amalan Pemantapan Akidah

Pendahuluan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang telah mengutuskan seorang nabi yang menjadi asbab rahmat sekalian alam, Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, berilah segala pujiMu kepada ahli keluarga baginda, para sahabatnya dan pengikut sunnahnya sehingga hari kiamat.

Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru dan cabaran moden. Cabaran mereka datang dari berbagai sudut seperti pemikiran, hiburan, permainan, fesyen, media massa, harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah hilang arah dan tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.

Definisi

Akidah berasal daripada kata dasar ‘‘aqada’ yang bermaksud ‘simpulan’ atau materi yang merujuk kepada sesuatu yang teguh dan mantap (Ibrahim 1972).

Dari sudut istilah, akidah ialah keyakinan yang bersungguh bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan segalanya. Maha  bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dan dirujuk segalaa amalan (Muhammad Nu’aim 1991).

Ibn Taimiyah (1263) pula mendefinisikan akidah sebagai perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kerananya, beroleh keyakinan di hati penganutnya dan tidak bercampur dengan sebarang keraguan.

‘Nilai-nilai akidah’ adalah nilai yang terhasil daripada seorang yang berakidah. Iaitu keyakinan, pemikiran, tujuan, serta amalan zahir atau batin baik pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh dunia.

‘Pemantapan nilai-nilai akidah’ ialah usaha untuk menjadikan nilai-nilai tersebut agar dapat dihayati dalam keseluruhan hidup Muslim baik secara individu, masyarakat dan negara.

Masyarakat Islam pula ialah satu masyarakat yang majoritinya adalah penganut Islam.

Justeru itu tugasan ini cuba untuk melihat amalan masa kini bagi pengukuhan nilai-nilai akidah dalam masyarakat Islam.

Pemantapan Nilai-nilai Akidah Dalam Masyarakat Islammasjid

1.Keluarga

Sebahagian keluarga di Malaysia masih mengekalkan usaha memantapkan anak-anak kecil mereka dengan nilai-nilai keIslaman. Kanak-kanak diajar mengenal Allah sejak  usia awal lagi, Pendidikan ini diberi kepada anak-anak secara tidak formal seperti memberitahu anak-anak bahawa Allah yang menjadikan kita dan seluruh alam. Justeru pendidikan akidah anak-anak lebih ditumpukan kepada tauhid rububiyyah selain menyelitkan tauhid uluhiyah dan asma wal sifat.

Kanak-kanak pada usia awal dilatih menghormati ibu bapa dan orang tua. Anak-anak seawal 4 atau 5 tahun sudahpun diajar mengaji Al-Quran. Bagi ibu bapa yang kurang ilmu Al-Quran, mereka akan dihantar ke kelas-kelas Al-Quran untuk diajar mengenal huruf-huruf Al-Quran dan seterusnya diajar membacanya.

Selain itu ramai yang mengajar anak mereka bersolat dan pada bulan puasa ramai yang mengajak anak mereka berpuasa samada berpusa penuh ataupun separuh hari. Bahkan ada ibu bapa yang mendidik anak mereka yang masih kecil dengan memakaikan pakaian yang menutup aurat. Ini merupakan contoh nilai-nilai akidah yang diterapkan ibu bapa dalam masyarakat Islam hari ini kepada anak mereka yang masih kecil.

Pada masa anak-anak mereka masih kecil iaitu berusia bawah 10 tahun inilah anak-anak akan dididik dengan nilai-nilai Islam. Malangnya apabila anak semakin meningkat remaja, anak-anak semakin dibiarkan, ramai ibu bapa yang sudah mula tidak begitu mengambil serius pendidikan anak-anak mereka setelah anak-anak mereka mula meningkat remaja dan mula bercampur dengan rakan-rakan sebaya. Ramai ibu bapa seolah-olah menganggap bahawa anak-anak mereka sudahpun matang untuk hidup lalu dan membuat keputusan sendiri lalu mereka memejam sebelah mata sahaja bila melihat anak mereka meninggalkan solat dan membuka aurat, seolah-olah anak-anak itu bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka.

Ada juga ibu bapa yang cepat mengajar anak-anak mereka bersolat dan berpuasa pada usia anak kecil lagi, mereka meninggalkan sudut terpenting iaitu akidah anak-anak. Anak-anak tidak diajar mengenal Allah terlebih dahulu sebaliknya melakukan ibadat. Lalu untuk apa ibadat itu diajar, ini boleh memberi kesan kepada anak itu sehingga ia dewasa, beribadah bukan kerana Allah kerana itulah yang mula-mula diajar orang tua mereka.

