami tulis (tentang pemergian Husain) kerana mengikuti hawa nafsu dan benci kepada Husain dan keluarganya. Kami sungguh menaruh perhatian yang sangat tinggi dan rasa cinta kepada mereka termasuk silsilah dan keturunan (mereka kepada) keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Akan tetapi kami sebagaimana ahli sejarah yang lain tidak mampu mengungkap selain itu, ……di sini aku utamakan dua pendapat, iaitu pendapat imam yang agung – Ibn Taimiyyah dan ahli sejarah yang sekali gus seorang peneliti – Syaikh Muhammad al-Khudhari.

(Berkata Ibn Taimiyyah): “Sesungguhnya pemergian Husain tidak menambah kebaikan baik untuk agama mahupun dunia. Adalah pemergiannya dan terbunuhnya termasuk kerosakan dan ini tidak akan terjadi jika beliau tetap di negerinya (Madinah). Tujuan beliau yang ingin mendapatkan kebaikan dan mencegah kejahatan (tidak membuahkan hasil) kecuali menambahkan kejahatan. Ini kerana pemergiannya itulah yang menyebabkan beliau terbunuh, malah mengurangi kebaikan itu sendiri. Terbunuhnya Husain mengharuskan sebab bagi lahirnya beberapa fitnah yang baru.”

(Berkata Syaikh al-Khudhari): “Kesimpulannya bahawa Husain dalam pemergiannya adalah satu kesalahan besar yang menyebabkan umat berada dalam bencana perpecahan dan perbezaan serta runtuhnya tiang yang berlanjutan sehingga sekarang.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 243-244]

Adakah Yazid bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Husain? Apabila Yazid menerima khabar bahawa Husain dan ahli keluarganya tetap memulakan perjalanan ke Kufah, beliau menyuruh gabenornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah dan memerhatikan gerakan Husain dan kebangkitan orang-orang Kufah.

Yazid memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk hanya memerhatikan Husain dan tidak bertindak melainkan jika Husain yang bertindak terlebih dahulu. Akan tetapi dalam suasana yang tegang antara orang-orang Kufah yang ingin menimbulkan fitnah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah bin Ziyad yang gelojoh, Husain dan sebahagian ahli keluarganya akhirnya terbunuh di sebuah tempat yang bernama Karbala. Sejarah versi Syi‘ah pantas menuduh Yazid sebagai pembunuh Husain. Mereka mendakwa Yazid telah memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk terus memerangi dan membunuh Husain. Malah kononnya Yazid memberi arahan lanjut agar kepala Husain dipenggal dan dibawa ke istananya di Syam sebagai bukti pembunuhan. Setelah itu kononnya kepala Husain dihantar ke Mesir. Semua ini adalah tidak benar.

Syaikh Darwazah menerangkan: “Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa di sana tidak ada sesuatu (bukti) yang menunjukkan peristiwa pembunuhan Husain memiliki hubungkait dengan Yazid. Yazid tidak memerintah untuk memerangi Husain, apalagi membunuhnya. Segala perintah adalah sekadar untuk mewaspadainya (Husain) dan tidak menyerang kecuali jika Husain menyerang (terlebih dahulu).” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 242] Adapun kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid di Syam, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan kisah yang sebenar: “Adapun Husain radhiallahu ‘anh, maka beliau terbunuh di Karbala berhampiran (sungai) Furat. Jasadnya dikebumikan di tempat terbunuhnya dan kepalanya dibawa ke hadapan Ubadullah bin Ziyad di Kufah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya dan daripada para imam yang lain.

Adapun kisah dibawanya (kepala Husain) ke Syam kepada Yazid, maka sesungguhnya yang sedemikian diriwayatkan secara terputus (sanadnya) dan tidaklah ia sabit barang sedikit jua. Bahkan dalam riwayat-riwayat tersebut kelihatan sesuatu yang menunjukkan kedustaan yang direka-cipta, kerana di dalamnya disebut bahawa Yazid kononnya telah menusuk gigi taring (Husain) dengan besi dan bahawa sebahagian sahabat yang hadir (pada saat itu) seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah telah mengingkari yang sedemikian. Ini adalah satu kerancauan.

