Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Zaman yang terbaik adalah zaman Rasulullah, seterusnya zaman sahabat dan seterusnya zaman tabi’in.

Bandar Madinah waktu itu merupakan sebuah Bandar yang tenang. Penduduknya yang terdiri daripada orang-orang Muslim yang teguh berpegang pada agama. Di sana sini kedengaran nama Allah dibesar besarkan. Suasana nasihat menasihati dan percakapan iman begitu subur. Di mana saja ada percakapan agama, orang yang berjual beli di pasar bercakap tentang agama, di kedai makan cakap agama dan agama telah meresap ke dalam setiap urat dan nadi penduduk Madinah.

Masjidnya hidup 24 jam dengan amal-amal dakwah, pengajaran dan pembelajaran, ibadah dan khidmat. Bila masuk waktu solat, berpusu-pusu manusia meninggalkan urusan ibadat kecil mereka menuju kepada urusan ibadah yang lebih besar. Setiap solat seperti solat Jumaat. Semua lelaki Muslim datang bersolat di masjid kecuali mereka yang terang-terang kemunafikannya. Setiap masa manusia masuk dan keluar masjid seperti pasar raya. Sahabat-sahabat kebanyakannya membahagikan separuh hari mereka untuk aktiviti masjid dan separuh lagi hari mereka untuk keperluan hidup mereka.

Sahabat-sahabat telah menyibukkan diri untuk hal-hal agama sebagaimana kita hari ini menyibukkan diri dalam hal-hal keduniaan. Sahabat-sahabat telah mengejar ganjaran akhirat seperti mana kita hari ini mengejar harta benda dan wang ringgit.

Pada zaman Saidina Umar, 2 orang wakil kafir datang untuk tujuan membunuh khalifah ketika itu. Mereka mencari-cari di mana istana khalifah besar umat Islam itu tetapi tidak menemuinya. Mereka ditunjukkan kepada seorang lelaki yang sedang tidur di bawang sebatang pokok dan diberitahu itulah Saidina Umar.

Seorang musafir samada Muslim atau kafir yang datang ke Madinah akan ditanggung segala makan, minum dan tempat tinggalnya selama 3 hari secara sukarela oleh mana-mana penduduk Madinah.

Suatu masa seorang kafir yang datang ke Madinah mengunjungi sebuah kedai, lalu berlakulah dialog lebih kurang begini antara si kafir dengan empunya kedai :

Si Kafir : Boleh saya dapatkan barang ini?

Peniaga : Di sini sememangnya ada barang yang tuan mahukan, tetapi saya cadangkan tuan pergi dapatkan barang ini de kedai sebelah?

Si Kafir : Apesal plak?

Peniaga : Bukan apa, kedai saya dari tadi sudah ada pelanggan, tapi saya perhatikan kedai sebelah saya ini masih tidak dikunjungi oleh pelanggan, lebih baik tuan dapatkan barang ini di kedai sebelah.

Si Kafir : !!!!!?????? (Tercengang)

MasyaAllah, begitulah perasaan persaudaraan Islam meresap dalam segenap urat daging orang Islam. Mereka bukan lagi berniaga dan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran dariNya.

Seorang kafir yang datang ke Madinah boleh terbuka hati selepas ditangkap dan diikat di tiang masjid kerana sesuatu kesalahan. Lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Jika melihat reality umat Islam di Malaysia, sebelum merdeka lagi kita telah menerima kedatangan imigran India dan Cina sehinggalah sekarang ini mereka telahpun diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Namun majority mereka tak tertarik pun dengan Islam. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam secara sempurna sepertimana nabi dan para sahabat.

Pada zaman sahabat, jika orang kafir bertanya bagaimanakah Islam, maka para sahabat boleh menjawab “tengoklah kami” kerana pada diri mereka adalah agama yang sempurna. Tetapi hari ini jika orang Islam bertanya perkara sama, kita hanya boleh menjawab “bacalah terjemahan Al-Quran” atau “ Rujuklah kitab itu dan ini” kerana Islam tidak lagi wujud secara sempurna pada diri kita.

Justeru adalah penting untuk kita tumpukan usaha mendakwahkan orang Islam supaya beriman dengan iman yang sempurna kepada Allah dan kembali mengamalkan ajaran Islam. Apabila orang Muslim mengamalkan Islam secara sempurna, maka ia akan menjadi asbab orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

Apabila majority orang Islam telah melaksanakan perintah Allah, maka pertolongan Allah akan datang, bila pertolongan Allah datang……

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2)

“Apabila datangnya pertolongan Allah dan kejayaan, maka kamu akan melihat manusia memasuki Islam secara berbondong-bondong”

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s