Saya terpaksa mengambil sedikit ruang untuk menulis perkara ini sebagai nasihat untuk diri saya biarpun kononnya sekarang berasa sangat sibuk. Pun begitu , ini mungkin kali pertama penulisan saya bersifat santai kerana sebab-sebab tertentu.

Kita mulakan dengan satu ayat Al-Quran:                                                                                                                                                                                           Kamu semua (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan (dipilih) dari kalangan manusia (kerana) kamu menyuruh kepada kebaikan dan menCEGAH daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah (Ali Imran 110)

(sori x pandai copy paste ayat Quran kat cni)

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan umat ini bukan setakat pada iman seperti umat  lain, tapi terletak pada tugas mengajak kepada kebaikan dan menCEGAH kemungkaran.

Ada satu hadis berbunyi :

Daripada Abi Sa’id al-Khudri yang Allah telah redha kepadanya berkata : Rasulullah selawat dan salam keatasnya bersabda : Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, UBAHlah ia dengan tanganmu, sekiranya tidak mampu UBAHlah dengan lidahmu, sekiranya tidak mampu, UBAHlah dengan hatimu, itulah selemah lemah iman. (Riwayat Muslim)

Guru saya, Ustaz Akram bagitau, disebabkan umat ini telah lama tinggalkan kerja dakwah, maka telah berlaku salah faham terhadap Al-Quran dan Hadis. Sehingga lafaz ‘Nahyu’ (cegah) dan ‘Ghaiyir’ (ubah) pun kita tak faham, kita kata sama jea.

Kita dilarang merokok di kawasan awam, dilarang pasang TV semasa petir dan dilarang membiarkan kanak-kanak bermain mancis. Ini namanya CEGAH kebakaran.

Apabila handphone kita ada di atas laptop, kita nak buka laptop, kita letak handphone tu tempat lain, itu namanya UBAH kedudukan.

Tapi apabila api telah membakar sebuah rumah, masa itu bukan masa untuk CEGAH kebakaran lagi, api tu dah perlu diUBAH kepada lebih kecil atau dihapuskan. Ini belum masuk tajuk secara khusus lagi, hanya nak fahamkan beza UBAH dan CEGAH. Gituuu

Tugas seluruh umat Islam yang disebut dalam ayat adalah menyeru kepada kebaikan dan menCEGAH kemungkaran. CEGAH kemungkaran bermaksud menghalang sesuatu kemungkaran itu daripada berlaku. Bila manusia diajak kepada kebaikan, maka kemungkaran akan terCEGAH. Allah bagitau dalam Quran :

Sesungguhnya solat itu menCEGAH dari perbuatan fasad (dosa kecil) dan mungkar (dosa besar).

Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang bagaimana keadaan lelakinya yang mencuri dan pada subuhnya bersolat. nabi bagitau, tidak lama lagi solatnya akan menCEGAH dirinya dari perbuatan itu.

Justeru cara CEGAH kemungkaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ialah mengajak manusia kepada iman dan yakin sempurna kepada Allah dan mengamalkan perintah Allah.

Satu orang yang yakin bahawa setiap apa yang dilihat oleh matanya diketahui oleh Allah, Apa yang didengari telinganya diketahui Allah, Apa yang dicakap lidahnya diketahui Allah, Apa yg difikirkannya diketahui Allah, dan apa yang dilakukannya dalam pengetahuan Allah tidak akan sanggup melanggar perintah Allah.

Hadis tu pula bagitau, apabila LIHAT kemungkaran maka kena UBAH. Ini bermaksud mereka yang berkemampuan untuk menguatkuasakan undang2 atau memberi nasihat perlu mengUBAHnya dengan kadar yang termampu seperti menasihati orang ‘couple’ terang terangan, melarang kawan pergi kelab istirehat, dan menasihati orang yang tidak menutup aurat. Bagi mereka yang iman lemah macam saya, membenci, menasihati dan mengUBAH dengan hati jea laa.

Hari ini kita telah tinggalkan amalan CEGAH dan UBAH maksiat. Yg kita buat adalah menambah kemungkaran. Orang dop buat sesuatu secara sembunyi, kita pergi mengintip (satu maksiat) lepas tu kita sebarkan gambar dan berita tentang maksiat yg dibuat di seluruh dunia.

Lepas tu maksiat tersebar, orang yang tak tahu jadi tahu. Bila ada yg lain nak buat maksiat yg sama, mereka pun dah tak takut lagi :’Alah bukan kita jea yg buat, ramai lagi orang dah buat,  kalau kena serbu bayar denda, untung2 kawin free, kalau x trtangkap kita puaskan nafsu, kalau mengandung kita gugur atau buang bayi lepas beranak, dah ramai orang buat macam nie”.

Satu malam Saidina Umar meronda, dia telah mengendap satu orang yang sedang minum arak, dengan rasa yg marah, beliah telah memanjat tembok rumah orang itu dan menyergahnya. Orang itu kata : Wahai Khalifah, aku buat satu dosa, kau buat 3 dosa :

1. Kau mengendap dan dalam Quran bagi tahu “Dan jangan kamu mengintip” (Surah Hujurat)

2. Kau masuk rumah aku tanpa izin dan bagi salam, dalam Quran bagitau “Dan janganlah kamu masuk rumah yg bukan rumah kamu hingga kamu diizin dan memberi salam”

3. Kau masuk rumah aku dengan memanjat tembok sedang dalam Quran bagitau : “Masuklah ke rumah kamu melalui pintunya”.

Dengan penuh rasa bersalah, Saidina Umar telah meminta maaf dan berlalu dari situ. Dia tak lapor kepada pihak berkuasa, heret ke mahkamah atau telefon Harian Metro.

Pada satu hari Jumaat, Saidina Umar memberi khutbah di masjid dan terlihat lelaki itu berada dalam kalangan jemaah. Lepas memberi salam solat jumaat, terus dia berjalan ke arah lelaki yg minum arak itu dan sekali lagi mohon maaf. Lelaki itu berkata : Mulai hari itu aku bertaubat dan dah tak buat lagi benda tuu”.

CEGAH lah zina yang berlaku dengan  tersembunyi dengan jalan dakwah kepada kebaikan dan menutup pintu maksiat. UBAH lah maksiat yg berterangan, Allah akan ubah maksiat yg dilakukan di setiap tempat secara bersembunyi.

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s