Ahmad Mustakim Enzil (A130357) Salam.Teknologi adalah ilmu kurniaan Allah swt kepada manusia untuk menguji manusia samada mereka dapat menggunakan pemberian Allah ini kearah kebaikan dan keburukan. Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. semestinya ada baik dan ada buruknya. Jadi terpulanglah kepada manusia untuk memilih jalan mana tapi setiap amal kebaikan itu akan beroleh 10 kali ganda ganjaran manakala setiap amal buruk itu akan dibalas setimpal juga.

1. Teknologi perlu bertindak sebagai bahan bantu mengajar, bukannya pengajar. Ini kerana pendidikan yang berkesan merupakan proses yang disertai penghayatan ilmu daripada seorang guru kepada pelajarnya. Pendek kata, proses pendidikan itu memerlukan peratus sentuhan manusia yang tinggi.

 2. Penggunaan teknologi dalam pendidikan perlu menghindari unsur-unsur maksiat yang boleh menghilangkan cahaya ilmu seperti pornografi, ideology yang bercanggah dengan agama, pendedahan aurat, iklan yang merosakkan serta perkara melalaikan. Kerana ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan bersama pelaku maksiat.

3. Penggunaan teknologi perlu disertakan dengan elemen kerohanian dan dakwah kerana teknologi yang melalaikan manusia dari mengingati Allah tidak bermakna di sisi Allah. Justeru, setiap mata pelajaran perlu disertakan dengan perbincangan yang meningkatkan iman seperti betapa hebatnya Allah menyusun ilmu matematik, betapa bijaknya Allah memberikan akal dan ilham kepada manusia sehingga membolehkan manusia itu menciptakan sesuatu teknologi.

4. Guru perlu memberi nasihat, targhib dan tarhib kepada pelajar supaya memanfaatkan teknologi untuk kebaikan dan mengelakkan daripada digunakan untuk tujuan tidak baik.

5. Guru perlu membuat garis panduan dan kawalan terhadap pelajarnya dalam penggunaan teknolgi supaya sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah.

6. Guru perlu membimbing pelajar mencari dan menapis maklumat bagi mengelakkan mereka mendapat maklumat yang tidak tepat.

7. Guru perlu menggunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar bagi menarik perhatian pelajar dan member maklumat lebih jelas terhadap apa yang disampaikan.

Kesimpulannya, Allah akan memberikan kefahaman kepada guru yang mendidik dan pelajar yang dididik bukan dengan asbab sejauh mana kecanggihan teknologi digunakan dalam pengajaran, tetapi berdasarkan sejauh-mana ikhlasnya seseorang guru menyampaikan ilmunya. Sesungguhnya guru hanya mendidik dan pelajar hanya belajar, tetapi yang member ilmu dan kefahaman itu ialah Allah swt. Apa yang baik dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan saya sendiri, hakikatnya semua dari Allah swt. Dan Allah lebih mengetahui hakikat sebenar

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

One response »

  1. akmal berkata:

    Salam.

    gunakankah teknologi ke arah kebaikan

    MOHAMAD AKMAL AMALI BIN JAMALUDDIN
    A126874

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s