Bagi sesetengah ibu bapa, apabila menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan atau sekolah agama, mereka seolah-olah menganggap cukuplah apa yang dipelajari di sekolah, lalu mereka tidak lagi mementingkan penerapan nilai-nilai akidah kepada anak-anak mereka. Padahal ianya bertentangan dengan Firman Allah s.w.t. yang menyruh seseorang itu menjaga tanggungannya :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ (٦)

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu daripada azab api neraka, yang di kandungannya adalah manusia dan batu berhala, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan tidak menderhakai Allah serta melaksanakan tugasan yang diberikan p;adanya. ( Surah At-Tahrim, 66 :6 )

Di zaman moden dan pelbagai kesibukan ini, semakin ramai ibu bapa yang tidak lagi mengambil berat pemantapan nilai-nilai akidah anak-anak mereka. Ada juga yang lebih sibuk berusaha untuk menjadikan anak mereka seorang yang pintar, jaguh atau artis tanpa memikirkan pemantapan akidah anak-anak.

Cadangan

Sepatutnya pemantapan akidah anak-anak merupakan suatu perkara yang perlu dititik beratkan tambahan lagi pada zaman yang sangat mencabar ini. Dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan akidah anak-anak kerana anak-anak ini berada dalam kawalan mereka dan ia menjadi tanggungjawab keatas mereka.

Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak sebagaimana dilakukan oleh Lukmanul Hakim :

Maksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman anaknya ketika menasihati anaknya : Wahai anakku, janganlah kau mensyirikkan Allah, kerana syirik itu kezaliman yang agung. Dan Kami telah wajibkan kamu berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dengan penuh kesakitan dan semakin sakit dan tempoh menyusukan selama dua tahun, maka bersyukurlah pada Ku dan berterima kasihlah kepada ibu bapamu dan kepadakulah kamu kembali. ( Surah Luqman, 31 : 13-14)

Ayat ini menunjukkan bahawa Luqman mendidik anak-anaknya dengan teratur dan bertahap. Perkara pertama yang didahulukan dalam nasihat Luqman kepada anknya ialah tauhid, kemudtan diikuti mentaati dua ibu bapa. Kemudiannya bersyukur, ibadah dan akhlak. Begitulah caranya ibu bapa mendidik anak-anak mereka, mendahulukan yang penting daripada yang kurang penting.

Dalam memantpakan nilai akidah kepada anak-anak, Luqman menggunakan pendekatan memberikan nasihat dengan cara yang baik. Antara nilai-nilai akidah yang diterapkan oleh Luqman ialah mentauhidkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersyukur dan berterima kasih, mendidikan solat, melakukan amar makruf nahi mungkar, bersabar dan menjaga kahlak. Ini menunjukkan ibu bapa perlu memantapkan akidah anak-anak mereka dengan memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Jika mereka tidak mampu, maka perlu diserahkan kepada yang mampu seperti pihak sekolah dan sebagainya.

Ibu bapa perlulah memantapkan nilai akidah kepada anak-anak melalui sunnah yang dinasihatkan oleh Rasullullah s.a.w. :

‘Perintahkanlah anakmu melaksanakan solat pada saat mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila enggan mengerjakannya pada saat mereka berusia sepuluh tahun.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Ini menunjukkan cara didikan trerhadap anak-anak yang diajar oleh Rassullullah saw. Selain dengan nasihat, ibu bapa juga boleeh memukul mereka dengan ccara yang sepatutmya dengan niat untuk mendidik anak itu. Dan cara pululan itu ada caranya dan tidak boleh semberono memukul anak-anak.

Ibu bapa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak mereka di luar bersama rakan-rakan mereka. Ini penting bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang boleh menggugat nilai akidah anak-anak.

Amalan amar makruf nahi munkar perlulah wujud dalam keluarga muslim. Ianya perlu dilakukan secara bertahap, berhikmah dan mengikut kesesuaian anak-anak. Kesesuaian mendidika anak ini dinyatakan oleh Saidina Ali r.a. mengatakan :

Maksudnya : Bermainlah dengan anakmu pada tujuh tauhyang pertama, disiplinkan mereka pada tujuh tahun yang kedua dan jadilah teman mereka pada tujuh tahun yang ke tiga.

2. Sistem Pendidikan

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang kedua kepada anak-anak Muslim selepas dididik oleh keluarga di rumah. Pada peringkat awal iaitu pra persekolahan, pemantapan nilai akidah berjaya dilakukan dengan baik oleh sebahagian sekolah yang majoritinya penganut Islam terutamanya di Pusat Asuhan Tunas Islam dan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam. Di sini mereka dimantapkan dengan nilai-nilai akidah seperti diajar mengenal Allah dan kekuasaannya, diajar membaca ayat-ayat Al-Quran, dod-doa dan zikir-zikir harian serta akhlak yang baik. Dan anak-anak pada tahap ini cukup cepat mengamalkannya di rumah pula seperti amalan membaca doa-doa harian.

