Dalam Sunnah Ada Kejayaan


 

Sesungguhnya Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui telah membuat suatu ketetapan yang tidak akan berubah sehingga hari kiamat bahawa kejayaan saya dan seluruh manusia hanyalah di dalam agama Allah s.w.t. Barangsiapa yang taat Allah dan Rasul-Nya maka dia telah berjaya dengan sebenar-benar kejayaan.

Ketaatan kepada Allah hanya akan berjaya sekiranya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.. Ibadah dengan cara lain tidak ada kejayaan, hanya dengan cara nabi ada kejayaan. Begitu juga dalam urusan akhlak, perhubungan sesama manusia, kehidupan bermasyarakat, nikah kahwin, dakwah dan pentadbiran negara sekalipun hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah ada kejayaan di dunia dan di akhirat. Inilah hakikat syahadah Muhammadur Rasullullah iaitu cara kehidupan dan pelaksanaan yang dijamin kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w.

Sehebat manapun cara yang difikir dan dikaji manusia, namun tiada jaminan kejayaan dari Allah s.w.t. pada kehidupan dunia apatah lagi di akhirat. Selekeh dan sekecil manapun manusia memandang cara yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.w.t., pasti dan pasti ada kejayaan dunia dan akhirat. Kerana sesiapa yang mentaati perintah Allah s.w.t. mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., dia telah berjaya dengan kejayaan yang sebenar.

Sebagai contoh sekiranya manusia menghabiskan masa sehingga 6 jam sehari untuk tidur, maka sekiranya seseorang itu hidup selama 60 tahun, maka keseluruhan masa dia tidur sepanjang hidup ialah selama 15 tahun. Dan 15 tahun ini adalah sia-sia di sisi Allah sekiranya tidak mengikut sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w.. Tetapi Masha-Allah, sekiranya dilakukan ikut cara Rasullah dari segi doa dan bacaan sebelum tidur dan cara tidur serta cara bangun dari tidur, maka setiap detik tidur manusia dikira ibadah dan bernilai disisi Allah s.w.t..

Mungkin ada yang bertanya, kenapa nak tekankan sunnah yang kecil-kecil nie, kenapa tak nak bincang sunnah yang besar-besar seperti melaksanakan hukum hudud dan perjuangan Islam, jawapannya semua sunnah adalah besar, taka da yang kecil. Kalau sunnah yang mudah macam nie tak boleh ikut, jangan harap nak buat sunnah yang lebih susah seperti tadbir negara cara Islam.

Advertisements

خير القرون القرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Zaman yang terbaik adalah zaman Rasulullah, seterusnya zaman sahabat dan seterusnya zaman tabi’in.

Bandar Madinah waktu itu merupakan sebuah Bandar yang tenang. Penduduknya yang terdiri daripada orang-orang Muslim yang teguh berpegang pada agama. Di sana sini kedengaran nama Allah dibesar besarkan. Suasana nasihat menasihati dan percakapan iman begitu subur. Di mana saja ada percakapan agama, orang yang berjual beli di pasar bercakap tentang agama, di kedai makan cakap agama dan agama telah meresap ke dalam setiap urat dan nadi penduduk Madinah.

Masjidnya hidup 24 jam dengan amal-amal dakwah, pengajaran dan pembelajaran, ibadah dan khidmat. Bila masuk waktu solat, berpusu-pusu manusia meninggalkan urusan ibadat kecil mereka menuju kepada urusan ibadah yang lebih besar. Setiap solat seperti solat Jumaat. Semua lelaki Muslim datang bersolat di masjid kecuali mereka yang terang-terang kemunafikannya. Setiap masa manusia masuk dan keluar masjid seperti pasar raya. Sahabat-sahabat kebanyakannya membahagikan separuh hari mereka untuk aktiviti masjid dan separuh lagi hari mereka untuk keperluan hidup mereka.

Sahabat-sahabat telah menyibukkan diri untuk hal-hal agama sebagaimana kita hari ini menyibukkan diri dalam hal-hal keduniaan. Sahabat-sahabat telah mengejar ganjaran akhirat seperti mana kita hari ini mengejar harta benda dan wang ringgit.

Pada zaman Saidina Umar, 2 orang wakil kafir datang untuk tujuan membunuh khalifah ketika itu. Mereka mencari-cari di mana istana khalifah besar umat Islam itu tetapi tidak menemuinya. Mereka ditunjukkan kepada seorang lelaki yang sedang tidur di bawang sebatang pokok dan diberitahu itulah Saidina Umar.

Seorang musafir samada Muslim atau kafir yang datang ke Madinah akan ditanggung segala makan, minum dan tempat tinggalnya selama 3 hari secara sukarela oleh mana-mana penduduk Madinah.

Suatu masa seorang kafir yang datang ke Madinah mengunjungi sebuah kedai, lalu berlakulah dialog lebih kurang begini antara si kafir dengan empunya kedai :

Si Kafir : Boleh saya dapatkan barang ini?

Peniaga : Di sini sememangnya ada barang yang tuan mahukan, tetapi saya cadangkan tuan pergi dapatkan barang ini de kedai sebelah?

Si Kafir : Apesal plak?

Peniaga : Bukan apa, kedai saya dari tadi sudah ada pelanggan, tapi saya perhatikan kedai sebelah saya ini masih tidak dikunjungi oleh pelanggan, lebih baik tuan dapatkan barang ini di kedai sebelah.

Si Kafir : !!!!!?????? (Tercengang)

MasyaAllah, begitulah perasaan persaudaraan Islam meresap dalam segenap urat daging orang Islam. Mereka bukan lagi berniaga dan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran dariNya.

Seorang kafir yang datang ke Madinah boleh terbuka hati selepas ditangkap dan diikat di tiang masjid kerana sesuatu kesalahan. Lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Jika melihat reality umat Islam di Malaysia, sebelum merdeka lagi kita telah menerima kedatangan imigran India dan Cina sehinggalah sekarang ini mereka telahpun diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Namun majority mereka tak tertarik pun dengan Islam. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam secara sempurna sepertimana nabi dan para sahabat.

Pada zaman sahabat, jika orang kafir bertanya bagaimanakah Islam, maka para sahabat boleh menjawab “tengoklah kami” kerana pada diri mereka adalah agama yang sempurna. Tetapi hari ini jika orang Islam bertanya perkara sama, kita hanya boleh menjawab “bacalah terjemahan Al-Quran” atau “ Rujuklah kitab itu dan ini” kerana Islam tidak lagi wujud secara sempurna pada diri kita.

Justeru adalah penting untuk kita tumpukan usaha mendakwahkan orang Islam supaya beriman dengan iman yang sempurna kepada Allah dan kembali mengamalkan ajaran Islam. Apabila orang Muslim mengamalkan Islam secara sempurna, maka ia akan menjadi asbab orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

Apabila majority orang Islam telah melaksanakan perintah Allah, maka pertolongan Allah akan datang, bila pertolongan Allah datang……

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2)

“Apabila datangnya pertolongan Allah dan kejayaan, maka kamu akan melihat manusia memasuki Islam secara berbondong-bondong”

The Perfect Dakwah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

“Today we discuss about how to do the azan”. Amirsab Syed Hussin memulakan bicaranya. Semua ahli Jemaah memberikan perhatian kepadanya.

“First, the people whose azan must azan loudly with full of spirit”. Sambung ketua Jemaah kami yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah itu.

“When Hazrat Bilal loud the azan, he enter finger to the ears, right Mustakim ?”. Huh… aku baru tahu kenapa tiba-tiba nak muzakarah pasal azan malam ni, mungkin tadi dia nampak aku azan tanpa masukkan jari ke dalam telinga

.

“Like Rasulullah teach Bilal to do the azan, all people whose do azan must doing the same thing”.

“We must azan with full concentratiaon. And make intention that our azan is to dakwah for ALL PEOPLE OVER THE WORLD”.

Nampaknya tujuannya bukan setakat menegur, tapi lebih mendalam lagi.

“Azan is not the small thing, Its most important tor the hidayah. Azan is the perfect dakwah, like we said after azan :

اللهم رب هذه الدعوة التامة

Ooo Allah, Rabb of this perfect call”

“Dakwah must do with the truth way, with the sunnah, Allah will spread the hidayah over the world. BUT WHEN WE DO DAKWAH WITH THE WRONG WAY, ALLAH NOT SPREAD THE HIDAYAT, BUT BATIL WILL SPREAD”.

