Sumber Gambar : http://sukabongkar.blogspot.com/2010/04/perancis-negara-umat-muslim-terbesar-di.html

Bangsa Arab adalah satu bangsa yang dimuliakan oleh Allah swt kerana Nabi Muhammad saw selaku rasul dan manusia paling mulia dilahirkan dalam kalangan bangsa mereka dan hidup dalam bangsa kita. Tidak cukup dengan itu bahasa Arab yang mereka gunakan menjadi bahasa kitab yang paling mulia yang menggandungi perkataan Allah swt. namun apabila ada diantara mereka berhijrah ke Eropah, mereka bukan setakat pergi meninggalkan kampung halaman mereka, tapi mereka juga meniggalkan Islam yang menjadi asbab kemuliaan mereka. Bila mereka pergi ke Eropah, mereka meninggkan amalan ibadah, mereka berkahwin campur dan anak-anak mereka tidak lagi dididik secara Islam bahkan ada diantara mereka yang murtad dari agama Allah swt.

Beberapa dekat yang lepas, seorang pendak yang bernama Sana’llah telah dipilih oleh Allah swt untuk mengubah keadaan ini melalui asbab dia dihantar ke Perancis bagi menyambung pelajaran pada  peringkat Doktor Falsafah. Pada mulanya dia tidak mahu melanjutkan pelajarannya di sana kerana bimbang tidak dapat menjaga iman dan amal agamanya dengan sebab Perancis bukan satu negara Islam dan rakyatnya mengamalkan pelbagai dosa dan maksiat. Beliau pergi menemui Amir Jamaah Tabligh ketika itu iaitu Maulana Inamul Hassan bagi mendapatkan nasihat daripada ulama’ tersebut. Setelah dimesyuaratkan, maka ulama-ulama’ sebulat suara untuk melepaskan Sanaullah ke Perancis tapi bukan sahaja untuk menmenuhi keperluan ilmunya, tetapi juga memenuhi tuntutan agama. Sanaullah diminta untuk menyebarkan agama Islam di Perancis.

Setibanya di Perancis, beliau tidak menemui seorang Islampun, juga tidak menemui mana-mana masjid. Beliau cuba mencari orang Islam dengan pelbagai cara. Beliau memberi salam kepada sesiapa yang beliau syakki sebagai orang Islam, namun beliau hampa. Beliau berdiri berhampiran lampu isyarat di tengah bandar Perancis bagi mencari seorang Muslim, namun hampa. Beliau mengambil buku panduan telefon dan menelefon orang-orang yang mempunyai nama-nama Arab, namun jawapan yang diterimanya mengecewakan.

Setelah beberapa lama berusaha dan berdoa, akhirnya Allah mengabulkan. Ketika beliau mengunjungi sebuah surau kecil, beliau nampak seseorang sedang menunaikan solat. Setelah orang itu selesai tunaikan solat, beliau pergi menemui orang tersebut dan berkenalan dengannya. Orang tersebut berketurunan Arab dari Maghribi dan bernama Yunus. Sana’llah telah menceritakan kepada orang Arab tersebut tentang kepentingan iman, Islam dan dakwah.

Sana’llah mengajak Yunus membawanya ke suatu tempat yang diduduki ramai orang Islam tetapi sudah lama tidak mengamalkan agama. Lalu Yunus membawa Sana’llah ke suatu pangsapuri. Bila tiba di sebuah pangsapuri, Mereka  meminta kebenaran dari pengawal keselamatan pengsapuri tersebut untuk melaungkan azan. pada mulanya pengawal keselamatan tersebut tidak membenarkan, tapi setelah diberi sedikit penerangan, beliau membenarkan azan dilaungkan.

Sanaullah meminta yunus melaungkan azan. Dengan teragak-agak Yunus melaungkan azan. Pada mulanya suara azannya tinggi, tetapi semakin perlahan kerana macam-macam perasaan yang bersarang di hatinya. Tapi beliau berjaya juga menghabiskan azan tersebut. Tetapi, dengan asbab azan tersebut, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi hidayah kepada seorang Arab dari tingkat 17 untuk turun dalam keadaan mennangis mengatakan sudah lama dia tidak mendengar azan dan azan telah menginsafkannya untuk kembali kepada amalan agama Islam yg sudah lama ditinggalkannya. Azan tersebut juga menjadi asbab kepada ramai lagi penduduk pangsapuri tersebut yg berketurunan islam untuk turun ke bawah.

