Perdana Menteri sesebuah negara hanya seorang pada satu masa, presiden sebuah negara, persatuan dan organisasi hanya satu orang pada satu masa, apapun jika bercorak mengetuai hanya satu orang dalam satu masa. Jika ada dua, maka salah seorangnya adalah palsu atau tidak sah. Maka antar Nizar Jamaluddin dan Zamri Abdul Qadir, salah seorangnya adalah tidak sah sebagai Menteri Besar Perak. Begitu juga halnya jika dunia ini ada dua pemiliknya, Al-Quran menyatakan

 “Jika ada padanya (dunia) tuhan selain Allah, maka akan binasalah

        Memang lojik seperti yang disebutkan, apabila ada lebih dari satu pemilik, sudah tentu mereka mahu melkukan sesutu mengikut kemahuan masing-masing yang semestinya berbeza. Dan apabila dua kuasa besar berbeza pendapat atas kedudukan yang masing-masing mendakwa lebih baik, maka mustahil salah seorang akan beralah. Maka dalam situasi ini, tuhan-tuhan ini akan berbalah, mungkin sampai tahap bertempur untuk mempertahankan keinginan masing-masing, maka hancur luluhlah bumdan langit dengan sebab tersebut.

         Ada juga yang berpendapat bahawa tuhan-tuhan ini telah mengambil keputusan untuk membahagikan tugas masing-masing tanpa mengganggu tugas tuhan yang lain. Ketahuilah jika begitu keadaannya, itu bukanlah sifat tuhan kerana tuhan itu maksudnya yang berkuasa terhadap semuanya. Jika berkuasa pada juzuk-juzuk tertentu, maksudnya tuhan itu lemah dan tidak menepati tafsiran tuhan yang sebenar. Tuhan itu mesti yang Maha Terhebat, tak mungkin yang terhebat itu disaingi oleh yang lain.

          Keesaan Tuhan ini diakui oleh hampir sekalian manusia. Penganut Islam mengakui bahawa hanya Allah tuhan mereka,

 قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ  (Katakanlah ALLAH itu satu)

        Bagi penganut Kristian dan Yahudi, mereka pun sama-sama mengakui keEsaan Allah walaupun mereka mengadakan apa yang tidak selayaknya bagi Allah. Kitab Weda kaum hindu juga menyebut tentang Tuhan yang satu. Bagi masyarakat lain juga, walaupun dilihat menyembah pelbagai yang dianggap tuhan, tapi mereka hanya menganggap ianya sebagai perantara antara penyembah dengan Tuhan yang sebenar

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡعَلِيمُ

(Dan sesungguhnya jika engkau tan tentu yang menjadikanyakan siapa yang menjadikan langit dan bumi ini, nescaya dijawab sudah yg menciptakan itu Tuhan yg Maha Kuasa lagi MahaMengetahui

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s