Apa Yang Aula


Bayangkan pada suatu pagi yang hening di rumah kita, suasana yang kelam-kabur kerana semalamnya ‘blackout’ dan semuanya tidur lewat malam. Pagi itu satu keluarga terlajak Subuh. Tiba-tiba terdengar seseorang dari luar memberikan salam, ohh ada tetamu rupanya. Diruang tamu ibu dan ayah masih tidur berpelukan begitu juga dengan adik perempuan yang baru lepas SPM tu pun sama, dengan seluar pendek dan singlet. Kakak yang baru mamai bangun masih berkemban dan keadaan rumah yang huru hara, apakah tindakan kita, adakah kita terus membuka pintu rumah dan menjemput tetamu masuk?

Begitulah agama Islam yang hari ini penganutnya melakukan pelbagai kesyirikan kepada Allah dan melakukan pelbagai larangan Allah, kalau kita nak ajak orang masuk Islam pun mereka tak mahu sebab nampak orang Islam teruk sangat. Jadi sebaiknya kita setlekan dulu dalam rumah kita (penganut Islam) supaya selepas itu barulah kita buka pintu.

Setiap masa, tempat dan keadaan ada tumpuan dakwahnya, hari ini para ulama seperti Syekh Muhammad Saad Al-Kandahlawi dan Syekh Muhammad Yusuf rah. (pengarang Syarah Ma’ani Atsar dan Hayatus Sohabah) serta maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi (pengarang kitab Aujaz Masalik Syarah Muwatta, La Miul Darari ala Sohih Bukhari dan Abwab wa Tarojim) bagitahu adalah period untuk betulkan yakin umat daripada yakin terhadap makhluk seperti wang, harta, pangkat dan kerja kepaya yakin terhadap Al-Kholiq, daripada yakin kepada mal (harta) kepada yakin terhadap amal dan daripada yakin terhadap dunia kepada yakin terhadap akhirat. Bila dakwah terhadap sesame Muslim sempurna, barulah kita mulakan untuk non-Muslim.

Apabila majority orang Islam telah melaksanakan perintah Allah, maka pertolongan Allah akan datang, bila pertolongan Allah datang……

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

“Apabila datangnya pertolongan Allah dan kejayaan, maka kamu akan melihat manusia memasuki Islam secara berbondong-bondong”

Pun begitu kita tidak boleh lupa untuk ‘Sharing Islam with the World’. Tidak ada halangan untuk kita berkongsi dan mengajak non-Muslim kepada Islam, dalam masa yang sama kita jangan lupakan tanggungjawab utama kita buat masa ini iaitu 1.57 bilion umat Islam yang masih tidak tahu ke mana hala tujunya.

Apakah keadilan untuk lebih 5 bilion yang belum memeluk Islam. Jawapannya Allah akan sampaikan agama ini kepada mereka asbab susah payah manusia yang mendakwahkan di jalan Allah.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ

Dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keridhaan] Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. (al-Ankabut, 69)

Lagipun tidak ada taklifan bagi orang yang tidak tahu kerana maksud kafir adalah menutupi iaitu setelah agama datang pada mereka, mereka tidak menerimanya, barulah dikira kafir. Sekiranya tidak sampai dakwah pada mereka, mereka dikira sebagai ahli fitrah.

 

Percakapan Yang Hak


Salam,

Hisy rajin sungguh dia org ni update blog, Tetibe je lepas belek beberapa blog kekawan PIBA td, aku jadi semangat nak tulis kat blog, hehe…..

Latar masa : 12 tgh malam
Latar tempat : Sebuah bilik di Kolej Rahim Kajai
Latar bunyi : Bunyi lagu2 nasyid menyetuh hati yg dipasang roommate, ntah kenapa rasa insaf jea malam nii

Allah s.w.t. adalah rabb kita. Allah s.w.t. adalah Al-Khaliq, Maha Pencipta, selain daripada Allah adalah makhluk, yang diciptakan oleh Allah, Allah adalah pencipta langit dan bumi serta setiap apa yang ada antara keduanya.

Allah s.w.t. adalah Al-Malik, Yang Maha Menjaga dan Mengawal, selain daripada Allah dikawal dan dijaga oleh Allah. Setiap degupan jantung kita, setiap hembusan dan tarikan nafas kita, setiap peredaran darah dalam badan kita dan setiap kerlipan mata kita adalah di bawah kawalan Allah.

Allah s.w.t. adalah Ar-Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki, selain daripada Allah diberi rezeki oleh Allah. Allah memberi rezeki kepada setiap makhluk yang tidak dapat mencari rezeki dan setiap makhluk yang dapat mencari rezeki pada pada pandangan kita.

Allah s.w.t. adalah As-Somad, Tempat bergantung seluruh makhluk, selain daripada Allah bergantung dan memerlukan Allah s.w.t. Maha suci Allah daripada sifat memerlukan kepada ciptaannya

Inilah percakapan agama, ini contoh percakapan kebesaran Allah. Banyak lagi boleh bercakap pasal agama, syurga dan neraka, mati, kubur dan mahsyar, dosa pahala, mizan dan sirat dan lain2. Tapi mesti kita takut kan nak cakap benda2 cam nii…. maklumlah takut kita jadi insaf dan takda peluang buat dosa lagi…..

Sesungguhnya ramai dari sahabat-sahabat kita yang bila dikatakan kurangkan percakapan dunia, maka mereka merasa tiada ruang untuk bercakap, mereka anggap percakapan agama itu hanyalah si A membaca satu ayat Ayat Al-Quran dan si B pula menyambung ayat seterusnya, atau Si A baca satu rangkap hadis dan si B baca satu rangkap lagi…..

Bila kita cakap tentang perkara agama, percakapan itu adalah percakapan yang benar dan hak. Bila kita melazimkan percakapan yang benar dan hak, maka Allah akan baiki akhlak kita dan ampunkan dosa-dosa kita

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا } [الأحزاب: 70، 71].

Wahai orang-orang beriman, gerunlah kamu kepada Allah dan berkatalah percakapan kebenaran, nescaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu, barangsiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, maka dia telah mendapat kejayaan yang sebenar.

Rujukan

Al-Quranul Karim

Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, Hayatus Sohabah

Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, Muntakhab Ahadis

Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi, Fadhail A’mal

Zainal Abidin A’zhamy, Dalil-dalil Enam Sifat

Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala



Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya “Hazrat Mu’aawiah Ki Siasi Zindagi” bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha’ yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ‘ aulia illah’.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.

Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi’in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam “Ansabu Al Asyraf” mengatakan bahawa, ” Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : ” Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai’ah kamu kepadanya” (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa’ Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ‘ Amirul Mukminin’.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai’ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, ” Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, ” Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai’ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai’ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai’ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai’ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya”. (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?

Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ‘ Yazidlah pembunuhnya’ tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.

PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan

I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan “At Tawwaabun” yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan “At Tawaabun” itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al’Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, ” Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu “. (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “At Tawaabun”.

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al’Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab’ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy’ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

” Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (Jilaau Al’ Uyun, ms 391).

Beliau juga berkata kepada Syiah:

“Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? ” (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:

“Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami “. (Ibid)

Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: “Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya”. (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al’Uyun, m.s. 409).

Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:

(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.

(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.

(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.

Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.

(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram?

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, ” Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?” (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, ” Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu”.

Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, ” Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran…Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun”. (Jilaau Al ‘ Uyun, ms 424).

Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.

Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya, ” Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu”.

Beliau juga berkata, ” Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti”. (Ibid, ms 426-428)

Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, ” Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih “.

Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.

Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :

1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.

2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.

3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.

4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?

II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN

Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :

1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu.

Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.

Di dalam Jilaau Al’ Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai’ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, ” Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya”. (Jilaau Al U’yun, ms 218)

Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman.

Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang Mukmin.

Kebiadaban Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi’ menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi’ telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ‘ Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.

Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan pedang di tubuhnya.

Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan Karbala.

Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan ‘syiah’ boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas bolehlah kita katakan bahawa ‘perasaan kehairanan’ yang seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.

Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.

Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:

(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)

(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor ‘Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). ‘Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-

1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.

Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.

Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-

(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus’ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.

Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala .

Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.

Perkahwinan mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu cerita–cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali (yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .

Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .

Saringan oleh http://www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff

Kisah Salman Al-Farisi


SALMAN AL-FARISI SEBUAH TELADAN BAGI PARA PEMUDA

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang sangat cerdik dan sangat jeli terhadap suatu perkara, yang sangat perlu bagi kita mengambil ‘ibrah darinya. Dia adalah Salman Al-Farisy. Pada suatu ketika Salman A-Farisy bercerita kepada Ibnu Abbas [1], beliau berkata:

Aku adalah orang Persia negara Parsia, dan aku tinggal di suatu tempat yang bernama Asfahan di desa Jayyu Ayahku seorang tokoh di desaku dan aku adalah makhluk Allah yang paling dicintainya. Ia amat mencintaiku sehingga aku dipingit di dalam rumah sebagaimana anak gadis dipingit dalam rumah. Aku ketika itu beragama penyembah api dan aku memiliki tugas khusus menjaga api yang harus senatiasa menyala terus dan tidak boleh padam sesaatpun. Bapakku mempunyai ladang yang sangat luas, pada suatu saat bapakku tersibukkan dengan bangunan, sehinga berkata kepadaku: Anakku pada hari ini aku sibuk dengan bangunan ini hingga tidak mempunyai waktu untuk mengurusi ladangku. Oleh karena itu pergilah kamu ke ladang! Ayahku memerintahkan beberapa hal yang perlu aku kerjakan, kemudian berkata kepadaku: Jangan terlambat pulang kepdaku, engkau lebih berarti bagiku daripada ladangku dan engkau membuatku lupa segala urusan yang ada.

[SALMAN TERTARIK DENGAN AGAMA NASRANI]

Kemudian aku pergi menuju ladang bapakku seperti diperintahkan bapakku. Dalam perjalanan menuju ladang bapakku, aku melewati salah satu gereja milik orang-orang Nasrani, dan aku dengar suara-suara mereka ketika mereka beribadah di dalamnya. Aku tidak tahu banyak persoalan manusia, karena aku dipingit bapakku di rumah, ketika itu aku mendengar suara-suara mereka, aku masuk kepada mereka untuk melihat dari dekat apa yag mereka kerjakan di dalamnya. Ketika aku melihat mereka aku, aku kagum terhadap ibadah-ibadah mereka dan tertarik kepada kegiatan mereka. Aku berkata demi Allah, agama mereka ini lebih baik dari pada agama yang aku peluk. Demi Allah aku tidak akan tinggalkan mereka sampai matahari terbenam, aku membatalkan pergi ke ladang bapakku, aku berkata kepada mereka (orang-orang Nasrani tersebut): Agama ini berasal dari mana?” Mereka menjawab dari Syam. Setelah itu, aku pulang ke rumah dan ternyata bapakku mencariku, dan aku membuatnya tidak mengerjakan pekerjaannya. Ketika aku telah kembali kebapakku, bapakku berkata kepadaku: Anakku dari mana saja Engkau? Bukankah engkau telah berbuat perjanjian denganku? Aku berkta: Ayah aku tadi berjalan melewati orang-orang yang sedang mengerjakan beribadah di gereja mereka, kemudian aku kagum terhadap agama mereka yang aku lihat. Demi Allah aku berada di tempat mereka hingga matahari terbenam. Bapakku berkata: Anakku tidak ada kebaikan pada agama tersebut. Aku berkata tidak, demi Allah, agama tersebut lebih baik daripada agama kita. Setelah kejadian tersebut bapakku mengkhawatirkanku, ia ikat kakiku dan aku dipingit dalam rumahnya. Aku mengutus seseorang kepada orang-orang Nasrani dan aku katakan kepada mereka, jika ada rombongan dari Syam datang kepada kalian, maka beri kabar kepadaku tentang mereka. Tidak lama setelah itu, datanglah pedagang-pedagang Nasrani dari Syam, kemudian mereka menghubungiku. Aku katakan kepada mereka, jika mereka telah selesai memenuhi hajatnya dan hendak mau pulang ke negeri mereka, maka beri izin kepadaku untuk aku ikut bersama mereka.

[SALMAN KABUR DAN BERANGKAT KE SYAM]

Ketika para pedagang Nasrani, hendak kembali ke negerinya, orang-orang nasrani segera memberi kabar kepadaku tentang mereka, kemudian aku melepas rantai di kakiku dan aku pergi bersama mereka hingga sampai ke negeri Syam. Setelah tiba di Syam, aku bertanya, siapakah pemeluk agama ini yang paling banyak ilmunya? Mereka menjawab: Uskup di gereja, kemudian aku datang kepada Uskup tersebut dan berkata kepadanya, aku amat tertarik dengan agama ini. Jadi aku ingin bersamamu dan melayanimu di gerejamu dan agar bisa belajar bersamamu dan beribadah bersamamu. Uskup berkata masuklah! Aku pun masuk kepadanya, ternyata Uskup tersebut orang yang jahat. Ia mengajak ummat untuk bersedekah, namun ketika mereka telah mengumpulkan sedekahnya melalui dia, ia simpan untuk dirinya dan tidak menyerahkannya kepada orang-orang fakir miskin, hingga ia berhasil mengumpulkan tujuh peti penuh yang berisikan emas dan perak. Aku sangat marah kepadanya karena perbuatannya tersebut. Tidak lama kemudian Uskup tersebut mati. Orang-orang Nasrani berkumpul untuk mengurus jenazahnya, namun aku katakan kepada mereka: Sungguh orang ini telah berbuat jahat, ia menganjurkan kalian bersedekah, namun ketika kalian menyerahkan sedekah melaluinya, ia malah menyimpannya untuk dirinya sendiri dan tidak membagikannya sedikitpun kepada fikir miskin, mereka berkata: darimana engkau mengetahui ha ini? Aku katakan kepada mereka, mari aku tunjukan tempat penyimpanannya! Aku tunjukan tempat penyimpanan uskup tersebut kepada mereka, kemudian mereka mengeluarkan tujuh peti yang berisi penuh dengan emas dan perak. Ketika melihat ketujuh peti tersebut, mereka berkata: Demi Allah, kita tidak akan mengubur mayat uskup ini. Mereka menyalib Uskup tersebut dan melemparinya dengan batu. Setelah itu, mereka menunjuk orang lain untuk menjadi Uskup pengganti.

[SALMAN BERSAMA USKUP YANG SHOLIH]

Aku tidak pernah melihat orang yang sholat yang lebih mulia, lebih zuhud, lebih cinta kepada akhirat, lebih tekun di siang dan malam hari dari Uskup baru tersebut. Aku mencintai Uskup tersebut dengan cinta yang tidak ada duanya. Aku tinggal bersamanya lama sekali hingga kemudian ajal menjemputnya. Aku berkata kepadanya (sebelum dia wafat), sesungguhnya aku telah hidup bersamamu dan aku mencintaimu dengan cinta yang tidak ada duanya, sekarang seperti yang telah lihat keputusan Allah telah datang kepadamu, maka engkau titipkan aku kepada siapa (untuk belajar)? Uskup menjawab: Anakku, demi Allah aku tidak tahu ada orang yang seperti diriku. Manusia sudah banyak yang meninggal dunia, mengubah agamanya dan meninggalkan apa yang sebelumnya mereka kerjakan, kecuali satu orang di Al-Maushil, yaitu Si Fulan, ia seperti diriku. Pergilah engkau kepadanya!

[SALMAN BERSAMA USKUP DI AL-MAUSHIL]

Ketika Uskup tersebut telah meninggal dunia dan di kubur, aku pergi kepada Uskup Al-Maushil. Ketika sampai di sana, aku katakan kepadanya: Hai Fulan, sesungguhnya Uskup si Fulan telah berwasiat kepadaku ketika hendak wafat agar aku pergi kepadamu. Ia jelaskan kepadaku bahwa engkau seperti dia, Uskup tersebut berkata: Tinggallah bersamaku! Aku menetap bersamanya. Aku melihat ia sangatlah baik seperti cerita shahabatnya. Tidak lama kemudian Uskup tersebut wafat. Menjelang wafatnya, aku berkata kepadanya: Hai Fulan, sesungguhnya Uskup si Fulan telah berwasiat kepadaku agar aku pergi kepadamu dan sekarang keputusan Allah telah datang kepadamu seperti yang engkau lihat, maka kepada siapa engkau wasiatkan? Apa yang engkau perintahan kepadaku? Uskup berkata: Anakku demi Allah, aku tidak tahu ada orang seperti kita kecuali satu orang saja di Nashibin, yaitu Si Fulan. Pergilah kepadanya.