Di peringkat persekolahan pula, pemantapan nilai-nilai akidah boleh berlaku secara rasmi atau tidak rasmi. Pemantapan nilai-nilai akidah secara tidak rasmi adalah melalui nasihat yang disampaikan oleh guru di perhimpunan dan sebagainya.

Bagi pendidikan secara rasmi, mata pelajaran pendidikan Islam yang mempunyai sukatan bab-bab akidah, syariah, tilawah Al-Quran, hadis, akhlak, sirah dan jawi. Silibus ini diajar secara berperingkat dan secara berterusan.

PendidikanPendidikan Islam menjadi salah satu mata pelajaran teras di sekolah-sekolah. Ianya merupakan mata pelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelajar beragama Islam dan wajib diambil dalam peperiksaan. Namun ia bukanlah satu mete pelajaran yang diwajibkan lulus dalam peperiksaan seperti wajibnya seseorang calon peperiksaan itu mendapat sekurang-kurangnya kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keadaan ini menyebabkan wujudnya para pelajar yang tidak mengendahkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan mengambil mata pelajaran tersebut unuk memenuhi syarat sahaja.

Para pelajar di negeri-negeri seperti Selangor dan Johor pada peringkat sekolah rendah kebanyakannya dihantar ke sekolah-sekolah agama petang bagi memantapkan nilai-nilai akidah dalam diri pelajar. Di sekolah ini, para pelajar akan diajar pelbagai nilai-nilai akidah seperti ilmu usulluddin, syariah dan akhlak.

Di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang, diadakan kelas Kemahiran Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sekolah rendah. Ia mengambil masa selama 6 jam setiap minggu dengan berfungsi memantapkan nilai-nilai akidah kepada para pelajar seperti melalui pendidikan Al-Quran, hadis, akidah, syariah , akhlak dan sirah.

Bermula tahun 2005, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program J-QAF di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia, dan diperluaskan ke seluruh Malaysia bermula 2006. Ia merupakan sebuah program yang menekankan aspek pemantapan nilai-nilai akidah syang teras iaitu memfokuskan kepada pendidikan jawi, fardhu ain, pendidikan al-quran dan bahasa arab. Walau bagaimanapun, ia mempunyai sukatan, modul dan jadual tersendiri. Malangnya ia masih perlu menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada iaitu 180 minit seminggu untuk sekolah kebangsaan, 150 minit untuk sekolah jenis kebangsaan, 240 minit seminggu untuk sekolah menengah bagi menengah rendah dan 160 bagi pelajar menegah atas sekolah menengah. Peruntukan ini ternyata tidak mencukupi untuk menjalankan pemantapan nilai-nilai akidah kepada pelajar.

Bagi memantapkan nilai=nilai akidah dalam masyarakat Islam, telah ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi melahirkan golongan professional ulama’. SMKA ditubuhkan pada 1977 bagi tujuan mendidik pelajar dengan nilai-nilai akidah. Kini sudah terdapat 55 buah SMKA di seluruh Malaysia.

Walaupun pelbagai usaha memantapkan sistem pendidikan bagi tujuan pemantapan akidah, masih banyak lagi kepincangan yang berlaku. Masih banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar seperti buli dan kes-kes penzinaan, ponteng, lumba haram, ponteng dan lepak.

Selain itu, wujud juga sekolah-sekolah agama swasta, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) serta sekolah-sekolah tahfiz. Malangnya pada tahun 2000, bantuannn kerajjjan terhadap Sekolah Agama Rakyattt   oleh kerajaan menyebabkan pusat pemantapan nilai-nilai akidah itu terpaksa mencari dana kewangan sendiri dan ada yang terpaksa ditutup atas faktor itu.

Satu masalah besar besar dalam usaha memantapkan nilai akidah ialah tidak wujudnya integrasi antara Pendidikan Islam dengan ilmu-ilmu lain seperti sains, matematik, sejarah, bahasa dan geografi. Ilmu-ilmu ini diasingkan dan tidak dikaitkan dengan nilai-nilai akidah. Ini menyebabkan para pelajar hanya akan mempelajari nilai-nilai akidah secara langsung melalui mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja.

Cadangan

Pendidikan di peringkat sekolah perlulah diintegrasikan dengan Islam kerana agama Islam itu merupakan rahmat bagi sekalian alam dan tidak pernah bercanggah dengan fakta semasa. Integrasi ilmu ini bermaksud semua ilmu dibahas mengikut cara pemikiran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Contohmya apabila kita membahaskan sejarah perjuangan menentang penjajah, kita perlu melihat kepada nilai-nilai tauhid yang diserapkan dalam diri setiap pejuang tanah air yang bangkit menentang penjajajh seperti Tuk Janggut di Kelantan dan Haji Abdur rahman Limbong di Terengganu. Kita patut mendidik pelajar bagaimana dengan semangat jihad itu mereka berjaya menyemarakkan semangat rakyat untuk bangun menentang penjajah.

