Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ( Al-Fatihah, 1 : 1 )

Al-Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Al-Aziim membicarakan beberapa pendapat ulama tentang huruf ‘ba’ pada permulaan ayat ini. Huruf ‘ba’ adalah itu dalam istilah bahasa Arab adalah ‘haraf jar’ atau dalam bahasa Melayu dikenal sebagai penyambung ayat. Ia membawa maksud ‘dengan’. Perkataan ‘sebegini’ samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu seperti dalam ayat ‘dengan bas ke sekolah’. Ayat ini dikatakan tidak lengkap kerana dimulakan dengan haraf jar atau perkataan penyambung.

Ibnu Katsir membuat kesimpulan bahawa tujuan Allah Yang Maha Bijaksana menyebutkan sebegitu ialah bagi menyesuaikan dengan pekerjaan yang akan seseorang lakukan. Sepertimana yang diajar kepada kita oleh Allah s.w.t. melalui firmannya yang merupakan wahyu pertama :

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. ( Al-Alaq, 96 : 1 )

Dan Allah menceritakan perintah Nabi Nuh kepada kaumnya dan binatang-binatang yang ingin diselamatkannya supaya menaiki bahtera yang dibinanya menjelang banjir besar yang bakal melanda dunia ketika itu :

Dan Nuh berkata : Naiklah kalian kedalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu belajar dan berlabuhnya. ( Hudd, 11 : 41 )

Sebagai seorang Muslim sesuatu yang kita lakukan mesti kerana Allah s.w.t. Ini kerana tujuan hidup seorang Muslim itu hanya untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Dan maksud ibadah itu luas, bukan setakat ibadah khususi seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja, ia juga meliputi seluruh sudut kehidupan perlu dilakukan kerana Allah s.w.t. seperti makan, tidur, menuntut ilmu dan mencari rezeki. Sepertimana firman Allah yang kita selalu baca selepas setiap kali takbiratul ihram :

Katakanlah sesungguhnya solahku dan ibadahku dan hidup dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekalian alam

Kerana dalam kehidupan kita hanya diperintahkan beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :

Dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya menghambakan diri pada Allah dengan penuh keikhlasan kepadaNya dalam agama yang benar… (Al-Bayyinah, 98 : 5)

Itulah pentingnya kita mengamalkan keseluruhan agama dalam kehidupan kita. Menjadikan setiap pekerjaan kita sebagai ibadah dengan meniatkannya ikhlas kerana menurut perintah Allah, berasaskan lunas Islam dan mengikut sunnah Rasullullah s.a.w..

Dalam menjalani kehidupan sebagai  seorang Muslim, kehidupan kita tidak boleh dipisahkan dari agama. Beza antara hidup Muslim dengan kafir ialah kehidupan seorang Muslim itu akan bermakna jika kita lakukan sesuatu itu dengan niat kerana Allah, mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. dan tidak melanggar hukum, maka kita beroleh keredhaan Allah, insyaAllah. Jika kita tidur selama 8 jam sehari dan kita hidup selama 60 tahun, maka kita mengambil masa 20 tahun sepanjang hidup kita untuk tujuan tidur yang sia-sia untuk bekalan akhirat. Sebaliknya jika kita tidur dengan niat kerana Allah, ikut sunnah Rasullullah dan tidak melanggar hukum Allah, maka tidur kita selama 20 tahun itu boleh menjadi ibadah.

Allah s.w.t. tidak menetapkan kejayaan seseorang Muslim itu pada usaha dan tipu muslihat sebagaimana orang kafir, tetapi Allah s.w.t. menetapkan kejayaan seseorang Muslim itu pada ibadahnya. Seorang Muslim itu hanya akan berjaya dengan niat amal yang diniatkan kerana Allah s.w.t., mengikut lunas-lunas Islam seta berasaskan sunnah Rasullullah s.a.w.. Sebaliknya kejayaan seorang kafir adalah terletak kepada belas kasihan Allah kepadanya dan diukur dari sudut usahanya.

Justeru penting bagi seseorang Muslim membetulkan niatnya dalam melakukan ibadah. Al-Quran meletakkan bacaan Basmalah sebagai ayat pertama kerana pentingnya sesuatu pekerjaan itu diniatkan kerana Allah. Kerana itulah garis pemisah sesuatu ibadah dan adat. Niatlah yang membezakan antara ibadah dan adat.

Islam itu suatu agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan ia merupakan satu cara hidup. Seorang Muslim makan kerana makan perintah Allah :

Makan dan minumlah kamu tetapi jangan kamu membazir

Seorang Muslim tidur kerana tidur perintah Allah :

Dan dijadikan malam untuk kamu berehat

Seorang Muslim menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu perintah Allah sebagaimana firman Allah

Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui

Seorang Muslim mencari rezeki yang halal kerana mencari rezeki yang halal itu perintah Allah :

Apabila kamu menyelesaikan solat, maka bertebaranlah di muka Bumi dan carilah kurniaan Allah ( Al-Jumu’ah, 62 : 10 )

Seorang Muslim berbuat baik kepada ibu bapa dan muslim yang lain kerana ia perintah Allah, seorang Muslim bermain kerana Allah n dihubungkan dengan Allah.

Dalam usaha mengikhlaskan diri kita dalam melakukan sesuatu hanya kerana Allah, maka kita disunatkan membaca Basmalah dengan hati yang penuh penghayatan ketika memulakan sesuatu pekerjaan, agar sesuatu yang kita lakukan itu mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Mulakan sesuatu dengan ikhlas tidak kira ketika memakai pakaian, menaiki kenderaan, memulakan taipan, makan, minum, tidur, memulakan pengajaran dan pembelajaran, mengunjungi sesuatu tempat dan dalam segala hal yang baik. Moga-moga dengan niat yang ikhlas semata-mata keranaNya dalam setiap pekerjaan dan percakapan kita, keredhaan Allah akan sentiasa bersama kita. Itulah yang kita mahu cari dalam kehidupan kita.

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s