[SALMAN BERSAMA USKUP NASHIBIN]

Ketika Uskup tersebut wafat dan usai dikubur, aku pergi kepada Uskup Nashibin. Aku jelaskan perihal diriku kepadanya dan apa yang diperintahkan dua shahabatku kepadanya. Ia berkata tinggallah bersamaku, aku tinggal bersamanya, dan aku dapati dia seperti dua shahabatku yang telah wafat. Aku tinggal bersama orang yang terbaik. Demi Allah tidak lama kemudian ia wafat. Menjelang kematiannya, aku berkata: Hai Fulan, sungguh Si Fulan telah berwasiat kepadaku agar aku pergi kepada Si Fulan, kemudian Si Fulan tersebut berwasiat kepadaku agar aku pergi kepadamu, maka kepada siapa aku engkau wasiatkan? Apa yang akan engkau perintahkan kepadaku? Uskup tersebut berkata: Anakku demi Allah, aku tidak tahu orang yang seperti kita dan aku perintahkan engkau pergi kepadanya kecuali satu orang di Ammuriyah wilayah Romawi. Ia sama seperti kita. Jika engkau mau, pergilah kepadanya, karena ia sama seperti kita.

[SALMAN PERGI KE USKUP AMMURIYAH]

Ketika Uskup Nashibin telah wafat dan dikuburkan, aku pergi kepada Uskup Ammuriyah. Aku jelaskan perihal diriku kepadanya. Ia berkata: Tinggallah bersamaku! Aku tinggal bersama orang yang terbaik sesuai dengan petunjuk shahabat-shahabatny a dan perintah mereka. Aku bekerja (sambil belajar), sehingga aku memiliki beberapa lembu dan kambing-kambing, tidak lama kemudian, Uskup tersebut wafat, menjelang wafatnya aku bertanya kepadanya: Hai Si Fulan sungguh aku pernah tinggal bersama Si Fulan, kemudian ia berwasiat kepadaku agar aku pergi kepada Si Fulan, kemudian Si Fulan tersebut berwasiat kepadaku agar pergi kepada Si Fulan, kemudian Si Fulan tersebut berwasiat agar aku pergi kepada Si Fulan, kemudian Si Fulan berwasiat agar aku pergi kepada engkau, maka kepada siapa engkau wasiatkan? Uskup berkata: Anakku, demi Allah, sungguh aku tidak tahu pada hari ini ada orang-orang yang seperti kita yang aku bisa perintahkan kepada engkau untuk pergi kepadanya, namun telah dekat datangnya seorang Nabi. Ia diutus dengan membawa agama Ibrahim –‘alaihis salam- dan muncul di negeri Arab. Tempat hijrahnya adalah daerah diantara dua daerah yang berbatu dan diantara dua daerah tersebut terdapat pohon-pohon kurma., Nabi tersebut mempunyai tanda-tanda yang tidak bisa disembunyikan; ia memakan hadiah dan tidak memakan sedekah. Diantara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau bisa pergi kenegeri tersebut, pergilah engkau kesana!

[SALMAN PERGI KELEMBAH AL-QURO]

Setelah Uskup tersebut wafat dan di makamkan. Dan aku tetap tinggal di Ammuriyah hingga beberapa lama. Setelah itu, sekelompok pedagang berjalan melewatiku. Aku berkata kepada mereka: Bawalah aku kenegeri Arab, niscaya aku serahkan kambingku ini kepada kalian, mereka berkata: Ya, aku berikan lembu dan kambing-kambingku kepada mereka, dan mereka membawaku. Namun ketika tiba di lembah Al-Quro, mereka mendzolimiku. Mereka menjualku kepada orang Yahudi sebagai seorang budak. Kemudian aku tinggal bersama orang Yahudi tersebut, dan aku melihat kurma. Aku berharap kiranya negeri ini yang pernah diisyaratkan shahabatku.

[SALMAN TIBA DI MADINAH]

Disaat aku tinggal dengan orang Yahudi tersebut, tiba-tiba saudara misan orang Yahudi yang berasal dari Bani Quraidzah tiba dari Madinah. Ia membeliku dari orang Yahudi tersebut, dan membawaku ke Madinah, demi Allah, ketika aku melihat Madinah, persis seperti yang dijelaskan shahabatku. Aku menetap di sana. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam diutus sebagai Nabi dan masih menetap di Makkah dalam jangka waktu tertentu dan aku tidak mendapatkan informasi tentang beliau karena kesibukanku berstatus sebagai budak. Tidak lama setelah itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hijrah ke Madinah.

[SALMAN MENDENGAR TEMPAT HIJRAH NABI]

Demi Allah, aku berada di atas pohon kurma mengerjakan beberapa pekerjaan untuk tuanku, sedang tuanku duduk di bawahku. Tiba-tiba saudara misan tuanku datang dan berdiri di depannya sembari berkata: Hai Fulan semoga Allah membunuh Bani Qailah. Demi Allah, sesungguhnya mereka sekarang berkumpul di Quba’ untuk menyambut kedatangan seorang laki-laki dari Makkah, dan mereka mengklaim bahwa orang tersebut adalah Nabi. Ketika aku mendengar ucapan saudara misan tuanku, aku menggigil seolah-olah aku jatuh mengenai tuanku. Kemudia aku turun dari atas pohon kurma dan bertanya kepada saudara misan tuanku, apa yang engkau katakan tadi? Tuanku marah kepadaku dan menamparku dengan sangat marah mendengar pertanyaanku, sembari berkata: Apa urusanmu dengan persoalan ini? Pergi sana dan bereskan pekerjaanmu! Aku berkata: tidak apa-apa, aku hanya kepingin tahu ucapannya.

[SALMAN MENCARI TANDA-TANDA KENABIAN PADA RASULULLAH]

Aku mempunyai sesuatu yang telah aku siapkan. Pada sore hari, aku mengambilnya kemudian pergi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, di Quba’. Aku masuk menemui beliau dan berkata kepadanya: Aku mendapat informasi bahwa engkau orang yang sholih. Engkau mempunyai shahabat-shahabat, terasing dan memerlukan bantuan. Ini sedekah dariku. Aku melihat kalian lebih berhak daripada orang lain. Aku serahkan sedekah tersebut kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau berkata kepada shahabat-shahabatny a: “Makanlah” beliau menahan mulutnya dan tidak memakan sedikitpun dari sedekahku. Aku berkata dalam hati, ini tanda pertama, kemudian aku minta pamit dari hadapan Rasulullah. Setelah itu ku mengumpulkan sesuatu yang lain, sementara Rasulullah shallallahu ;alaihi wa sallam sudah pindah ke Madinah. Aku datang kepada beliau dan berkata kepadanya: sungguh aku melihatmu tidak memakan harta sedekah. Ini hadiah khusus aku berikan kepadamu. Maka Rasulullah memakan hadiah dariku dan memerintahkan shahabat-shahabatny a ikut makan bersamanya. Aku berkata dalam hati ini tanda yang kedua.

[SALMAN MASUK ISLAM]

Setelah itu aku mendatangi Rasulullah di Baqi’ Al-Gharqad yang ketika itu sedang mengantar jenazah salah seorang dari shahabatnya. Aku sudah mengetahui dua tanda pada beliau. Beliau sedang duduk di antara shahabat-shahabatny a, kemudian aku mengucapkan salam kepada beliau. Setelah itu aku berada di belakang beliau, karena ingin melihat punggung beliau, apakah aku bisa melihat cap kenabian yang dijelaskan shahabatku? Ketika Rasulullah melihatku berada di belakangnya, beliau mengetahui bahwa aku mencari sifat yang pernah dijelaskan shahabatku. Beliau membuka kain dari punggungnya, maka pada saat itulah aku melihat cap kenabian pada beliau. Kemudian aku balik ke depan beliau dan menangis. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku: Baliklah, aku berbalik arah dan duduk di depan beliau, aku ceritakan semua kisah tentang diriku kepada beliau sebagaimana aku ceritakan kisahku ini kepadamu, hai Ibnu Abbas! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ingin kisahku ini didengar pula oleh shahabat-shahabatny a. Setelah itu aku sibuk karena berstatus budak, hingga tidak bisa ikut perang Badar dan perang Uhud bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

[SALMAN MENJADI ORANG MERDEKA]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku: Bebaskanlah dirimu dengan membayar sejumlah uang, hai Salman! Kemudian aku memerdekakan diriku dari tuanku dengan membayar tiga ratus pohon kurma yang aku tanam untuk tuanku dan emas empat puluh ons. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyeru shahabat-shahabatny a: Bantulah saudara kalian ini! Shahabat-shahabat Rasulullah memberi bantuan anak pohon kurma kepadaku. Ada shahabat yang memberiku dengan tiga puluh anak pohon kurma. Dan ada shahabat yang memberiku lima belas anak pohon kurma, dan ada shahabat yang memberiku sepuluh anak pohon kurma, setiap orang membantu sesuai dengan kemampuannya, hingga akhirnya terkumpul tiga ratus pohon kurma. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku: “Pergilah hai Salman, dan galilah lubang untuk anak-anak pohon kurma ini! Jika engkau telah selesai menggalinya, datanglah kepadaku, agar aku sendiri yang akan meletakannya dengan tanganku sendiri ke dalam lubangnya.