Sesungguhnya yang menusuk dengan besi adalah Ubaidullah bin Ziyad. Demikian yang tercatit di dalam kitab-kitab sahih dan musnad. Mereka meletakkan nama Ubaidullah bin Ziyad di tempat Yazid. Tanpa diragui, sesungguhnya Ubaidullah telah memerintah agar Husain dibunuh dan dibawa kepala Husain kepada hadapannya. Kemudian sesudah itu (Ubaidullah) bin Ziyad dibunuh disebabkan apa yang dia lakukan. Malah yang lebih jelas (tentang kedustaan kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid) ialah para sahabat yang disebut-sebutkan hadir bersama seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah, mereka sebenarnya tidak berada di Syam melainkan berada di Iraq pada ketika itu

. Sesungguhnya kejahilan para pendusta tersebut dalam mencipta kisah ini dengan sendirinya membongkar kedustaan mereka. Adapun kisah dibawa (kepala Husain) ke Mesir, maka ia adalah batil menurut kesepakatan orang ramai. Para ilmuan seluruhnya juga bersepakat bahawa apa yang disebut-sebut sebagai lokasi kepala Husain di Kaherah, Mesir (dikenali sebagai Masyhad al-Husain) adalah sebenarnya batil, di dalamnya tidak terdapat kepala Husain mahupun apa-apa jua daripada bahagian kepala Husain.

Pendapat yang kuat di kalangan ahli ilmu berkenaan lokasi kepala Husain bin Ali radhiallahu ‘anhuma ialah seperti apa yang disebut oleh al-Zubair bin Bakr dalam kitabnya Ansab Quraisy dimana al-Zubair bin Bakr adalah daripada orang yang paling berpengetahuan lagi dipercayai dalam masalah ini. Beliau menyebut bahawasanya kepala (Husain) dibawa ke Madinah al-Nubuwwah dan dikebumikan di sana dan inilah pendapat yang munasabah. Sebabnya, di sana (Madinah) letaknya kubur saudaranya Hasan, pakcik ayahnya – al-Abbas, anak Ali dan lain-lain daripada ahli keluarganya.” [Majmu al-Fatawa, (Dar al-Wafa’, Kaherah, 2001), jld 4, ms. 507-509]

Berdasarkan penjelasan di atas, jelas bahawa Yazid tidak memerintahkan pembunuhan Husain dan tidak pula meminta agar kepala Husain dibawa kepalanya di Syam. Bahkan tercatit di dalam kitab-kitab sejarah bahawa beliau menjadi amat sedih apabila mendengar Husain telah dibunuh oleh Ubaidullah bin Yazid. Beliau juga diriwayatkan telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Husain yang terselamat sehinggalah mereka kembali ke Madinah.

Siapakah pembunuh sebenar Husain? Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada hadis berikut yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) di dalam Shahihnya – hadis no: 5994 dimana Abdul Rahman bin Abi Na’m menerangkan: “Aku melihat (Abdullah) Ibn Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn Umar bertanya: “Kamu berasal dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Aku daripada orang-orang Iraq.” Lalu Ibn Umar berkata: “Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia”.

Terdapat beberapa sebab kenapa seorang sahabat yang alim yang hidup sezaman dengan Husain bin Ali berkata sedemikian:

1. Orang yang menjemput Husain dari Madinah ke Kufah adalah orang-orang Iraq.

2. Orang-orang Iraq kononnya ingin membai‘ah Husain dan memulakan gerakan bagi menjatuhkan pemerintahan Yazid. Ini menyebabkan Yazid terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memerhati tindakan Husain yang seterusnya. Seandainya Husain bergerak ke satu tempat tanpa tujuan politik, pasti Yazid tidak perlu memerhati beliau.

3. Orang-orang Iraq berura-ura untuk memulakan gerakan menjatuhkan gabenor pemerintahan Yazid di Kufah dan bandar-bandar di sekitarnya. Hal ini menyebabkan Ubaidullah bin Ziyad secara gelojoh mengambil tindakan ketenteraan.

4. Orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai‘ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidullah bin Ziyad. Maka secara tiba-tiba tinggallah Husain serta ahli keluarganya terperangkap di hadapan tentera Ubaidullah bin Ziyad yang besar jumlahnya. Justeru sekalipun yang membunuh Husain ialah tentera dibawah arahan Ubaidullah bin Ziyad, faktor sebenar yang menyebabkan Husain terbunuh ialah orang-orang Iraq itu sendiri.

Timbul soalan seterusnya, kenapakah orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai‘ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri tanpa membela Husain? Jawapannya adalah mudah, mereka pada asalnya tidak memiliki apa-apa keinginan untuk menjadikan Husain sebagai khalifah. Tujuan mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah yang baru, yakni dengan melagakan Husain dengan pemerintahan Yazid. Perkara lain yang menarik untuk diperhatikan adalah, penduduk Iraq pada ketika itu kebanyakan mereka adalah orang-orang Syi‘ah

PARABEN DALAM PRODUK PERAWATAN KULI


Penggunaan pengawet paraben sebenarnya mengundang kontroversi karena beberapa penelitian menunjukkan paraben bisa memicu masalah kesehatan serius seperti pencetus kanker dan masalah kesuburan pada pria. Ada juga penelitian yang dilakukan olehKyoto Prefectural University of Medicine, bahwa beberapa jenis paraben yang aman, bisa juga bermutasi menjadi racun berbahaya saat terkena sinar matahari. Lain halnya dengan para ilmuwan dari FDA yang menyatakan paraben aman, tetapi masih dibutuhkan penelitian lanjutan. Diperkirakan lebih dari 90 persen dari semua produk kosmetik mengandung satu atau lebih paraben. Faktanya, paraben merupakan zat pengawet yang paling banyak digunakan di dunia karena keberhasilannya, rendahnya risiko iritasi yang mungkin timbul dan stabilitasnya.

Pada dasarnya, setiap bahan kimia yang ditempelkan pada kulit dapat menyebabkan kelainan kulit. Jika aplikasi pertama pada kulit memberikan kelainan disebut iritan, kemudian kalau terjadi kelainan setelah pemakaian berulang disebut sensitizer. Pencetus keracunan, kanker, atau kelainan kulit yang mengancam kesehatan bukan hanya dari paraben saja tetapi bisa juga dari bahan kimia lain seperti  Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Ammonium Lauryl Sulfate (ALS),Propylen Glycol, Isopropyl alcohol, Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA) danMonoethanolamine (MEA), Aluminium, Minyak mineral, serta Polyethylen Glycol (PEG).  Penggunaan berlebihan dapat menimbulkan iritasi yang hebat bahkan komplikasi penyakit dalam. Penting diketahui, bahwa paraben bukanlah satu-satunya zat yang memiliki efekestrogenic terhadap tubuh.

Bulan Maret 2010 Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI) bersama Organisasi Konsumen Korea melakukan analisa label pada produk perawatan kulit yang mengandung Paraben di Jakarta. Ada 36 produk kosmetik yang terkumpul terdiri dari shampo, busa mandi, pembersih muka, sabun mandi, serta krim untuk iritasi. Hanya 2 jenis yang bukan golongan pembersih atau pembilas yaitu menghilangkan alergi popok bayi dan lotion. Dari 36 produk tersebut diperoleh 11 merek yang mengandung  golongan Paraben, seperti terlihat dalam tabel.