Selain itu, di sekolah-sekolah perlula diwujudkan peringkat peringkat-peringkat pemantapan nilai akidah dalam kalangan pelajar dengan program di luar kelas seperti usrah, mukhayyam, tamrin dan nadwah. Badan-badan dakwah sepertimana yang ditubuhkan di sekolah-sekolah agama perlulah diwujudkan juga di sekolah-sekolah kebangsaan.

Mata pelajaran Pendidikan Islam juga perlu ditambah masanya agar semua ilmu-ilmu asas penerapan nilai-nilai Islam dapat dilaksanakan dalam masa yang mencukupi.

Di samping itu, mata pelajaran Pendidikan Islam perlulah dijadikan mata pelajaran wajib lulus atau kredit bagi peperiksaan-peperiksaan utama sebagaimana yang dilakukan terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan Pengajian Am dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Guru-guru yang bukan mengajar Pendidikan Islam juga perlulah sama-sama membantu dalam memantapkan nilai-nilai akidah dalam kalangan pelajar. Mereka perlu mengintegrasikan ilmu-ilmu yag dajar dengan nilai-nilai akidah. Mereka juga boleh menyelitkan nilai-nilai akidah dalam pengajaran mereka.

Bagi memantapkan akidah dalam kalangan pelajar, suasana persekitaran sekolah perlulah disesuaikan dengan suasana Islam. Wujudkan budaya memberi salam dan ukhwwah islamiyah di sekolah. Selain itu, kebersihan persekitaran sekolah juga perlulah dijaga. Ini kerana sekolah merupakan tempat melahirkan dai yang akan turun ke arena masyarakat bagi memantapkan akidah masyarakat.

3. Kerajaan

Kerajaan Malaysia walaupun sering dinafikan oleh banyak pihak sebagai sebuah negara Islam lantaran keengganan pihak kerajaan meninggalkan undang-undang sekular dan mengambil undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Namun banyak juga program pemantapan nilai-nilai akidah yang dijalankan oleh kerajaan baik oleh Bahagian Agama Kementerian Perdana Menteri sendiri mahupun oleh agensi-agensi milik kerajaan dan bantuan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Bagi kerajaan negeri pula, mereka mempunyai agensi-agensi seperti majlis-majlis agama negeri, jabatan-jabatan Islam negeri dan lembaga zakat negeri. Semua agensi kerajaan samada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri melaksanakan program-program tertentu bagi memantapkan akidah masyarakat.

Agensi-agensi kerajaan ini banyak mengadakan seminar, forum dan kusus berkenaan pemantapan nilai-nilai akidah ke seluruh negara. Program-program ini membahaskan pelbagai tajuk seperti akidah, syariah, perbezaan pendapat, akhlak dan pengurusan Islam. Malangnya kebanyakan program yang dianjurkan seperti seminar dan kursus hanya melibatkan golongan tertentu seperti pembuat keputusan dan para pendidik, ia dilihat tidak sampai kepada penyertaan dari peringkat akar umbi iaitu golongan rakyat.

Kerajaan juga mengadakan program sambutan Maulidur Rasul dan Awal Hijrah secara besar-besaran dengan perhimpunan dan perarakan.

jakim

Agensi-agensi kerajaan juga berdakwah melalui media massa seperti televisyen dan radio. Institut Kefahaman Islam Malaysia misalnya mempunyai stesen radionya sendiri iaitu IKIM.fm yang bersiaran ke seluruh negara. JAKIM juga banyak menerbitkan rancangan-rancangan keagamaan di Stesen Radio Televisyen Malaysia seperti Rancangan Bicara Ad-Din, At-Tijarah dan Al-Bayan selain siaran langsung program Musabaqah Tilawah Al-Quran dan Sambutan Maal Hijrah. Rancangan-rancangan ini sangat bermanfaat kepada pemantapan nilai-nilai akidah dalam masyarakat.

Antara kelemahan rancangan-rancangan ini ialah ia membataskan perbahasan dalam masalah-masalah tertentu sahaja seperti akidah, syariah dan akhlak sahaja.Ia jarang sekali atau tidak pernah membahaskan isu-isu yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan umat Islam kini seperti isu jihad, politik islam, undang-undang hudud dan qisas serta isu-isu seperti rasuah, penyelewengan, riba dan sebagainya.