Kemudian aku menggali lubang untuk anak-anak pohon kurma tersebut dengan dibantu shahabat-shahabatku . Ketika aku telah selesai menggalinya, aku menghadap kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan melaporkan kepada beliau bahwa aku telah selesai membuat lubang. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi bersamaku ke lubang-lubang tersebut. Kami berikan anak pohon kurma kepada beliau dan diletakannya ke dalam lubang tersebut. Demi Dzat yang jiwa Salman berada di Tangan-Nya, tidak ada satu anak pohon kurma pun yang mati. Aku pelihara pohon-pohon kurma tersebut dan aku mempunyai sedikit harta. Tidak lama setelah itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dengan membawa emas sebesar telur ayam dari salah satu lokasi pertambangan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘”Ambil emas ini dan bayarlah hutangmu dengannya!” Aku berkata: Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: Bagaimana emas ini bisa menutupi hutangku? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: Ambillah emas ini karena Allah akan menutup hutangmu dengannya!” [2] Demi Dzat yang jiwa Salman berada di tangan-Nya, ternyata berat emas tersebut pas empat puluh ons. Kemudian aku bayar hutangku pada tuanku dengan emas tersebut. Setelah itu aku menjadi orang merdeka. Aku bisa ikut perang Khandaq bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai orang merdeka dan sesudah perang itu akan tidak pernah melewatkan satu peperanganpun [3].

KEZUHUDAN SALMAN ALFARISY

Abu Nu’aim mengeluarkan dari Athiyah bin Amir, dia berkata, “Aku pernah melihat Salman Al-Farisy radhiyallhu ‘anhu menolak makanan yang disuguhkan kepadanya, lalu dia berkata, “Tidak, tidak. Karena aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata: ‘Sesungguhnya orang yang lebih sering kenyang di dunia akan lebih lama laparnya di akhirat. Wahai Salman, dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin dan surga orang kafir”. [4]

1] Kisah dikeluarkan oleh Ibnu Ishaq, ia berkata bahwa Ashim Ibnu Umar bin Qatadah Al-Anshary berkata kepadaku dari Mahmud bin Labib dari Abdullah bin Abbas.
[2] Dalam suatu riwayat Salman berkata: Ketika aku berkata kepada: Wahai Rasulullah, bagaimana emas ini bisa menutupi hutangku? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memungut emas tersebut dan membolak-balikannya di depan mulut beliau. Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Ambillah emas ini, hai Salman dan bayar hutangmu pada tuanmu dengan emas ini! Emas tersebut aku ambil, lalu aku bayar hutangku pada tuanku secara penuh, empat puluh ons.
[3] Lihat Sirah Nabawy karya Ibnu Hisyam.
[4] Lihat Al-Hilyah, 1/198, Bagian terakhir dari hadits di atas, “Dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin”, merupakan riwayat Muslim

Copy paste dari http://ceritainspirasimuslim.blogspot.com/2010/02/salman-al-farisi-ra-pencari-kebenaran.htmlhttp://sebaikbaikcahaya.wordpress.com/2011/03/08/kisah-salman-al-farisi-mencari-agama-haq/

 

ما ينبغي لمن سمع غيبة أخيه المسلم Apa yang Perlu Dilakukan oleh Seseorang yang Mendengar Saudaranya Se-Islamnya Mengumpat



قال الإمام النووي (رحمه الله تعالى): (اعلم أنه ينبغي لمن سمع غيبة مسلم أن يردها، ويزجر قائلها، فإن لم
ينزجر بالكلام زجره بيده، فإن لم يستطع باليد، ولا باللسان فارق ذلك المجلس، فإن سمع غيبة شيخه أو غيره ممن له عليه حق، أو من أهل الفضل والصلاح، كان الاعتناء بما ذكرناه أكثر)(1).
Imam Nawawi (moga Allah mengasihinya) berkata : (Ketahuilah sesungguhnya sesiapa yang mendengar seseorang Muslim sedang mengumpat, maka dia perlulah berpaling darinya, dan melarang mereka daripada berkata sedemikian, sekiranya dia tidak mencegah dengan ucapannya, maka dia perlu mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu mencegah dengan tangannya dan juga dengan lidahnya, jauhilah majlis mengumpat itu. Sekiranya dia mendengar orang tuanya atau orang-orang yang dia perlu hormati atau orang-orang yang dia muliakan dan orang-orang soleh mengumpat, maka lebih-lebih lagi dia perlu mengambil perhatianlah untuk mengingatkan mereka tentang bahaya mengumpat.

وعن عتبان (رضي الله عنه) في حديثه الطويل المشهور قال: قام النبي صلّى الله عليه وسلّم يصلي، فقالوا أين مالك بن الدخيشن أو ابن الدخشن فقال بعضهم: ذلك منافق لا يحب الله، ورسوله. فقال النبي صلّى الله عليه وسلّم: ”لا تقل ذلك ألا تراه قد قال: لا إله إلا الله يريد بذلك وجه الله“ قال: قالوا: الله ورسوله أعلم. قال فإنما نرى وجهه ونصيحته للمنافقين. قال: فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ”فإن الله قد حرم على النار من قال: لا إله إلا الله يبتغي بذلك وجه الله“(1).
Utban (Allah telah redha padanya) telah berkata dalam satu hadis panjang yang masyhur : Nabi (selawat dan salam keatasnya) bangun untuk bersolat, lalu dia bertanya : di mana Malik bin Al-Dakhshan atau Ibnu Dakhshan, maka sebahagian sahabat berkata : Dia adalah seorang munafik yang tidak cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Rasullullah s.a.w. bersabda : Jangan kamu berkata demikian, tidakkah kamu bersaksi bahawa dia telah mengucapkan ‘Laa ilaaha illallah’ (tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah), dia mahukan keredhaan Allah dengan ucapan itu. Perawi berkata : Para sahabat berkata : Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Sesungguhnya kami telah melihat pada wajahnya dan dia memberi nasihat kepada golongan munafik. Perawi berkata : Rasullullah s.a.w. bersabda : Seseungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang semata-mata mengucapkan Laa ilaaha illallah untuk mencari keredhaan Allah.
وعن جابر بن عبد الله وأبي طلحة (رضي الله عنهم) قالا: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ”ما من امرئٍ يخذل امرءاً مسلماً في موضع تنتهك فيه حرمته وينتقص فيه من عرضه إلا خذله الله في موطنٍ يحب فيه نصرته. وما من امرئٍ ينصر مسلماً في موضع ينتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا نصره الله في موطنٍ يحب فيه نصرته“.
Jabir bin Abdullah dan Abi Talhah (Allah telah meredhai mereka berdua) berkata : Rasullullah s.a.w. bersabda : Tidaklah seseorang membiarkan seorang Islam di suatu tempat yang kehormatannya dirampas dan harga dirinya dihina, melainkan Allah akan membiarkannya pada suatu tempat yang dia sangat mengharapkan pertolongann-Nya. Dan tidaklah seseorang menolong seorang Islam yang berada pada suatu tempat yang di dalamnya kehormatannya dirampas dan harga dirinya dihina, melainkan Allah akan menolongnya pada suatu tempat yang ia sangat mengharapkan pertolongan-Nya.
وعن أبي الدرداء (رضي الله عنه) عن النبي صلّى الله عليه وسلّم أنه قال: ”من رد عن عرض أخيه رد الله عن وجهه النار يوم القيامة“.
Abi Darda’ radiallahu anhu meriwayatkat dari Nabi s.a.w., bahawa sesungguhnya dia telah bersabda : Barangsiapa menghalang saudaranya daripada suatu kemungkaran, Allah akan menghalang wajahnya dari api neraka pada hari kiamat.
وعن أسماء بنت يزيد عن النبي صلّى الله عليه وسلّم قال: ”من ذب عن لحم أخيه بالغيبة كان حقاً على الله أن يعتقه من النار“.
Asma’ binti Yazid meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mempertahankan daging saudaranya daripada diumpat, adalah menjadi tanggungjawab Allah untuk membebaskannya dari api neraka”.
وعن كعب بن مالك في حديثه الطويل في قصة توبته قال: قال النبي صلّى الله عليه وسلّم وهو جالس في القوم في تبوك: ”ما فعل كعب بن مالك“؟ فقال رجل من بني سلمة: يا رسول الله، حبسه برداه والنظر في عطفيه فقال له معاذ بن جبل: (رضي الله عنه) (بئس ما قلت: والله يا رسول الله، ما علمناه عليه إلا خيراً) فسكت رسول الله صلّى الله عليه وسلّم.
Kaab bin Malik meriwayatkan dalam hadis yang panjang tentang kisah taubatnya : Nabi s.a.w. bersabda ketika baginda duduk bersama kaumnya dalam Perang Tabuk : Apakah yang telah dilakukan oleh Kaab bin Malik ? Maka seorang lelaki dari Bani Salamah mengatakan : Ya Rasulullah, dia dihalang oleh pakaiannya yang tebal dan permandangan sekeliling yang permai. Muaz bin Jabal pun berkata kepadanya : (radiallahu anhu) (Amat buruk apa yang kamu katakan : Demi Allah kami tidak mengetahui tentangnya kecuali kebaikan. Maka Rasulullah s.a.w. pun diam.