No Merek Komposisi Kegunaan Produsen
1 Pigeon facial foam  40 g Purfied water, sodium laureth sulfate,cocamidopropyl betaine, sodium stearate, glycerine, phenoxyethanol, methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, citric acid, glycol distearate, chamomilla recutita (matricaria) flower water, PEG-40 hydrogenated castor oil, trideceth-9, bisabolol,propylene glycol, fragrance,tetrasodium EDTA,ethoxydiglycol, PEG-26 jojoba acid, PEG-26 jojoba Ethanol, butylene glycol, simmondsia chinensis. Sabun muka untuk semua jenis kulit PT.Multi Indocitra Indonesia
2 Garnierfacial wash 100 ml Aqua/water,sodium laureth sulfate,glycerin,decyl glucoside,polyethylene,acrylates/C10-30 alkyl acrylate, crosspolymer,ascorbyl glucoside, citrus limonum/lemon fruit extract,gentiana lutea/gentiana luteextract,jojoba,esters,salicyl acid,benzophenone-4,iodopropynyl butylcarbamate, peg-4 dilaurate, peg-4 laurate,polyquaternium-10,sodium hydroxide,talc,terasodium edta,xanthan gum, alcohol, CI 19140/yellow5 lake, CI47005/yellow 10,CI 73360/red 30,butylparaben, ethylparaben,isobutylparaben, methylparaben,phenoxyethanol,propylparaben,parfum/fragrance,benzyl salicylate,limonene, linalool (F.I.L. B 11040/1) Brightening scrub wash PT L’Oreal Indonesia Jl.Rasuna  Said KavX  Jakarta
3 PigeonLiquid soap 200 ml Purified Water,lauryl Glucoside (and) Cocamidopropyl Betaine, Sodium Laureth Sulfate,DisodiumLaureth Sulfosuccinate, Butylene Glycol,phenoxyethanol, Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Fragrance, sodium PCA,Styrene Polymer, Sodium Citrat,PEG-150 Distearate,Ethoxydiglycol,Propylene Glycol,PEG-26 Jojoba Acid, PEG-26 Jojoba Ethanol,PEG-40 Hydrogenated castor oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Trideceth-9, Chamomilla recutita (Matricaria) flower Water, Bisabolol, Tetrasodium EDTA, Citric Acid, Sodium Chloride. Baby liquid soap PT.Multi Indocitra Indonesia
4 Vivacleanser 50g Aqua, kaolin, mono alkyl phosphat, Acrylate Crosspolymer, Glycerin, Lauryl Glucoside, Titanium dioxyde, Cocamide Dea, Dimethycone  Cpolyol, D-Panthenol, Aloe vera extract, Parfum, Methyl Paraben, Yogurt filtrate, Butylene glycol clean mask refrehner PT.Vitapharm Surabaya
5 Shinzuifacial wash 40 ml Cocamidopropyl betaine, Sodium Laureth sulfate, water, glycerine, Herba matsu oil, Cotton extract, With hazel extract, Sodium lactate, Sodium PCA, Sodium benzoate, Lactic acic , PEG 7, Glyceryl Coconate, C 10-30 Alkyl Acrylate crosspolymer, Sodium Hydroxyde, Fragrance, Phenoxyethanol,Parabens skin lightening facial wash PT.Bina Karya Prima
6 Baby-Deecream 50g Demineralized water, Mineral oil, Stearic acid, Dimethycone, Beeswax, Zinc Oxide, Cyclomethycone, Honey extraxt, Sodium PCA, Pr0-vitamin B5, Glycerine, Fragrance, Allantoin, Methyl paraben, Propyl paraben diaper cream PT.joenoes Ikamulya
7 Zwitsalbaby cream 50 ml Water, mineral oil, Sorbitan Olivate, Petrolatum, Zinc Oxyde, Dimethycone Glycerine, Beeswax, Jojoba oil, PEG-30, Dipoly hiroxystearate, Lactic acid, Canola oil, Magnesium Sulfate heptahydrate,  Magnesium stearate, Parfum, Zinc Sulfate, Phenoxyethanol, Sodium methyl paraben, Allantoin, Calcium hydroxide, Retynil palmitate, Tocopheryl acetate, Ascorbyl palmitate. baby cream with zinc PT.Sara Lee body care Indonesia
8 Cussons babyLotion 50 ml Aqua, Mineral oil, Cetearyl alkohol, Ceteareth-20, Zinc oxyde, Calamine, Glyceril Stearate, Talc, Phenoxyetahanol, AllantoinMethyl paraben, Ethyl paraben, Propyl paraben, Butyl paraben, Parfum. Prickly Heat lotion PT.PZ Cussons Indonesia
9 Cussons babyCream 50 mg Zinc oxyde 4%, Allantoin 0,1%, aqua, mineral oil, Glycerine stearate, Cetearyl alkohol, Cetearet-20, Zinc Oxyde, Methyl paraben, Ethyl paraben, Phenoxy ethanol, Prophyl paraben, Butyl paraben, Allantoin, Parfum diaper rash cream PT.PZ Cussons Indonesia
10 Mustika Ratufacial foam 75 g Water, Cocamidopropyl Betaine, Stearic Acid, ………. …… Extract, sodium PEG-7 Olive Oil, Carboxylate PEG-4……. ….. …….. (licorice),…… Extrtract, Hydrogenatted jojoba Oil, Tocopheryl Acetane, Mthylparaben,Fragrance, ……., Propylparaben. bengkoang whitening PT.Mustika Ratu
11 Lifeboyshampoo  90 ml Water, Sodium Laureth sulfate, Sodium Chlorida, Santan Gum, Tocopheryl Acetate, Glycerile linoleat, Glyceryl Linolenate, Retinil Palmitate, Panthenol, Phenoxy ethanol, Methyl parabenButhyl parabenEthyl paraben, Prophyl paraben, isobutyl paraben, Lisin HCl, Pentilen glikol, PEG 40, Hydrogenated castor oil anti hair fall PT.Unilever Indonesia

