Jaulah

Jaulah dari sudut bahasa bermaksud keliling. Dari sudut istilah dalam Jamaah Tabligh, jaulah ialah program untuk pergi ke setiap kediaman di sesuatu kawasan untuk mengislahkan diri dan mendakwahkan kepada kebesaran Allah s.w.t. dan enam sifat sahabat. Ia bersumberkan cara dakwah Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah yang pergi ke setiap rumah, khemah dan lorong untuk mendakwahkan manusia kepada Islam. Jaulah biasanya dilakukan selepas asar atau selepas maghrib atau mana-mana waktu yang kebanyakan penduduk tempatan bersedia untuk menerima tetamu. Tujuan jaulah ialah untuk mengingatkan diri para da’i dan orang tempatan tentang kekuasaan Allah, hari akhirat, kepentingan iman dan amal saleh. Ia juga bertujuan untuk mengajak orang tempatan hadir ke masjid atau markas untuk mendengar takrir (nasihat) pada waktu jaulah itu juga dan majlis bayan (kuliah) pada waktu terdekat, iaitu jika jaulah sebelum maghrib, maka majlis akan berlangsung selepas solat maghrib, jika jaulah selepas maghrib maka majlis akan berlangsung selepas isyak atau mana-mana waktu mengikut kesesuaian.

Pelaksanaan jaulah

Jamaah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang tinggal didalam masjid atau markas dan kumpulan yang keluar berjaulah. Jamaah di dalam masjid dianggap sebagai enjin bagi jentera dakwah yang sedang bergerak di luar. Jamaah di dalam masjid yang sempurna mempunyai beberapa tanggungjawab :

  1. Dzakirin / muzakkir : Dzakirin ditugaskan untuk berzikir dan berdoa hingga menitiskan air mata agar jamaah yang keluar sentiasa dalam rahmat Allah dan mendapat kejayaan dalam dakwah. Tugas ini hanya berakhir setelah jemaah yang keluar kembali ke markas atau masjid itu.
  2. Muqarrar : Muqarrar bertugas unuk berbicara tentang iman dan amal soleh.
  3. Mustami’ : Mendengar taqrir dari muqarrar.
  4. Istiqbal : Bertugas untuk menyambut orang yang datang ke masjid. Mempersilakan untuk solat sunat tahiyyatul masjid dan mendengar taqrir. Istiqbal perlu menunggu dengan penuh risau dan fikir tentang keadaan saudara seagama yang belum menerima hidayah untuk hadir.

Jemaah yang keluar yang sempurna terdiri daripada beberapa orang, paling sedikit 3 orang dan maksimun ialah 10 orang anggota :

  1. Rahabah : merupakan penunjuk jalan dalam jaulah. Biasanya jaulah ialah orang tempatan yang mengenali penduduk kawasan tersebut. Rahabah juga seeloknya terdiri dari orang yang mengenali mana rumah orang Muslim dan non-Muslim, rumah ulama’, umara’, orang yang selalu ke masjid dan orang yang jarang hadir ke masjid.
  2. Mutakallim : Merupakan jurubicara yang akan berbicara kepada orang yang dijumpai tentang kebesaran Allah dan enam sifat sahabat. Dia dianggap sebagai penyambung lidah para rasul.
  3. Makmur : Seorang anggota jamaah yang tidak berbicara dengan sasaran dakwah, perlu memperbanyakkan zikir di hati dan orang yang akan membawa terus sasaran dakwah ke majlis takrir sekiranya sasaran dakwah itu bersedia.
  4. Amir jaulah : Bertanggungjawab terhadap anggota jamaah, akan memastikan ahli jamaah mengikut tertib yang betul, amir akan menegur ahli jamaah dengan ucapan Subhanallah. Para jamaah akan muhasabah diri sendiri, jika masih ada tertib yang tidak diikuti, maka amir akan memberitahu keburukan balasan Allah terhadap sesuatu perbuatan. Amir juga akan menentukan kawasan yang ingin dituju dan akan memutuskan sesuatu perkara.

Dalam melaksanakan jaulah, para jamaah dikehendaki menghadirkan dalam hati mereka 4 sifat utama iaitu :

  1. Fikir bagaimana melepaskan seluruh umat Islam di zaman ini dari azab Allah, beramal dengan Islam secara keseluruhannya dan memahami maksud hidup seseorang Muslim.
  2. Zikir iaitu sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan juga di mulut mengikut kesesuaian, merasa bahawa setiap perlakuan kita sedang dalam pemerhatian Allah s.w.t..
  3. Para da’i perlu sentiasa merasakan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dipilih dan dilibatkan dalam usaha yang mulia ini, iaitu usaha para rasul, para sahabat dan orang-orang soleh.
  4. Sabar iaitu dengan memahami bahawa kerja yang mulia itu perlu menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sebagaiman yang dihadapi para rasul, maka perlu bersabar menghadapinya.