Diterjemahkan dari Afatul Al-Lisan karya Said Ali Wafh Al-Qahtani oleh Nor Ihsan Mohd Nor dan rakan sekumpulannya untuk tujuan asignment kelas Terjemahan Dr. Maheram. Penghargaan khas buat pembimbing kami Dr. Maheram dan Ustaz Idris.

Teruskan membaca

Kejayaan Manusia Dalam Agama


Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam, barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai jalan hidupnya maka mereka adalah orang yang rugi, kejayaan kita dunia akhirat Allah letakkan dalam agama, sekiranya kita ada agama, kita ada segala-gala, kira agama takda, maka kita takda apa. Allah paling sayang agama, barangsiapa dapat agama agama, dia menjadi orang yang dikasihi Allah swt. Kira kita tinggalkan agama, kita takkan capai kejayaan, kemuliaan dan kita takkan dapat kasih saying Allah. Sesiapa amal cara hidup selain cara Islam, maka tak dapat kejayaan dab kesejahteraan disisi Allah, hina di dunia, azab di akhirat.

Setiap dari kita berusaha dapat kejayaan dgn cara selain agama iaitu dengan cara orang kafir, maka kita takkan dapat kejayaan dari Allah s.w.t. Seperti manusia amal, begitulah hasilnya, bila buat baik, Allah balas baik, buat buruk Allah balas azab.
Agama ialah cara hidup nabi, kita dpt amal perintah Allah ikut cara nabi, maka sekecil perkara akan jadi pahala, sebesar manapun amal yang kita lakukan tanpa mengikuti petunjuk nabi, maka kita takkan dapat kejayaan bahkan kemurkaan.
Agama bukan nama utk ibadah, tapi segala cara hidup. Bila perintah Allah diamalkan sepertimana ditunjukkan oleh nabi, maka amal itu akan dapat kejayaan. Justeru penting untuk kita amalkan agama dengan sempurna dalam hidup kita.
Hari ini kehidupan kita bertentangan dengan agama, kita usaha utk dapat dunia dengan meninggalkan agama, maka kita tetap dalam kerugian dunia dan akhirat walaupun nampak berjaya. Kita hari ini letak dunia dihadapan kita, sebagai kepentingan kita, Allah letak nilai kejayaan didalam perintah Allah dan cara nabi. Sekiranya dengan usaha kita dapat kejayaan, suatu hari kita akan tinggalkan dunia ini dan segalanya. Tapi jika kita buat usaha atas agama dan usaha dakwah, maka kita akan dapat kejayaan selama-lamanya di dunia dan akhirat.
Hasil kehidupan beragama bukan bila kita dapat dunia, tapi kita dpt ketenteraman jiwa, ketenangan dan kemuliaan, selepas kita mati, Allah menyediakan kepada kita kesenangan yang tidak pernah dibayangkan oleh kita. Dan nikmat yang paling besar kepada orang yang amalkan agama ialah Allah akan isytiharkan bahawa Allah memberi keredhaan kepada mereka. Dan inilah nikmat paling besar.
Hari ini kita kejar dunia kerana kita nampak dunia, dan kita x amal agama krn kita tak Nampak akhirat, walhal akhirat adalah perkara yang penting. Siapa saja manusia samada bersedia atau tidak akan menghadapi akhirat dan sejauh mana dia amalkan agama, sejauh itulah keadaan kita diakhirat, jika amal agama tidak sempurna dalam kehidupan maka kita sengsara diakhirat.
Bila kita tahu dunia sementara, maka kita perlu bersiap utk akhirat dgn cara mengamalkan agama selama kita belum mati untuk kesenangan selama-lamanya. Kita perlu berusaha utk betulkan yakin kita kepada Allah, baiki amal dan akhlak kita serta perhubungan kita dengan orang lain. Dan Allah akan bagi kepada kita berbagai nikmat kesenangan yang menjadi dambaan setiap manusia didunia, bahkan berkali ganda dari yang dibayangkan.
Hari ini Allah bagi kita jalan mudah dapat agama, iaitu jalan dakwah, menyeru manusia kepada Allah dengan cerita kebesaran, keEsaan dan qudrat Allah. Kita begitu lemah kerana sentiasa mendengar kebesaran dunia, kerana apa yang kita cakap dan dengar akan meresap dalam hati kita. Oleh itu kita kena lazimkan percakapan kebesaran Allah supaya keyakinan yang sebenar terhadap Allah masuk dalam hati kita dan segala kebesaran dunia dapat dikeluarkan dari hati kita. Dengan itu juga Allah akan bagi kita kekuatan untuk amal agama.
Iman kita lemah, jika didatangi ujian kita seolah-olah hilang iman, ioni kerana kita tak dakwahkan manusia kepada kebesaran dan kehebatan Allah. Kita sentiasa bercerita tentang kebesaran dunia, hingga dunia masuk dalam hati kita menyebabkan iman kita lemah. Kerana lemah iman, amal kita tak berkualiti. Solat kita akan lalai dan rasa malas, manusia solat tanpa roh menyebabkan amal agama yang sepatutnya menguntung kita telah menyebabkan kerugian kepada kita.
Kita lalai terhadap amal kerana tak tahu nilai amal, kita tak tahu nilai sebutan Subhanallah dan zikir-zikir. Dengan sebab iman lemah dan tahu kelebihan amal, maka kita tak amal agama dan malas buat amal. Kita tak tahu nilai amal kerana kita tak cari ilmu. Bila kita zikir tapi tak cakap dan dakwah kehebatan dan kebesaran Allah, maka zikir kita menjadi kosong tanpa penghayatan. Bila kita ada iman dan tahu nilai amal barulah kita ada keyakinan dan keghairahan untuk beramal.
Bila iman meningkat, amal kita ada roh, kita akan dipermudah untuk wujud hubungan dengan Allah. Maka dengan itu kita akan dapat tunaikan perintah Allah dan berlaku baik sesame manusia. Segala amal ini kita kena buat semata-mata kerana Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda, yang semua amal yang sohih telah ditunjukkan oleh baginda. Maka barulah amal kita diterima Allah dan dikasihiNya. Sekiranya amal walau kecil tapi dilakukan dengan cara sunnah maka ia akan penuh dengan nur dan keberkatan, Manusia yg masuk dan keluar tandas dengan cara nabi maka amal itu penuh dengan nur, berkat dan. Sedangkan perkara yang besar dilakukan seorang manusia tapi bukan cara sunnah, maka padanya kegelapan. Oleh itu kita kena belajar amal sunnah.
Bila masuk kubur, akan ditanya siapa Tuhan kamu, apa agama kamu, siapa ini (nabi). Jika kita ada yakin sempurna, maka kita dapat jawab Allahlah pemerintah saya. Jika amal agama, kita dapat jawab islam agamaku. Jika kita amal sunnah, InsyaAllah kita boleh jawab inilah nabiku. Penting kita amalkan sunnah didunia, barangsiapa amalkan sunnah, maka dia akan bersama nabi dalam syurga.
Masalah sebenar adalah diakhirat dimana kita akan dihisab dan bertemu Allah serta menjawab dan member alasan terhadap perbuatan kita didunia. Jika kita habiskan masa didunia dengan abaikan agama dan cara nabi, satu masa kita akan tinggalkan dunia. Dan kita akan menyesal kerana tidak amal agama didunai tapi penyesalan hari itu telah terlambat dan diterima lagi.