Sebagai sebuah badan Islam, agensi-agensi ini juga bertindak terhadap isu-isu yang berlaku seperti kes murtad, ajaran sesat, sumbang mahram, gejala sosial dan sebagaina. Mereka membuat perbincangan dan mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul. Jabatan-jabatan agama setiap negeri juga menubuhkan skuad pencegah maksiat yang diberikan berbagai nama. Tugasnya ialah melakukan serbuan keatas pelaku-pelaku maksiat seperti khalwat dan sebagainya. Apabila sesuatu isu yang berlaku tidak jelas dari sudut hukumnya, seperti isu yoga, maka agensi seperti JAKIM akan bertindak dengan memanggil ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengadakan mesyuarat bagi membuat satu kata putus berkenaan isu tersebut.

Malangnya tindakan badan-badan agama ini seolah-olah bersikap pilih kasih apabila mereka bersungguh-sungguh  membasmi ajaran sesat yang dibawa secara tradisional seperti Ayah Pin dan Al-Arqam tetapi pada masa yang sama tidak bersuara terhadap isu-isu yang melibatkan aliran pemikiran sesat moden seperti yang dibawa oleh Sisters In Islam, Astora Jabat dan Kassim Ahmad suatu waktu dulu.

Badan-badan Islam kepunyaan kerajaan ini juga menerbitkan buku-buku, jurnal-jurnal, artikel-artikel dan pelbagai majalah untuk memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat. Terbitan badan-badan ini membicarakan tentang ilmu agama, isu semasa dan lain-lain berasaskan prisip Islam. Antara contoh penerbitan mereka ialah Majalah Sinar Rohani oleh JAKIM dan Majalah Pengasuh oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Walau bagaimanapun, terbitan ini sangat susah untuk didapati di kedai-kedai buku biasa yang perlu dilanggan, justeru mesej yang disampaikan tidak tersebar kepada semua.

Agensi-agensi ini juga bertanggungjawab memberikan panduan kepada orang-orang Islam. Contohnya JAKIM telah menerbitkan Panduan Menghadiri Majlis Perayaan Bukan Islam.

Selain itu, kerajaan juga memberikan peruntukan kepada agensi tertentu seperti JAKIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi tujuan mendidik saudara baru tentang Islam. Malangnya pendidikan kepada saudara baru tidak berlaku kepada semua, ada diantara masyarakat Orang Asli yang hidup di kawasan pedalaman telah ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang didikan agama setelah mereka diIslamkan (Shah Kirit 2009).

Cadangan

Bagi memperkemaskan nilai-nilai Islam kepada rakyat, sesebuah kerajaan itu perlulah terlebih dahulu menerapkan nilai-nilai Islam itu dalam pentadbirannya. Justeru pihak kerajaan perlu mengambil Islam sebagai dasar dalam pemerintahannya sebagaimana Firman Allah s.w.t. :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨)

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata. ( Surah Al-Baqarah, 2 : 208 )

Kerajaan perlu komited memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat. Kerajaan perlu menyekat segala perkara yang boleh menggugat akidah masyarakat Islam di Malaysia. Segala ajaran sesat baik secara tradisi seperti ajaran Ayah Pin dan Al-Arqam daan juga fahaman kontemporari seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, komunisme dan feminisme seperti yang dibawa oleh Sisters In Islam atau orang-orang perseorangan perlulah diharamkan secara keseluruhannya.

Kerajaan juga perlulah membasmi isme-isme yang merosakkan yang datang melalui hiburan dan media massa. Filem-filem dan artis-artis yang boleh merosakkan akhlak remaja Muslim perlulah disekat daripada memasuki negara ini. Bahan-bahan dalam media massa juga perlu ditapis agar ia tidak merosakkan akidah umat Islam. Program-program seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, One In A Million, Mentor dan gangstarz perlulah diharamkan atau diubah konsep kepada yang lebih Islamik dan mencambah keintelektualan masyarakat. Konsert-konsert seperti Jom Heboh dan program kebudayaan yang tidak bermanfaat perlulah diharamkan terus ataupun diubah konsepnya kepada Islam.

Kerajaan juga perlu melaksanakan program pemantapan akidah sehingga ke peringkat melibatkan masyarakat keseluruhannya. Kerajaan boleh melakukan kerjasama dengan NGO dan masyarakat bagi menjayakan program tersebut. Kerajaan juga boleh memberikan peruntukan sepatut dan secukupnya kepada jabatan agama, NGO Islam dan sekolah untuk digunakan bagi tujuan mengadakan program pemantapan nilai-nilai akidah. Program terhadap kakitangan kerajaan juga perlu diadakan mengikut agensi masing-masing.

4. Masjid masjid

Menurut Islam dan seperti yang diterangkan dalam sirah, masjid merupakan tempat mulia bagi orang Islam dan sebagai pusat kegiatan orang Islam. Oleh itu, masjid memainkan peranan penting dalam usaha membina perpaduan  dan memajukan umat Islam.

