“Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan besar kepada orang2 beriman apabila Dia mengutuskan di antara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang mendakwahkan ayat-ayat Allah, menyucikan mereka (daripada syirik dan kufur) dan mengajar Al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah), padahal sebelum ini mereka di dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran 164)

            Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga kehendaknya seperti apa yang disampaikan olehku.”

            Dan baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada bapanya, anak2-nya dan manusia semuanya.”

           Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya (seagama) sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

            Allah telah bagi kerja yang begitu besar kepada Umat Muhammad s.a.w. iaitu kerja dakwah. Inilah kerja yang membuatkan Rasulullah s.a.w. begitu merindui umatnya yang tidak sempat menemuinya tetapi telah mengambil kerja yang dibuat oleh baginda s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya aku merindui saudara2 ku.” Para sahabat bertanya “Tidakkah kami saudaramu?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu adalah sahabatku, saudaraku ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi beriman denganku.”(Riwayat Baghawi, berkata Imam Nawawi, “hadis sohih.”)

daie copy

            Rasulullah s.a.w. begitu mengenali umatnya yang menyambung kerja dakwah baginda. Tak kenal maka tak cinta. Masakan wujudnya rindu jika tiada cinta. Lagi baginda s.a.w. bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang beriman denganku dan pernah melihatku, dan sunguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung, sungguh beruntung barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah melihatku.” (Riwayat Ahmad)

           Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya), aku bagi jaminan kepada orang yang beriman kepada Allah, menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya, kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia keluar hijrah di jalan Allah dengan jaminan sebuah mahligai di pinggir syurga.

            Aku jamin barangsiapa yang beriman kepada Allah dan menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya dan kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia berjihad untuk meninggikan kalimah Allah dengan jaminan sebuah mahligai di tengah syurga dan syurga yang tertinggi pada kedudukan nabi-nabi dan syuhada.”

            Dan aku jamin kepada sesiapa yang istiqamah dalam kerja dakwah bahawa dia akan ditakdirkan mati sepertimana cara kematian yang terbaik yang dia kehendaki.”

            Miskin adalah orang yang susah tetapi keperluan dia cukup makan, faqir adalah orang yang keperluan mereka tidak cukup. Umat ini mesti menjadi golongan Muhajirin yang telah mengorbankan segala-galanya untuk mendakwahkan agama Allah sehingga Allah menggelar mereka faqir. Allah s.w.t. berfirman, “Bagi orang-orang faqir dari golongan Muhajirin yang telah dihalau daripada rumah-rumah dan harta benda mereka kerana mencari keredhaan Allah dan menolong Allah dan rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar.” (Al-Hasyr 8)

            Umat ini mesti menjadi Ansar yang telah mengorbankan diri dan harta mereka untuk menolong orang-orang Muhajirin yang keluar di jalan Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t., “Dan orang-orang yang telah menyediakan rumah-rumah dan suasana iman sebelum (kedatangan) Muhajirin, mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tidak menaruh apa-apa keinginan terhadap apa yang telah diberi mereka untuk kebaikan orang-orang Muhajirin, mereka mengutamakan saudara mereka dari Muhajirin walaupun hidup mereka sendiri memerlukan. Dan sesiapa yang dipelihara daripada sifat kikir itulah orang yang beruntung.”(Al-Hasyr 9)

            Betapa besarnya pengorbanan Ansar, mereka yang mempunyai dua ladang, akan pegang tangan saudaranya dan menunjukkan ladangnya, “Ini dua ladang aku, mana satu yang kamu berkenan menjadi milik kamu.” Seorang yang ada dua rumah, akan pegang tangan saudaranya dan berkata, “Ini rumah aku, mana satu yang kamu ingin jadi milik kamu.”

Bahkan para wanita mengorbankan diri dan keinginan mereka serta bersedia menolong golongan yang berhijrah kerana Allah s.w.t.. Lelaki yang ada dua isteri akan berkata, “Kedua-dua ini isteri aku, mana yang kamu berkenan jadi milik kamu.”