Dari 11 merek ber paraben terdiri dari; 4 sabun pembersih muka, 1 sabun mandi cair, 1 cairan pembersih muka, 3 krim alergi, 1 shampo, dan 1 lotion. Keempat produk pembersih muka, memiliki klaim berbeda-beda yaitu memutihkan kulit, mencerahkan kulit, mengikis kulit serta untuk semua jenis kulit. Fungsi perawatan kulit yang sederhana ternyata menjadi rumit dengan beragam komposisi, meski jenisnya sama. Penggunaan pengawet golongan paraben yang lebih dari satu dan nama-nama bahan bukan dengan nama dagang sulit dipahami.

Pengawet konon diperlukan untuk memberi perlindungan pada kosmetik agar terhindar dari pencemaran saat digunakan dan akibat pertumbuhan kuman. Pengawet lainnya adalahAmmonium kuartener, alcohol, golongan fenol, antioksidan BHA, Vit E, asam benzoat. Memang, semua bahan tersebut masuk kategori bahan yang diperbolehkan dalam kosmetik. Selain pengawet, produk perawatan kulit mengandung juga penyeimbang PH, stabilisator, pewarna, pewangi, dan pelembab dari beragam bahan kimia.

Survei pemahaman konsumen tentang bahan-bahan berbahaya dalam produk perawatan kulit yang pernah dilakukan YLKI, lebih menunjukkan ketidakpahaman konsumen. Selain bentuk huruf yang teramat kecil, banyaknya komposisi, dan bahasa teknis menjadi keluhan konsumen ketika memilih produk.

Ada yang menduga bahwa produk – produk yang menyantumkan menggunakan bahan alami ternyata menggunakan pengawet paraben juga karena paraben merupakan bahan ’food grade’ (dapat dimakan). Paraben dibentuk dari asam (p-hydroxy benzoic acid) yang juga terdapat di dalam raspberry dan blackberry.

Nah, untuk konsumen, langkah terbaik dengan cara membiasakan membaca label meski sulit dipahami, setidaknya gunakan sesuai aturan pakai yang tercantum. Dan ingat, jangan pernah mau dibodohi oleh kata-kata ’natural’ atau ’organic’ pada kemasan produk, jika komposisinya mencantumkan bahan kimia lain.  Terakhir, dan tak kalah penting, gunakan sesuai kebutuhan.

Ida marlinda – Staff YLKI

Dari berbagai sumber

(Dimuat di Majalah Warta Konsumen)

Bertukarlah ke produk Hidayah yang bebas Paraben