Para ulama’ pemimpin jamaah tabligh telah menyusun adab-adab berjaulah dengan begitu teliti bersumberkan dalil dan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah.Ini bagi menjadikan asbabagar usaha ini berjalan dengan teratur serta rahmat dan hidayah Allah akan turun. Antara adab-adab yang penting dalam program jaulah ialah :

  1. Sebelum bertolak, anggota rombongan perlu berdoa dengan penuh harap dan cemas kepada Allah s.w.t. agar pintu hidayah dibuka untuk rombongan dan penduduk tempatan.
  2. Dianjurkan agar anggota rombongan berjalan di sebelah kanan jalan dan menundukkan pandangan ke bawah supaya terjaga dari maksiat dan fitnah dunia.
  3. Rehbar dan mutakallim akan berjalan di depan manakala amir rombongan akan berjalan paling belakang bagi menjaga ahli rombongan dari bahaya dunia dan akhirat.
  4. Apabila sampai di sesebuah kediaman, rehbar akan mengetuk pintu sambil mengucapkan salam, jika tiada tindak balas dari tuan rumah, salam akan diulang dua kali lagi, setiap satu salam akan diselangi dengan zikir perlahan samada di mulut atau di hati iaitu subhanallah walhamdulillah walaailaha illallah wallahuakbar sebanyak satu kali. Jika tiada respon, maka rombongan perlu beredar dari situ dengan prasangka yang baik terhadap tuan rumah.
  5. Bila pintu dibuka, anggota rombongan tidak boleh melihat terus ke dalam rumah orang yang dikunjungi bagi menjaga kehormatan rumahnya. Jika yang keluar adalah orang perempuan, maka ditanya adakah ada suami atau anak lelaki, jika ada, minta dipanggilkan untuk berbicara sebentar, jika tiada, maka disampaikan jemputan majlis bayan untuk suami atau anak lelakinya.
  6. Bila tuan rumah keluar, rehbar perlu menyambut tuan rumah seolah-olah seorang kawan yang telah lama berpisah. Rehbar akan meminta sedikit masa dari tuan rumah bagi membolehkan mutakallim bercakap jika tuan rumah bersedia. Jika tuan rumah tidak bersedia, rehbar akan memberi pengumumam tentang majlis bayan yang akan berlangsung dan menjemputnya.
  7. Jika tuan rumah bersedia, maka mutakallim akan berbicara. Mutakallim akan menyampaikan maksud dan tujuan kedatangan, seterusnya membicarakan keagungan Allah s.w.t. dan hari akhirat, serta kepentingan iman dan amal. Kemudian mengajak tuan rumah untuk terus pergi ke majlis takrir di masjid, jika tuan rumah bersedia, makmur akan membawa tuan t=rumah terus k masjid. Jika tuan rumah belum bersedia, rehbar akan menjemput tuan rumah ke majlis bayan (tazkirah) yang akan berlangsung selepas maghrib atau isyak. Kadar panjang mutakallim bercakap ialah tidak sepndek membuat pengumumam dan tidak sepanjang bayan.
  8. Semasa mutakallim bercakap, ahli rombongan perlu mendengar dengan penuh perhatian dan muhasabah diri. Mereka juga perlu risau bagaimana Allah akan memudahkan langkah tuan rumah ke masjid. Semasa mutakallim bercakap, ahli rombongan perlu melihat pada wajah mutakallim, bukan pada wajah tuan rumah bagi mengelakkan tuan rumah merasa tidak selesa.
  9. Selepas mutakallim, rehbah akan meminta diri dan rombongan kan meninggalkan tuan rumah dengan penuh kemesraan. Seterusnya rombongan akan bergerak ke kediaman yang lain mengikut apa yang diputuskan amir dan kesesuaian masa.

Jaulah ditangguhkan sebelum waktu azan dan amir akan secara ringkas kelebihan jaulah di sisi Allah. Amir akan meminta para jamah berniat bahawa usaha ini adalah untuk seluruh alam dan berniat akan meneruskan usaha ini sehingga hari kiamat. Ahli rombongan juga diminta memperbanyakkan istighfar kerana mungkin telah melakukan kesilapan dan dosa sepanjang program tersebut.

Rujukan : Al-Quran dan As-Sunnah

http://usahadakwah.wordpress.com/2009/01/15/maksud-dan-tujuan-jaulah/#more-109
An Nadhr M.Ishaq Shahab, Khuruj Fi Sabillillah, Al-Ishlah Press, 2001

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

One response »

  1. akma berkata:

    baru tahu tentang jemaah tabligh dgn lbh mendalam..teruskan berkongsi ilmu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s