Apabila umat ini menjadi seperti golongan Muhajirin dan Ansar untuk meninggikan agama Allah, Allah akan mewujudkan generasi yang soleh. Allah s.w.t. berfirman (mafhumnya), “Dan selepas mereka akan lahir golongan baik yang berdoa “Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang beriman, dan janganlah diwujudkan dalam hati kami sebarang kebencian sesama orang-orang yang beriman, wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

16333_106682709345399_100000110105728_166449_2106542_n

            Kerja-kerja agama mesti diambil dengan sempurna seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Suatu ketika seorang Yahudi telah membuat syair menghina Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat telah Tanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah s.a.w., si fulan Yahudi telah menghinamu, izinkan aku membunuhnya.” Rasulullah s.a.w. hanya mengangguk. Sahabat ini telah menyusup masuk dalam tembok kaum Yahudi dan bersembunyi di kandang kuda sehingga hari gelap, selepas itu dia telah masuk dan menikam si Yahudi itu sehingga tangannya turut tenggelam dalam perut si Yahudi itu dan dia merobek-robekkan perut Yahudi itu. Selepas itu dia keluar dan bersembunyi semula di kandang kuda. Beliau tidak balik sehingga terdengarnya keriuhan orang ramai tentang pembunuhan Yahudi itu. Selepas sah si Yahudi itu yang terbunuh, beliau telah memanjat tembok dan terjun sehingga kakinya patah. Beliau telah balut kakinya dan terus berlari balik bertemu Rasulullah s.a.w. dan memberitahu perkara tersebut. Rasulullah bertanya, “Kenapa kakimu berbalut.” Beliau barulah teringat kakinya patah dan baru terasa sakit.

Inilah kerja agama sempurna yang telah dibuat oleh para sahabat sehingga lupa kesakitan pada diri. ambillah kerja dakwah ini sehingga kita tenggelam di dalam kemanisannya hingga kita lupa makan dan minum demi khidmat untuk menegak dan meninggikan kalimah Allah di bumi ini.

Ustaz Abdullah Hizri

2 responses »

  1. atieyrahalias berkata:

    Assalamualaikum,boleh tanya,hadis di bawah diriwayatkan oleh siapa?Assi.ana nak share,tapi ana ingat nak sertakan sekali siapa yang meriwayatkannya supaya orang tahu .

    Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya), aku bagi jaminan kepada orang yang beriman kepada Allah, menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya, kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia keluar hijrah di jalan Allah dengan jaminan sebuah mahligai di pinggir syurga.

    Aku jamin barangsiapa yang beriman kepada Allah dan menjadikan kehidupan aku sebagai kehidupannya, kerja aku sebagai kerjanya dan kerisauan aku sebagai kerisauannya, dan dia berjihad untuk meninggikan kalimah Allah dengan jaminan sebuah mahligai di tengah syurga dan syurga yang tertinggi pada kedudukan nabi-nabi dan syuhada.”

    Dan aku jamin kepada sesiapa yang istiqamah dalam kerja dakwah bahawa dia akan ditakdirkan mati sepertimana cara kematian yang terbaik yang dia kehendaki.”

    • Muttaqin_165 berkata:

      قال صلى الله عليه وسلم (أنا زعيم لمن آمن بي و أسلم و هاجر ببيت في ربض الجنة و بيت في وسط الجنة و بيت في أعلى غرف الجنة و أنا زعيم لمن آمن بي و أسلم و جاهد في سبيل الله ببيت في ربض الجنة و بيت في وسط الجنة و بيت في أعلى غرف الجنة فمن فعل ذلك لم يدع للخير مطلبا و لا من الشر مهربا يموت حيث شاء أن يموت ) ( ن حب ك ) عن فضالة بن عبيد . قال الألباني ( صحيح ) صحيح الجامع [1 / 235 ]
      Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku jamin kepada orang yang beriman kepadaku, menyerahkan dirinya (untuk Allah) dan berhijrah dengan sebuah mahligai di pinggir syurga, dan sebuah mahligai di tengah syurga dan sebuah mahligai di tingkat syurga tertinggi, dan aku menjamin kepada mereka yang beriman kepadaku dan menyerahkan dirinya (kepada Allah) serta berjihad di jalan Allah dengan sebuah mahligai di pinggir syurga, sebuah mahligai di tengah syurga, dan sebuah syurga di tingkat syurga tertinggi. Barangsiapa melakukan perkara itu dan dia tidak akan menninggalkan sebarang kebaikan (melainkan dibawa dalam buku amalannya) dan tidak membawa sebarang keburukan (dalam buku amalannya), maka dia akan mati dalam keadaan yang dia kehendaki.” (Nasai, Baihaqi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Bazzar dan Tabarani, Kata Albani : Hadis Sahih, Jam’ul Jawami’ 1/235))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s