Sebahagian daripada ringkasan Bayan Kepentingan Dakwah oleh Maulana Zubair ul-Hassan di Perhimpunan Umat Islam Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, Julai 2009

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perlantikan Yazid dan Pembunuhan Hasan



Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila disebut nama Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh, ia lazimnya dikaitkan dengan tiga peristiwa sejarah yang buruk. Pertama adalah Perang Siffin, kedua adalah tindakan Muawiyah melantik anaknya sendiri – Yazid bin Muawiyah – menjadi khalifah yang menggantinya dan ketiga adalah penglibatan Muawiyah dalam pembunuhan Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Dalam artikel sebelumnya, kita telah meneliti pendirian Muawiyah di sebalik Perang Siffin. Maka dalam artikel ini insya-Allah, kita akan meneliti pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid dan pembunuhan Hasan.

Perlantikan Hasan bin Ali sebagai khalifah.
Apabila Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh dibunuh, orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Ali tidak mewasiatkan sesiapa jua untuk menjadi penggantinya sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga tidak mewasiatkan sesiapa menjadi pengganti baginda. Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) meriwayatkan bahawa orang meminta kepada Ali:
“Lantiklah pengganti ke atas kami!” Ali menjawab:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu ‘alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra(diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573]

Maksudnya, apabila masyarakat itu baik, maka kebaikan mereka secara tersendiri akan melahirkan seorang pemimpin yang baik ke atas mereka. Sebaliknya apabila masyarakat itu buruk, maka keburukan mereka secara tersendiri akan melahirkan pemimpin yang buruk ke atas mereka. Demikian peraturan Allah (sunnatullah) kepada manusia di mukabumi ini.
Tindakan Ali yang tidak melantik seorang pengganti dan menyandarkan tindakannya itu ke atas sunnah Rasulullah membatalkan dakwaanSyi‘ah kononnya baginda telah melantik Ali sebagai khalifah pengganti ke atas umat Islam. Adapun ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dijadikan dalil kekhalifahan Ali oleh Syi‘ah, semuanya adalah melalui takwilan yang batil. Alhamdulillah saya telah menyusun tiga buku khas dalam bab ini berjudul Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah.
Sekalipun orang ramai melantik Hasan sebagai khalifah yang menggantikan ayahnya, Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan persatuan umat Islam daripada jawatan tersebut. Pada saat itu umat Islam masih berselisih kerana para pembunuh Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh masih belum ditangkap. Hasan ingin menutup perselisihan ini. Pada pengamatan beliau, hal ini hanya mampu dicapai jika jawatan khalifah diserahkan kepada Muawiyah. Maka tanpa berbelah bahagi Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dan kemudian membai‘ah Muawiyah sebagai khalifah umat Islam yang baru. Tindakan Hasan ini memiliki beberapa kepentingan:
Pertama: Ia menunjukkan kemuliaan tak tertanding yang dimiliki oleh Hasan bin Ali. Beliau lebih mencintai apa yang baik untuk umat Islam melebihi segala-galanya.
Kedua: Ia membenarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang pada masa hidupnya telah bersabda di atas mimbar sambil mendukung Hasan yang ketika itu masih kecil: “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629] al-Qadhi Ibn al-‘Arabi mengulas dua kepentingan di atas:
“…Hasan lebih berhak daripada Muawiyah dan orang-orang yang lain (untuk jawatan khalifah). Beliau memiliki sifat-sifat seperti ayahnya, iaitu mengajak kumpulan yang berselisih kepada kebenaran dan ketaatan. Maka (bagi Hasan) perdamaian diberi kepentingan (priority) dan semua masalah lain diketepikan. Ini semua adalah untuk menghindari pertumpahan darah di kalangan umat Islam dan membenarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa Hasan adalah seorang juru damai.” [al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 206-207].

Ketiga: Ia membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah musuh atau pemberontak. Ini kerana jika Muawiyah adalah musuh atau pemberontak, yang menjadi wajib adalah perang dan bukannya perdamaian. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan:
“Ini menunjukkan bahawa mendamaikan antara dua kumpulan adalah baik dan terpuji, dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Apa yang dilakukan oleh Hasan adalah daripada keutamaan beliau yang amat agung dan kedudukannya yang dipuji oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Seandainya perang adalah wajib atau disunatkan, nescaya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak akan memuji sesiapa jua yang meninggalkan kewajipan atau kesunatan tersebut.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 531-532]

Keempat: Ia membuktikan bahawa Syi‘ah bukanlah pendukung Hasan secara khusus dan Ahl al-Bait secara umum. Ini kerana jika mereka adalah pendukung yang sebenar, pasti mereka rela ke atas tindakan Hasan yang menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun riwayat-riwayat sejarah menunjukkan mereka amat marah dan benci kepada Hasan atas tindakannya itu. Malah dalam sebahagian kitab mereka, Husain lebih diberi keutamaan berbanding Hasan.

Muawiyah seorang pemerintah yang cemerlang.
Dalam artikel sebelumnya, kita dapat mengenal bahawa Muawiyah bukanlah calang-calang orang, tetapi seorang sahabat Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam yang memiliki banyak keutamaan. Pernah seorang lelaki bertanya kepada al-Mu‘afi bin Imran rahimahullah:
“Wahai Abu Mas‘ud (gelaran al-Mu‘afi)! Bagaimana kedudukan Umar bin Abdul Aziz berbanding Muawiyah bin Abi Sufyan?” al-Mu‘afi menjadi amat marah mendengar soalan tersebut, lantas menjawab: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak dapat dibandingkan dengan sesiapa jua. Muawiyah adalah seorang sahabat (Rasulullah), ipar baginda, jurutulis baginda dan kepercayaan baginda dalam menulis wahyu Allah.”[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) di dalam Tarikh Madinah al-Salam (diteliti oleh Basyar ‘Awwad Ma’ruf; Dar al-Gharb al-Islami, 2001), jld. 1, ms. 577]

Muawiyah juga memiliki satu keutamaan yang khusus, iaitu beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan (leadership qualities) yang amat baik. Di atas ciri-ciri inilah beliau dapat memerintah negara Islam pada zamannya dengan penuh kecemerlangan, keadilan, kemakmuran dan kekuatan. Ciri-ciri ini dipersaksikan oleh para sahabat yang lain. Di antaranya ialah Abdullah ibn Abbas radhiallahu ‘anh dimana beliau pernah berkata: “Belum pernah aku melihat orang yang lebih istimewa dalam pemerintahannya selain Muawiyah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam ‘Abd al-Razzaq (211H) di dalam al-Musannaf(diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1983), riwayat no: 20985]
Abdullah ibn Umar radhiallahu ‘anh turut berkata:
“Tidak pernah aku melihat seorang jua selepas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang lebih bijak kepimpinannya selain Muawiyah.” Orang bertanya: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq akan tetapi Abu Bakar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain). Orang bertanya lagi: “Tidak juga Umar?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Umar akan tetapi Umar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).” [Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Asakir (571H) di dalam Tarikh Dimashq al-Kubra (diteliti oleh ‘Ali ‘Asyur; Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut, 2001), jld. 62, ms. 120]

Qabishah bin Jabir rahimahullah berkata: “Belum pernah aku melihat orang yang lebih agung kesantunannya, lebih besar kemuliaannya dan lebih lembah lembut pemerintahannya melainkan Muawiyah.” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 123]. Bahkan Mujahid rahimahullah pernah berkata:“Seandainya kalian melihat Muawiyah, nescaya kalian akan mengatakan: Inilah Mahdi!” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 119]
Terdapat banyak keterangan daripada para sahabat dan para tokoh daripada zaman selepas para sahabat berkenaan kecemerlangan pemerintahan Muawiyah, sehingga berkata Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah:
“Di antara perkara yang perlu dikaji berkenaan sejarah Arab dan Islam adalah untuk mengetahui bahawa Muawiyah mempelopori kepimpinan, kepanglimaan dan pembentukan hukum.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 211]

Mengenali kecemerlangan pemerintahan Muawiyah adalah penting kerana ia membentuk dasar kepada pengajian kita tentang sejarah pemerintahan beliau. Sebelum ini, kebanyakan umat Islam hanya mengenali Muawiyah sebagai seorang yang jahat lagi tercela, hasil daripada pengaruh Syi‘ah. Semua ini menyebabkan mereka membaca sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang negatif. Kini, kita akan mengkaji semula sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang positif.

Pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid.
Sejarah versi Syi‘ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah kepada anaknya Yazid. Penyerahan ini, menurutSyi‘ah, membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah pemerintah yang adil. Bahkan ia membuktikan Muawiyah tamak kepada jawatan tersebut dan enggan melepaskannya kecuali kepada keturunannya sendiri.
Adapun di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, tindakan Muawiyah tidak lain adalah kerana kemaslahatan yang ingin beliau berikan kepada seluruh umat Islam. Al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah (808H) menerangkan kemaslahatan ini:
“Seorang imam tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau puteranya sendiri sebagai penggantinya. Dia telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kebajikan kaum muslimin selagi dia masih hidup. Lebih daripada itu dia bertanggungjawab untuk membasmi, semasa hidupnya (kemungkinan mewabaknya perkara-perkara yang tidak diingini) setelah kematiannya …. Malah, dia tidak harus sama sekalinya dicurigai dalam apa jua hal pun. Lebih-lebih lagi sekiranya ada alasan (untuk melantik seorang pengganti itu), seperti keinginannya untuk meningkatkan kepentingan umum, atau kekhuatiran akan terjadinya suatu malapetaka (sekiranya tidak dilantik seorang pengganti), oleh itu meragui seorang imam itu adalah bukan persoalannya.
Hal yang sedemikian sebagai satu contoh adalah sebagaimana yang berlaku apabila Muawiyah melantik puteranya, Yazid. Tindakan itu diambil dengan persetujuan rakyat dan, dengan kerana itu, dengan sendirinya menjadi satu bahan hujah kepada persoalan yang dibincangkan. Akan tetapi, Muawiyah sendiri bersikap lebih menyokong puteranya Yazid berbanding dengan bakal penggantinya yang lain. Sebabnya ialah, dia lebih menitikberatkan kepentingan umum yang menghendaki adanya perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat itu, kerana orang yang menerajui kuasa eksekutif, iaitu Bani Umayyah, pada waktu itu bersetuju melantik Yazid.
Tidak ada motif yang lainnya daripada Muawiyah. Hemahnya yang tinggi dan hakikat bahawa dia merupakan salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi mencegah keterangan yang lain-lainnya. Fakta bahawa dia sering datang kepada para sahabat terkemuka, untuk dimintai nasihat, dan kenyataan bahawa mereka tidak memberikan pendapat (yang bertentangan) merupakan bukti tidak adanya kecurigaan atas dirinya. Mereka (para sahabat) tidak termasuk orang gegabah yang mengambil keputusan dalam masalah kebenaran, dan demikian pula Muawiyah tidak mudah seenaknya menerima kebenaran. Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam masalah ini, dan keadilan mereka menahan diri mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya.” [Muqaddimah (edisi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995), ms. 229-230]

Demikian penjelasan Ibn Khaldun. Sebelum beralih kepada penelitian seterusnya, ingin saya menarik perhatian para pembaca sekalian kepada satu fakta menarik. Kita perhatikan Syi‘ah mencela Muawiyah kerana menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunannya. Bukankah pada waktu yang sama Syi‘ah juga menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunan, iaitu keturunanAhl al-Bait Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Yang dapat kita katakan adalah, celaan Syi‘ah ke atas tindakan Muawiyah berbalik menjadi celaan ke atas diri mereka sendiri.

Pendirian Muawiyah di sebalik pembunuhan Hasan.
Apabila ditanya kepada orang ramai, siapakah yang membunuh Hasan? Pasti mereka menjawab “Muawiyah”. Malah mereka mampu memperincikannya, konon Muawiyah telah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya. Sebagai ganjaran, isteri tersebut akan diberi sejumlah bayaran wang dan dikahwinkan dengan Yazid bin Muawiyah. Demikianlah kemasyhuran sejarah versi Syi‘ah sehingga orang ramai menganggapnya sebagai satu peristiwa yang benar-benar berlaku.
Yang benar adalah, tidak ada apa-apa bukti untuk menuduh mahupun mengaitkan Muawiyah dengan peristiwa pembunuhan Hasan. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:
“Dan adapun pendapat: “Sesungguhnya Muawiyah meracuni Hasan”, maka ia adalah daripada perkara yang disebut-sebut oleh sebahagian orang, padahal tidaklah tuduhan yang sedemikian sabit daripada penjelasan syari‘at atau pengakuan orang yang muktabar dan tidak juga dinukil secara tegas berkenaannya. Dan ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu, maka berkata dengannya adalah perkataan yang berdiri tanpa ilmu.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 5, ms. 469]
Paling kurang terdapat tiga sebab kenapa dikatakan “ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu”.

Pertama: Muawiyah sendiri pada asalnya tidak pernah memandang Hasan sebagai persaingan dalam jawatan khalifah. Beliau mengenali Hasan sebagai seorang insan yang memiliki pelbagai ciri-ciri mulia. Antara ciri mulia tersebut adalah Hasan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepadanya (Muawiyah) demi kemaslahatan umat Islam dan beliau tidak memiliki hasrat untuk merebutnya kembali. Muawiyah mengetahui bahawa Hasan berpegang teguh kepada sabda datuknya shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]

Kedua: Jika Hasan adalah persaingan kepada Muawiyah, maka “membasmi” persaingan politik bukanlah merupakan tindak-tanduk seorang pemerintah yang cemerlang. Ia hanya akan menimbulkan rusuhan daripada masyarakat dan ini akhirnya akan memberi natijah yang buruk kepada pemerintah itu sendiri. Oleh itu seandainya Hasan menjadi persaingan kepada Muawiyah, pasti beliau akan bermusyawarah dengannya dalam mencari jalan keluar yang terbaik kepada agama, umat dan negara.

Ketiga: Cerita kononnya “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” bukan sahaja merupakan fitnah ke atas Muawiyah tetapi juga ke atas Hasan. Ini kerana cerita tersebut menunjukkan seolah-olah Hasan telah memilih seorang isteri yang fasiq dan tidak prihatin ke atas tindak-tanduk isterinya yang sanggup menerima rasuah untuk meracuni dirinya. Hal ini sungguh tidak mungkin berlaku ke atas Hasan yang memiliki keimanan yang jitu, ketaqwaan yang teguh, keilmuan yang tinggi, wawasan yang luas dan kemuliaan yang tidak tertanding. Justeru Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah bukan sahaja menolak cerita “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” dalam rangka membersihkan nama Muawiyah tetapi juga dalam rangka membersihkan nama Hasan. Pada waktu yang sama dapat juga kita perhatikan bahawa dalam rangkaSyi‘ah membuat fitnah ke atas Muawiyah, mereka juga membuat fitnah yang tersembunyi yang lebih berbisa ke atas Hasan.

Dengan itu tinggal satu persoalan, siapakah yang meracuni Hasan? Apabila tidak ada bukti yang kukuh dalam persoalan ini, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menahan diri daripada menuduh sesiapa. Seorang penjenayah mungkin terlepas di dunia tetapi dia tidak akan terlepas di Akhirat. Andai kata dibolehkan membuat tuduhan, maka pihak yang paling layak menjadi suspect ialah orang-orang Syiah itu sendiri. Ini kerana tidak ada sesiapa jua yang lebih benci dan marah ke atas Hasan disebabkan tindakannya menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah melainkan orang-orang Syi‘ah itu sendiri.

Rujukan
1. Muhammad bin Ismail Al-Bukhari. Sahih Bukhari.
2. Ahmad Taqiuddin Ibnu Taymiyyah. Minhajus Sunnah.
3. Abu Bakr Ahmad ibn Husayn Al-Baihaqi. Sunan Al-Kubra.
4. Abu Zayd ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad Ibn Khaldun. Muqaddimah.
5. al-Qadhi Ibn al-‘Arabi. al-‘Awashim min al-Qawashim.
6. al-Imam al-Khatib al-Baghdadi. Tarikh Madinah As-Salam.
7. al-Imam Ibn Asakir, 571H. Tarikh Dimashq al-Kubra.
8. Abdul Razak, 211H. Al-Musannaf.