Setelah berkumpul, mereka menunaikan solat berjemaah di bawah pangsapuri tersebut (setengah riwayat mengatakan mereka dibawa ke surau tersebut dan mengerjakan solat di sana). Setelah solat Zuhur berjamaah, Sanaullah mencuit Yunus untuk memberikan tazkirah. Ini kerana Sanaullah baru tiba di Perancis dan masih tidak lancar berbahasa Perancis. Yunus yang tidak pernah melakukan seperti itu dengan teragak-agak bangun untuk memberikan tazkirah. Pada ketika itu, Allah memberi ilham kepada Yunus untuk membaca 2 ayat Al-Quran yang dia masih ingat yang salah satunya ialah “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menunaikan ibadah”. Tazkirah yang ringkas dan dilakukan secara kelam-kabut oleh Yunus ini memberikan kesan yang mendalam kepada hati para jamaah sehingga ada para jamaah yang menangis. Dikatakan inilah solat jemaah pertama yang diketahui didiirikan di Perancis walaupun sebelumnya sudah ribuan orang Islam di sana.

Bermula dari situlah usaha dakwah di Perancis bermula, pendakwah-pendakwah yang dibentuk oleh Sanullah dan Yunus menemui orang-orang Islam bagi menyeru mereka kembali kepada agama. Jemaah-jemaah dakwah dibentuk untuk menjelajah ke seluruh Perancis bagi menyebarkan Islam. Akhirnya kini orang Islam di Perancis sudah kembali mengamalkan Islam.Perkiraan jumlah orang Islam di Perancis sangat berbeza. Satu pungutan suara pada 2007  meletakkanya pada 3% penduduk, sementara pada 2006 Jabatan Negeri A.S. meletakkannya pada lebih kurang 10% . Pada 2000, Menteri Dalam Perancis mengirakan jumlah penduduk jiwa yang dilahirkan ke dalam Islam sebanyak 4.1 juta, dan mualaf kira-kira 40,000. Setiap tahun 30000 hingga 70000 orang memeluk Islam (http://vienmuhadi.com/2010/02/20/mencermati-perkembangan-islam-di-perancis/). Jemaah-jemaah dakwah bergerak di seluruh Perancis dan dihantar ke seluruh Eropah dan seluruh dunia. Masjid yang dulunya ada sebuah yang dibina pada tahun 1922 dan selepas itu menjadi tempat pelancongan, tapi kinimasjid di Perancis telah dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan iaitu lebih kurang 1500 buah masjid seluruh Perancis (http://www.dakwatuna.com/2008/uskup-peranciskenapa-masjid-penuh-dan-gereja-kosong/). Bahkan perkembangan dakwah ke seluruh Eropah dikatakan bermula di Perancis. Kini masyarakat Islam mewakili 6% penduduk Perancis. Inilah berkat usaha yang tak mengenal penat dan jemu daripada pendakwah-pendakwah seperti Sanaullah dan Yunus.

Sanaullah akhirnya berjaya menamatkan PhDnya di Perancis walaupun sibuk dengan usaha dakwah. Yunus pula dipanggil oleh para ulama Markaz Tabligh Nizamuddin, India. Perjalanan Yunus dari Perancis ke India mengambil masa setahun kerana perlu masuk dari satu negara ke negara yang lain. Berkat pengorbanan ini, beliau berjaya menamatkan pengajian agama di India sehingga diberi gelaran maulana. Dan beliau balik memimpin gerakan dakwah di Perancis.

Kisah ini adalah kisah yang cukup popular dan sentiasa diceritakan dalam majlis targhib pelajar Jamaah Tabligh. Kisah ini saya dengan dari akhi Fadzil yang menemui sendiri Maulana Yunus di Ijtima Scandinavia, Copenhegen, Denmark, Juga saya dengar pada Ijtima pelajar awal Semester 2 UKM 2009/2010 di Masjid UKM dan daripada Haji Azman dalam Ijtima’ Awal Sem Pelajar GMI (22 Julai 2010)

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

2 responses »

  1. farhani berkata:

    1-cantik blog
    2-best cta Bagaimana Islam Bangkit di Perancis ni..

  2. Where did u acquire the ideas to write ““Bagaimana Islam Bangkit di Perancis | قُلۡ إِنَّ
    صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ”?
    Many thanks -Edward

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s