Masjid di Malaysia berfungsi sebagai pusat berkumpulnya orang-orang yang mempunyai komitmen untuk melaksanakan Islam pada setiap waktu solat dan pusat berkumpul umat Islam sempena hari Jumaat untuk Solat Jumaat. Solat berjamaah merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan merupakan satu nilai-nilai akidah yang perlu ada bagi seorang Muslim. Antara nilai yang dibina ialah ketaatan kepada Allah, perpaduan umat Islam dan kepatuhan kepada pimpinan.

Masjid juga menjadi tempat menuntut ilmu-ilmu yang bercorak Islamik seperti ilmu tauhid, syariah, akhlak, tafsir, hadis dan bacaan Al-Quran. Ini merupakan ilmu-ilmu penting dan kebanyakannya bersifat fardhu ain kepada setiap Muslim. Inilah contoh cara masjid memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat.

Masjid juga mengadakan sambutan-sambutan hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Nuzul Al-Quran dan awal Hijrah. Program yang paling biasa diadakan bagi menyambut hari kebesaran Islam ini selain solat dan khutbah pada kedua hari raya ialah program ceramah agama.

Fungsi masjid sebagai medan pemantapan nilai-nilai akidah masyarakat Islam masih lemah, masjid tidak berjaya menarik golongan masyarakat terutamanya remaja untuk datang ke masjid. Masjid dilihat kalah kepada dari segi kehadiran dengan konsert-konsert, pasaraya dan pusat-pusat hiburan.

Masjid dilihat tidak begitu mesra kepada kanak-kanak dan remaja. Sesetengah masjid tidak menggalakkan para jamaah membawa kanak-kanak ke masjid kerana menjadi punca kebisingan. Kanak-kanak yang belum berkhatan dianggap boleh membatalkan solat orang lain jika bersentuhan dengannya, padahal tiada suatupun dalil tentang perkara sebegitu.

Dalam pengajaran di masjid, hanya ilmu-ilmu berkaitan keagamaan sahaja diajar. Ini boleh menimbulkan persepsi bahawa ilmu-ilmu Islam itu hanyalah akidah, ibadah dan akhlak padahal Islam itu rahmat untuk sekalian alam.

Cadangan

Masjid di Malaysia perlu memainkan peranan semaksima mungkin dalam usaha memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat. Masjid di Malaysia perlu memainkan peranan sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman sahabat :

“Masjid Nabi itu ialah madrasah dakwah, demikian juga merupakan pejabat negara Islam, padanya Nabi memberi kerja kepada penganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan informasi kepada umat, bertemu dengan diplomat asing, mengatur tentera di medan perang, juga menghantar pendakwah dan perwakilan untuk perdamaian” ( Al Qaradhawai 1977 ).

Masjid perlu mesra pelanggan kepada semua hatta terhadap orang bukan Islam sekalipun. Pelbagai aktiviti perlu dijalankan agar masyarakat tidak terasa janggal untuk datang ke masjid. Masjid perlu mengadakan hari terbuka dan bertemu pelanggan. Masjid perlu menganjurkan belbagai program bagi mendekati masyarakat.

Para remaja dan pelajar perlu digalakkan untuk mengikuti program di masjid. Program untuk remaja dan pelajar di masjid perlu ditingkatkan. Para pelajar perlu digalakkan belajar dan belajar secara berkumpulan di masjid. Dengan cara mendekat dan menyibukkan golongan ini dengan aktiviti di masjid akan dapat menghadkan mereka dengan aktiviti tidak berfaedah dan juga mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Masjid tidak seharusnya menjadi tempat untuk belajar ilmu agama semata-mata, masjid juga perlu menjadi tempat untuk belajar ilmu keduniaan seperti ekonomi, rumahtangga, teknologi, sejarah dan sains. Memang benar semua ilmu tersebut boleh dipelajari di luar daripada masjid, tetapi sejauh mana tempat-tempat pengajian ilmu-ilmu tersebut mengintegrasikan ilmu yang diajar dengan nilai-nilai akidah ataupun sekurang-kurangnya membentuk akhlak yang baik? Jawapannya hampir tidak ada yang melakukan sedemikian. Justeru itu, jika ilmu-ilmu ini diajar di masjid-masjid, pihak masjid boleh mengusahakan pengintegrasian antara ilmu dunia dan akhirat ini bagi memantapkan kaidah dalam kalangan masyarakat. Dan Islam akan difahami sebagai agama yang tidak memisahkan kehidupan dunia dan akhirat.

Ahli-ahli jawatankuasa masjid juga perlu melakukan upacara ziarah ahli qaryah mereka sebagai cara mengeratkan silaturrahim dan menyebarkan dakwah. Mereka juga perlu bertanyakan ahli-ahli qaryah mereka dan berusaha menyelesaikannya. Ini boleh menyebabkan ahli qaryah mengenali pimpinan amsjid dan dakwah lebih mudah untuk dijalankannya. Apabila pimpinan masjid rapat dengan ahli qaryah, akan mudah tersebar dakwah dan mereka akan lebih selesa untuk datang bersolat dan belajar di masjid.

5. Pertubuhan-pertubuhan Islam

Di Malaysia wujudnya berbagai jenis pertubuhan Islam yang antara lain berusaha memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat Islam. Antaranya ialah parti politik Islam seperti Parti Islam Se-Malaysia dan NGO-NGO Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Jamaah Islah Malaysia.

Bagi tujuan memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat Islam, pertubuhan-pertubuhan ini menganjurkan belbagai kempen. Antaranya ialah seperti kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ oleh Jamaah Islah Malaysia. Ini merupakan satu kempen kepada para remaja supaya menjauhi zina.

Pertubuhan-pertubuhan ini juga menganjurkan pelbagai seminar bagi membincangkan pelbagai isu semasa, agama, pendidikan dan lain-lain. ABIM contohnya menganjurkan berbagai seminar berkenaan syariah, perundangan dan pendidikan seperti Seperti Seminar Pelaksanaan Hukum Syariah pada 25 Oktober 2009, disamping pelbagai seminar pemantapan nilai-nilai akidah yang dijalankan sejak penubuhannya pada 1971.

Pertubuhan-pertubuhan Islam juga merupakan badan yang paling sensitif dan agresif membantah sebarang perkara yang menggugat agama Islam. Contohnya pada 5 ogos 2008, beratus-ratus orang hadir pada perhimpunan di hadapan Bangunan Majlis Peguam kerana membantah penganjuran Forum Awam Memeluk Islam oleh Majlis Peguam. Perhimpunan ini dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam seperti PAS, JIM, ABIM, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan Pertubuhan Peguam Pembela Islam. Hasil perhimpunan ini, para pimpinan pertubuhan Islam berkumpul dan membuat deklarasi menubuhkan Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Islam (Mapan).

Begitu juga dalam kes-kes murtad dan pandangan menyeleweng terhadap Islam seperti yang dibawa oleh Sisters In Islam. Muktamar Pas pada Jun 2009 telah meluluskan satu usul bagi meminta Majlis Fatwa mengkaji kedudukan Sisters In Islam dan mengharamkannya sekiranya dilihat bercanggah dengan Islam.

Antara kelemahan amalan pemantapan akidah bagi pertubuhan-pertubuhan Islam ialah dari sudut akses programnya kepada masyarakat. Kebanyakan seminar dan forum yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan ini kebanyakannya tidak disebarkan secara meluas kepada masyarakat. Ini menyebabkan segala program yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini hanya melibatkan penyertaan ahli pertubuhan sahaja, bukan melibatkan masyarakat keseluruhan.

Kelemahan juga berlaku apabila pertubuhan-pertubuhan Islam ini terlalu banyak dan tidak bersatu. Mereka membawa haluan masing-masing walaupun tidak dinafikan sering berlaku kerjasama antara mereka dalam aktiviti atau program-program tertentu. Ini menyebabkan ada sesuatu sudut yang ditumpukan oleh banyak pertubuhan dan ada sesuatu sudut yang tidak ditumpukan oleh mana-mana persatuan atau persatuan yang terhad kemampuannya sahaja.

Cadangan

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia perlu bersatu walaupun bukan dibawah satu persatuan, tapi dibawah satu gabungan sepertimana gabungan parti politik iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Mereka mesti berbincang dan membahagikan skop masing-masing untuk diperjuangkan. Contohnya ABIM dan JIM bagi menyebarkan dakwah kepada masyarakat Islam, PERKIM untuk dakwah kepada bukan Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk kepenggunaan, Yayasan Amal untuk Kebajikan, PAS untuk politik Islam, Persatuan Peguam Pembela Islam bagi isu-isu perundangan dan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia untuk para mahasiswa.

Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu lebih bersungguh, sensitif dan agresif dalam membela agama Islam dan memantapkan nilai-nilai akidah dalam masyarakat. Mereka perlulah turun untuk melakukan program pemantapan nilai-nilai akidah untuk semua anggota masyarakat. Program-program yang dijalankan juga perlu disebarkan secara meluas.

Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu berfungsi membuat ‘check and balance’ untuk program-program pemantapan akidah yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka perlulah memberi teguran kepada kerajaan sekiranya apa yang dilakukan oleh kerajaan itu silap, tidak berjaya atau tidak mendapat sambutan. Dengan itu pihak kerajaan boleh melakukan penambahbaikan.

Pertubuhan-pertubuhan Islam juga perlu juga melaksanakan program pemantapan akidah melalui media massa baik melalui media nasional mahupun media alternatif. Mereka boleh menyebarkan dakwah melalui laman-laman web dan blog. Mereka juga boleh menerbitkan rancangan televisyen untuk tujuan dakwah. Kita juga ingin lihat mereka menerbitkandrama-drama atau filem yang bercorak Islamik bagi tujuan dakwah.

Penutup

Telah banyak program-program yang dijalankan untuk memantapkan nilai-nilai akidah dalam kalangan masyarakat hari ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan program yang dijalankan tidak menyeluruh dan ada antaranya yang terhad untuk kawasan-kawasan tertentu juga. Semua pihak perlulah bermuhasabah dan mengkaji sejauh mana keberkesanan program yang mereka jalankan, adakah ianya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, ataupun tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Pendapat dan kajian semua pihak haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak yang berkenaan. Seperti Firman Allah s.w.t. :

ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٨)

Maksudnya : Yang berusaha mendengar segala perkara yang disampaikan dan mengikut apa yang terbaik, itulah orang-orang yang sempurna pemikirannya. ( Az-Zumar, 38 :18 )

Amalan pemantapan nilai-nilai akidah di Malaysia perlulah ditambah dan diperlemaskan agar tujuannya tercapai.

Rujukan

  1. Mohd Asri Zainul Abidin, 2008. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Kuala Lumpur : Utusan Publication and distributors sdn. bhd.
  2. Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin, 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
  3. http://www.quranexplorer.com/quran/
  4. Yusuf Al-Qaradhawi, 1977. Ibadah Dalam Islam. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
  5. http://www.islam.gov.my/

About Muttaqin_165

Saya saudara kamu dalam Islam, Seorang Hamba Allah yang bercita-cita menjadi seorang penyeru manusia kepada Allah

20 responses »

  1. Aku Lelaki Itu berkata:

    Salam
    ambe copy deh
    anak saudara mintak tolong
    dia nak wat rujukan kerja kursus pendidikan islam kat sekolah
    terima kasih

    • Muttaqin_165 berkata:

      Waalaikumsalam, kawe tak dok masalah, cuma ketepatan fakta tue saya tak boleh jamin, tapi boleh dipercayailaa, hihi

  2. suhaie berkata:

    salam…nok mntk copy..u rujkn kerje,,,insyAllah…blh kn….

  3. nan berkata:

    Salam… saya pun nak minta izin artikel ni sbg rujukan tmbhn dlm kerja saya… boleh ye?

  4. miera berkata:

    salam . saya ingin meminta izin utk ambil artikel ini utk kerja saya

  5. Hafidz berkata:

    assalamualaikum, saya minta iin untuk rujukan dalam kerja kursus saya, harap diiinkan

  6. Hafidz berkata:

    assalamualaikum, saya minta izin untuk rujukan dalam kerja kursus saya, harap diiinkan

  7. falah berkata:

    salam..ana nak minta copy..nat wat assignment..:) barakallahialaika..

  8. aleya berkata:

    Assalamualaikum..mohon izin utk d copy,sbgai rujukan tambahan utk keje..syukran jazilan.

  9. nina berkata:

    assalamualaikum,minta izin copy yer,terima kasih

  10. nurul ezzah berkata:

    syukran atas idea. penjelasan yg mantap . Allahuakbar !

  11. Leeno Zass berkata:

    sek kito bdop falahiah kemeh3 boss

  12. muhammad ammar berkata:

    assalamualikum bleh ke amik ni untuk assignment bertajuk “cabaran pemantapan akidah di malaysia”

    • Muttaqin_165 berkata:

      Waalaikumsalam, ambil laa, kalau ada kekeliruan boleh rujuk sumber yg lebih baik

  13. adlyna berkata:

    assalamualaikum,,mntak izin nk copy…trima kasih.

  14. Hi I am so glad I found your website, I really found you by
    mistake, while I was searching on Askjeeve for something
    else, Anyhow I am here now and would just like to say kudos for a marvelous post and a all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all
    at the moment but I have saved it and also added in your RSS feeds, so when I have time
    I will be back to read a lot more, Please do keep up the superb b.

  15. Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I
    will be waiting for your further write ups thank you once again.

  16. nurjiha_23 berkata:

    Assalamualaikum. nak minta izin copy sebagai rujukan untuk assignment. Terima kasih :)

  17. haq berkata:

    minta izin copy yaa..

  18. nor aziah mohd ali berkata:

    assalamualaikum.nak minta izin copy sbg rujukan kerja kursus.syukran.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s